Skip to main content

Halaman www.shamsuddinkadir.com diwujudkan bagi menyediakan ruangan kepada kita semua meningkatkan penguasaan kewangan diri dari masa ke semasa. Saya juga merasa bertanggungjawab bagi meneruskan menyediakan platform bagi membantu peserta kursus, pembaca buku dan juga semua tetamu yang melawat halaman ini bagi memastikan setiap apa yang kita pelajari dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Impian saya adalah bagi memastikan setiap individu di atas muka bumi ini terutama di Malaysia, dapat mendorong diri sendiri bagi meningkatkan kemahiran dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan diri. Sejak beberapa tahun usaha ini di lakukan, saya melihat hanya sebilangan kecil individu yang sudah berjaya mendorong dirinya menguasai ilmu kewangan secara berterusan. Sebagai contohnya tetamu blog yang bernama Kart berjaya mendorong dirinya meminati dan menguasai kemahiran demi kemahiran dalam ilmu kewangan.

Saya merasakan sudah tiba masanya setiap individu mengaplikasikan ilmu-ilmu kewangan yang kita pelajari sama ada di halaman ini, di dalam buku-buku ataupun di mana-mana bagi memberikan manfaat kepada ‘network’ ataupun kenalan, jiran, rakan sekerja dan juga saudara mara kita.

Individu-individu yang menjadi Duta-Duta Kecil dapat menjayakan Misi Celik Kewangan. Tidak ada bezanya antara Tuan & Puan dengan saya, kita sama-sama manusia yang mempunyai keupayaan yang terbatas. Apa yang dapat kita lakukan hanyalah menjadi Pemimpin Pilihan Terakhir. Ya setiap daripada kita adalah Pemimpin Terakhir kepada diri kita sendiri> Kita boleh gunakan keupayaan sebagai Pemimpin yang telah Allah kurniakan dengan menjadikan kita manusia bagi berusaha membantu sebanyak ramai individu menguasai ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Sempena bulan Ramadan ini, serlahkan ciri-ciri Pemimpin Pilihan Terakhir sebagai usaha hakiki mencari keredhaan Allah sepanjang hayat.

Saya dengan ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas setiap usaha Tuan dan Puan semua dalam memastikan lebih ramai umat manusia dapat hidup bahagia dan tenang dengan membantu mereka menguasai kemahiran mengurus kewangan hidup. Insyaa-Allah setiap apa yang baik kita usahakan akan menjadi amalan yang menerima pembalasan yang sebaiknya dari Allah SWT.

Salam Ramadan

3 Comments

  • apiz says:

    Salam bro Sham dan Selamat berpuasa. Pengetahuan untuk menguruskan kewangan adalah amat penting sebenarnya dalam hidup kita, tetapi ianya tidak diajar di sekolah atau universiti.

    Di dalam buku Rich Dad Poor Dad sendiri ditegaskan oleh Robert Kiyosaki bahawa, pengetahun tentang “cash flow” amat penting untuk menuju kebebasan kewangan.

    Hari ni kita banyak di biasakan dengan ungkapan begini, “kalau tak berhutang sekarang ni, tak hidup le.” Pengetahuan kewangan ni adalah proses pembelajaran sepanjang hayat sebenarnya. Terima kasih atas info di blog ni, saya banyak belajar dan sedang aplikasikan dalam hidup. eh sori bro panjang sangat dah ni.

  • Salam Saudara Apiz dan selamat menghayati bulan Ramadan.

    Ya, melengkapkan diri dengan kemahiran kewangan membantu kita menuju kebebasan kewangan.

    Saya mengalakkan saudara memberi komen yang sedikit panjang asalkan ianya memberikan manfaat kepada kita semua.

    Terima kasih di atas sokongan saudara yang aktif memberikan ulasan, semoga Allah melimpahi saudara dengan kebaikan yang datang mendadak.

  • Mariam says:

    Salam Tn Sham,

    Selamat menjalani ibadah puasa dengan rahmat dari allah s.w.t

    Saya kini boleh tersenyum dengan bila mengenangkan kembali pahit getir saya sebelum belajar tentang ilmu kewangan,mengenali blog Tn Sham ibarat BONUS dalam kamus hidup saya.

    Masih saya ingat ketika permasalahan demi permasalahan dapat saya huraikan berkat sokongan Tn Sham melalui buku buku yang bagus.
    Disini lah saya belajar mencatat segala keluar masuk wang,disini juga saya belajar menyelesaikan beban kad kredit dan disini juga saya belajar serba sedikit ilmu pelaburan,dan alhamdulillah saya kini agen unit amanah sepenuh masa.

    Ilmu kewangan bukanlah perkara remeh yang kita fikirkan, dulu saya pernah terfikir, ayah saya yg bergaji kecil, ibu yang tidak bekerja mampu menyara saya dan adik beradik tanpa merungut dan kami tidak pernah putus duit belanja,tapi saya pula gagal menjadikan itu sebagai pengajaran bila saya mempunyai anak anak. Rupanya ilmu kewangan bukan dikira pada tahap pendidikan seseorang, ibu saya yg tidak bersekolah berjaya mengatur perbelanjaan kami sekeluarga dgn jayanya.

    Kini saya sedar sepenuhnya dan tidak akan gagal lagi dan sekaligus menerapkan ilmu tersebut dalam diri anak anak saya, kini saya bangga selain dari menjana pendapatan sendiri saya turut membantu insan lain menjana pendapatan mereka. Kini saya faham bahawa kesulitan itu dapat membuka pendengaran,penglihatan, menghidupkan hati dan mengingati allah s.w.t tanpa ada batasnya.

    Kepada Tn Sham.tiada kata kata yang dapat saya huraikan setelah sekian lama menjadikan diri saya sahabat kepada blog keramat ini, semoga diri Tn dilimpahi seribu satu rahmat dan kebaikan dari allah s.w.t.

Leave a Reply