Sesuatu yang kita ada kelemahan bagi melatih diri kita agar berbelanja bukan sahaja ikut keperluan dan kemampuan tetapi yang lebih berat lagi melatih diri agar berbelanja mengikut kehendak naluri ‘ikhlas’.
Kebanyakan masa kita berbelanja kita tidak memikirkan akan keinginan ataupun kemampuan kita, tetapi kita lebih memikirkan apa orang lain kata ataupun apa yang orang lain suka tengok. Di antara belanja yang sebahagian daripada kita lakukan dengan memikirkan persepsi orang lain antaranya adalah :
-
Apabila kita membeli kereta – kita memilih kereta yang kita merasakan tidak segan apabila memandunya
-
Apabila kita makan di luar – kita sebenarnya ingin minum air suam sahaja, tetapi segan nanti apa kata rakan ataupun orang lain di meja sebelah
-
Apabila kita membeli lampin pakai buang ‘diaper’ – kita membeli yang berjenama semata-mata supaya kita di lihat oleh orang ramai sebagai orang yang ada status.
-
Apabila kita membeli rumah – kita memilih rumah yang paling besar yang kita dapat beli dengan ‘berhutang’ supaya rakan, saudara dan sesiapa sahaja memandang tinggi kepada kita
-
Apabila kita membeli barang hiasan – kita membeli yang berjenama terkenal, supaya tetamu mengkagumi keupayaan kita memilikinya.
-
Apabila kita membeli telivisyen – kita membeli model dan yang mengunakan teknologi tinggi ataupun terkini, semata-mata ingin menjaga air muka.
Jika kita membeli di atas keupayaan dan bagi memberikan sedikit kepuasaan kepada diri sendiri dan sekeluarga tidak salah, tetapi majoriti sebahagian daripada kita ‘TERPAKSA’ berbelanja mengikut keinginan mata orang lain.
Ini adalah salah satu daripada apa yang berlaku di luar sana. Apabila kedatangan hari raya, ramai individu membeli ataupun menempah baju yang mahal-mahal semata-mata bagi menunjukkan kepada mata-mata yang ada disekeling kita sama ada jiran ataupun orang kampung ataupun sauara mara, bahawa kita hebat.
Mengikut kajian sahaja, individu yang menghiasi diri yang berlebihan daripada orang disekelilingnya, dia menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka. Ini menyebabkan di dalam hati mereka berkata “bilalah orang ini hendak pulang ataupun pergi”. Jika kita ingin mempunyai ramai kawan dan orang menyukai kita, pakailah pakaian dan hiasan yang orang lain juga tidak rasa rendah diri dan tidak selesa. Kerana mereka sebenarnya ‘menyampah’ ketika berdampingi kita (maaf bahasa kasar sedikit).
Jika kita ingin membuatkan mereka berkobar-kobar mendampingi kita dan mesra di hari raya dan hari-hari biasa adalah dengan ‘merendahkan diri’ biar ilmu kita yang bertimbun itu dikepala yang kita dapat manfaatkan kepada diri dan semua orang yang ada di sekeliling kita, walaupun di mana kita berada.
Salam Ramadan.
Salam! Saya bersetuju 100% dgn tuan dalam hal ini. Orang tua-tua kita ada berkata, ‘ukur baju di badan sendiri’. Yang susahnya kita lebih sibuk memikirkan apa orang lain kata .Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan dan fikirkan sama ada perkara atau barang yang hendak dibeli itu termasuk dalam Daruriat, hajat atau tahsiniat!
Assalamualaikum Tuan Sham.
Entri yang cukup menarik hari ini, terima kasih Tuan Sham.
Ketika berbelanja saya mengaku saya masih lagi memikirkan `apa orang lain kata’. Terima kasih Tuan Sham, ilmu yang Tuan Sham sampaikan ini saya akan jadikan cabaran buat saya supaya melatih diri berbelanja mengikut kehendak naluri yang `ikhlas’. Memang berat tapi kita mesti berusaha mencubanya.
Jutaan terima kasih sekali lagi Tuan Sham – Guru saya.
Waalaikummusalam saudara Roslan dan Kart,
Sememangnya ini adalah satu daripada dilema yang perlu kita hadapi. Sebahagian besar daripada apa yang kita habiskan duit adalah bagi memastikan orang lain suka.
Mungkin pemberian duit raya dengan jumlah yang besar berbanding orang lain, wujudnya tindakan bagi memuaskan mata orang lain, walaupun kita merasai beban bagi memberinya.