Apabila kita sebelum ini tidak mengetahui tentang keperluan ‘wajib’ bagi menguasai ilmu kewangan, maka banyak gaya hidup yang diluar kemampuan sebenar di pratikkan.
Apabila kita menyedari bahawa kita sudah terjebak dengan gaya hidup ikut nafsu ataupun telah masuk ‘jerat’, berikut adalah beberapa langkah yang kita boleh amalkan.
-
Baca buku kewangan diri – Contohnya Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang
-
Baca buku risiko makan gaji – Contohnya Buku Makan Gaji Tetapi Kaya
-
Baca buku tentang peluang – Contohnya Buku Kaya Dengan Rumah
-
Baca bahan kewangan diri dari masa ke semasa seperti di www.shamsuddinkadir.com
-
Ambil sekeping kertas, senaraikan kos sara hidup wajib, di mana tanpa barangan ataupun servis tersebut kita tidak dapat hidup dan tidak dapat bekerja. Di situ kita tentukan berapa ansuran rumah, kereta yang kita mampu bayar dengan perbelanjaan bulanan yang tidak melebihi 70% daripada duit gaji.
-
Daripada senarai yang kita buat itu, kita akan dapati sama ada rumah, kereta, serta saluran berbayar yang kita sedang biayai itu adalah termasuk dalam kemampuan ataupun sebaliknya.
-
Jika kereta yang dibeli itu diluar kemampuan, lebih baik kita mencari jalan jika tidak membebankan bagi menjualkannya dan memiliki kereta yang lebih murah dan di dalam kemampuan kita. Hubungi bank bagi mendapatkan maklumat berapa lagi bagi hutang jika kita ingin menjelaskan semua hutang tersebut. Jika jumlah yang perlu di bayar balik lebih rendah daripada harga pasaran, gunakan peluang ini bagi menukarkan ataupun menjualkan kereta yang dibeli mengikut nafsu itu kepada kereta yang kita mampu memilikinya, tanpa stres.
-
Rumah juga kita boleh kaji kembali sama ada kita sanggup untuk meneruskan ansuran yang membuatkan kita stres ataupun melepaskannya bagi mendapatkan rumah yang lebih kecil, lebih murah dan lebih rendah ansuran dan kos sampingannya.
-
Paling penting adalah tukar gaya hidup kita itu kepada yang kita mampu biayai bukannya mengikut telunjuk nafsu yang menjeratkan hidup kita sepanjang hayat berada dalam tekanan. Banyak entri yang telah saya muatkan di dalam blog ini antaranya adab-adab masuk ke pasaraya dan sebagainya.
-
Hentikan pengunaan kad kredit secara 100% dan tukarkan kepada kad debit visa yang ada ditawarkan oleh beberapa bank pada hari ini.
-
Cari kawan baru yang hidup sentiasa dalam kesederhanaan, supaya kita juga terpengaruh untuk hidup dalam batasan normal.
Kos membaiki kesilapan adalah amat tinggi dan berat, ini yang menyebabkan kenapa sebahagian individu suka mencegah daripada mengubatinya. Jadikan kesilapan ini sebagai pendiding untuk mengelakkan kita dari dibebani dengan jerat-jerat di masa hadapan.
Membina Dimensi Sebenar!
Salam! Di musim perayaan seperti menyambut ramadhan dan hari raya sering kita lihat orang kita berbelanja sakan. Boleh tak tuan menulis mengenai strategi berbelanja di musim-musim perayaan seperti hari raya agar kita tidak tergelincir dari perbelanjaan yang berhemah
Salam saudara Roslan,
Terima kasih di atas cadangan, insyaa-Allah akan saya sediakan nanti, saudara juga dialu-alukan bagi memberikan cadangan juga.