Skip to main content

Alhamdulilah, akhirnya buku Biskut Ajaib yang ditunggu akhirnya sampai ke stor PTS Publications di Batu Caves, Selangor. Saya telah mengambil 110 unit pada petang kelmarin bagi memenuhi permintaan pelawat blog yang telah menempahkannya.  Terima kasih kepade team PTS Pro dan staff sales yang berjaya menyiapkannya just in time.

 Harga yang tertera pada buku tersebut adalah RM11.50. 

 Kepada tetamu blog yang ingin mengantikan duit raya dengan angan-angan boleh memilih buku ini bagi menghasilkan langkah pertama kepada kanak-kanak. Insyaa Allah buku ini boleh diperolehi di kedai buku mulai awal minggu hadapan. 

Terima kasih juga kepada Cik Rozita (editor pengurusan PTS) Dan Tuan Nazrul (Pengurus PTS Pro) yang sentiasa memberi sokongan, panduan dan juga merealisasikannya. Terima Kasih.

Kepada yang ingin membuat tempahan melalui saya, tempahan minimun adalah 10 unit dengan harga RM 11 sebuah. Ini bermakna untuk 10 naskah harganya menjadi RM 110. Harga ini tidak termasuk kos penghantaran, kos pembukusan dan penghantaran adalah RM 10 untuk semenanjung dan RM 15 untuk Sabab & Sarawak. (Sila maklumkan jika saudara/i ingin mendapatkan autograf penulis bagi buku yang ditempah)

Saudara/i juga boleh mendapatkan buku tersebut, Insyaa-Allah di kedai buku Popular, Kinokuniya dan beberapa lagi kedai buku mulai awal minggu hadapan.

Gantikan duit raya danengan angan-angan.

3 Comments

  • Roslan says:

    Tuan sham, ramai kengkawan yang terlepas menonton ceramah tuan di TV sebelum Ramadhan. Al-Hamdulillah saya sempat menontonnya. Kenapa tidak tuan letakkan klip video ceramah tuan dalam blog tuan ni…rasanya ramai yang suka. Boleh gak saya ulang-ulang melihatnya. (Ini cadangan saja)

  • Terima kasih saudara Roslan,

    Terima kasih di atas sokongan saudara. Cadangan itu teramat baik, saya akan cuba dapatkan klip video motivasi itu daripada pihak TV3 nanti.

  • faris says:

    Salam tuan shamsuddin,

    Saya sudah membaca buku biskut ajaib ini. bagus kandungan dan perjalanan ceritanya. sebenarnya anak saya masih kecil, baru berusia 2 tahun 1/2, tapi tak sabar saya nak belikan buku2 yang bagus untuk anak saya. buat masa sekarang, buku2 anak saya, menjadi bahan bacaan saya dahulu. 🙂

Leave a Reply