Tinggal kurang daripda 20 hari lagi kita akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai persiapan yang telah dilakukan oleh kita dengan cara dan kemampuan masing-masing.
-
Ada yang membesarkan rumah
-
Ada yang menukarkan langsir rumah
-
Ada yang menukarkan perabot rumah seperti sofa baru
-
Ada yang membeli baju-baju ‘raya’
-
Ada yang membeli set pinggan mangkuk yang baru
-
Ada yang sudah menukarkan duit raya
-
Ada yang menukar kereta baru
-
Ada yang mengecat rumah
-
Ada yang membeli rumah baru
-
dan banyak lagi…
Persiapan bagi menyambutย 1 Syawal banyak yang berbelanja di luar batasan, kadangkala belanja itu di dalam kemampuan, tetapi adakah ianya perlu. Sebagai umatย Islam kita berbelanja bukan sahaja perlu di dalam kemampuan tetapi lebih mencari kepada keredhaan Allah.ย Kita diperintahkan untuk berpuasa selama sebulan adalahย salah satu cara bagi Allah menunjukkan hak kita sebenarnya bukan yang kita, semuanya hak Allah. Di mana Allah menunjukkan walaupun kuih muih yang kita beliย itu adalah halal dan mengunakana duit halal, tetapi kita tidak boleh makannya di siang hari sepanjang bulan Ramadan. Walaupun halal, kita tetapย mengikut perintah Allah.
Dalam Islam juga digalakkan untuk memakai baju baru dan bukannya baju ‘raya. Baju baru adalah baju yang kita belum gunakan ataupun yang baru kita beli. Manakala baju raya adalah baju yang kita beli semata-mata bagi menghiaskan diri kita supaya orang lain nampak kita ‘ada class’. Membeli pakaian baruย untuk diri dan sekeluarga adalah perlu apabila kita berkemampuan dan sebaiknya elakkan daripada membeli pakaian semata-mata ingin menunjuk-nunjuk. Bukan sahaja kita menghabiskan duit yang banyak, kita juga dijauhi oleh teman, rakan, jiran ataupun saudara mara. Mereka tidak selesa untuk berdampingi kita.
Kuih Muih juga perlu dibuat ataupun dibeli berpatutan dengan kemampuan kita, jika niat kita adalah untuk menunjuk-nunjuk lebih baik batalkan sahaja ‘pembaziran itu’. Raya tetap dapat disambut dengan meriah walaupun tiada kuih muih yang mahal.
Duit raya umum. Jika orang lain memberikan anak kita dengan RM2 jangan sesekali kita memberikan RM 2 juga, jika bajet kita hanya RM1. Tetapkan peraturan dengan hanya memberi apa yang kita mampu sahaja.
Saya cukup rimas melihat pelbagai fesyen show yang melampau sewaktu hari raya, kerana sebahagian daripada fesyen terkini yang dipakai itu adalah semata-mata bagi menunjukkan bahawa ‘mereka’ kaya ataupun ada duit ataupun ada klass. Saya cukup suka dan tenang melihat orang ramaiย yang pakai pakaian baru dan dengan tidak terlalu berfesyen, kerana selesa untuk mendekati dengan mereka. Kaum wanita banyak yang menempah ataupun membeli baju yang hanya boleh di pakai waktu raya sahaja, ini adalah sesuatu pembaziran.
Jika bajet kita untuk hari raya sememangnya banyak, jangan lupa yang memberikannya 100% adalah Allah. Gunakan sebahagian duit itu bagi membantu jiran ataupun ibubapa yang sedang pening memikirkan di mana untuk mencari duit bagi memenuhi keinginan anak bagi merasai walaupun sepasang baju raya.
Gunakan peluang yang ada ini bagi menunjukkan kepada masyarakat dan kepada dunia, bahawa kita ini bukan orang yang mementingkan diri sendiri.
Tidak ada kemeriahan yang paling hebat di pagi Syawal melainkan kita mengunakan duit ekstra kita bagi membantu anak-anak yang ibubapa mereka tidak dapat memberi apa yang kita berikan kepada anak-anak kita.
Saya pernah bertemu seorang jutawan, pada setiap tahun beliau menukarkan kereta mewahnya dengan yang baru pada bulan Ramadan supaya beliau dapat memandunya pulang ke kampungnya. Beliau hanya mampu menunjuk-nunjuk untuk hanya beberapa tahun sahaja, kini beliau tidak lagi mampu berbuat demikian. Selama mana kita mampu menunjuk-nunjuk?
Membina Dimensi Sebenar!
Assalamualaiku Tuan Sham.
Hai Tuan Sham, entri ini seperti luahan dari hati Tuan Sham yang terlalu bimbang, risau dan sedih melihat orang ramai yang berbelanja besar sehingga di luar batasan. Mulia sungguh hati Tuan Sham, sentiasa memberi tips-tips dan panduan dalam ilmu kewangan yang berlandaskan hukum Islam.
Tuan Sham, teruskanlah perjuangan yang murni ini.
Waalaikummusalam Kart,
Ya, ianya luahan hati saya yang cukup sedih melihatkan gelagat sebahagian daripada masyarakat kita yang suka menunjuk-nunjuk.
Pada masa yang sama cukup terkilan kepada ibubapa yang tidak dapat menyediakan pakaian baru kepada keluarganya bagi menyambut 1 Syawal.
Saya sedang menyiapkan sebuah buku dengan tajuk sementara ‘Dilema Muslim’. Ianya luahan peribadi saya berkenaan dengan kekalutan yang sedang menghantui masyarakat kita.
Tajuknya sahaja `Dilema Muslim’, dah berjaya menambat hati saya untuk ingin membacanya. Sekarang saya suka membaca buku-buku yang dapat mengubah diri saya kepada yang lebih baik.
InsyaALLAH, bila buku tersebut siap dan berada di pasaran mungkin saya orang yang pertama yang akan mendapatkannya.
Tuan, Biskut Ajaib jadi ke terbit dalam bulan ini? Saya cadang nak buat ganti duit raya
Kart, saya menyeru kepada Allah agar dengan kelahiran buku itu (Dilema Muslim) bisa mengubah pemikiran (anjakan paradigma) masyarakat Muslim di Malaysia, Insyaa-Allah.
Terima kasih di atas sokongan berterusan.
Saudara Roslan,
Buku itu masih dicetak, insyaa-Allah saya akan memaklumkan di blog ini apabila ianya siap. Sehingga ke saat ini, buku itu Insyaa-Allah dijangka akan sampai ke stor PTS (Penerbit)minggu hadapan. Nanti saya follow up dengan editor saya nanti.
Terima kasih di atas sokongan.