Skip to main content

Di zaman ini hampir setiap individu berpendapat memiliki handphone bukan lagi satu kemudahan tetapi satu keperluan bagi melindungi seseorang dan tidak terputus dengan ‘dunia’. Apabila ianya menjadi keperluan, sudah pasti kosnya kita perlu menangungnya. Kini terdapat dua jenis talian handphone yang utama iaitu ‘prepaid’ dan ‘postpaid’. Talian jenis mana yang dapat menjimatkan kita berbelanja? Ada yang berpendapat talian ‘prepaid’, bagi seseorang yang memiliki handphone semata-mata untuk menghantar sms dan menghubungi orang lain mungkin sesuai bagi mengunakan prepaid jika tidak dapat mengawal pengunaannya.

Tetapi jika pengunaan handphone adalah bagi memastikan kita dapat menghubungi orang lain 24 jam sehari tanpa dibatasi dengan kehabisan ‘prepaid’, pilihan yang terbaik adalah talian ‘postpaid’.

Sebenarnya bukan hanya dua criteria di atas yang kita perlu ambil kira sebelum membuat keputusan, banyak lagi yang kita perlu ambil kira sebelum memilih pakej talian yang terbaik dan termurah untuk kita.

Pada kali ini, saya ingin membicarakan tentang produk terbaru Celcom iaitu 1+5 di mana  6 orang yang boleh dihubungi di antara satu sama lain melalui pangilan suara, sms, mms dengan percuma selama 24 jam sehari. Talian ini amat sesuai bagi keluarga iaitu sama ada ibu, bapa dan anak-anak ataupun, ibu + ayah + adik beradik + datuk dan sebagainya. Di mana setiap talian tambahan iaitu sebanyak 5 talian itu dikenakan caj bulanan sebanyak RM5 sahaja jika panggilan yang dibuat hanya di antara mereka sahaja. Pakej ini juga membantu ibubapa yang memberikan talian handphone kepada anak bagi memastikan mereka dapat menghubungi anak mereka dari masa ke semasa. Sebaliknya kita dibebani dengan kos RM 30 bagi setiap talian prepaid, ia sudah pasti membebankan. 5 talian prepaid membuatkan kita menangung RM 150 sebulan belum termasuk dengan panggilan ekstra dan kos talian utama iaitu talian kita.

Saya di sini ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kesudian dan kepekaan Celcom dengan menambahkan talian daripada 1 + 3 kepada 1 + 5.

Saya ingin menyarankan kepada saudara/i bagi melawati www.celcom.com.my bagi melihat sendiri pakej tersebut dan juga pakej Celcom Executive RM20 dan juga Celcom Executive yang lain. Semoga dengan beralih kepada pelan yang murah membantu mengurangkan kos yang tidak perlu.

Saya juga mengunakan khidmat tersebut untuk diri saya, isteri, abang dan saudara yang lain. Manakala abang-abang saya mengunakan pelan tersebut bersama isteri, anak dan juga ahli keluarga yang lain termasuk ibu saya.

Promosi yang ditawarkan adalah bagi tempoh terhad, sebelum tempoh itu tamat, tidak rugi jika kita menimbangkannya jika ianya bersesuaian dengan kita.

info@shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

Leave a Reply