Skip to main content

Saudara Shamsuddin,
Assalamu’alaikum. Semoga Tuan sentiasa dirahmati Allah, dengan dakwah ‘hutang dan kehidupan’…

Lampiran yang dikepilkan bersama mungkin boleh dijadikan bahan untuk dikongsi dalam entri tuan… Saya pasti ramai pengunjung blok tuan yang menerima cek mudah tunai serupa itu.

Bank Siti (Bukan nama sebenar) memang sering ‘mendahului’ bank-bank lain dalam menghasilkan produk inovatifnya YANG PASTI MENJERAT, yang akhirnya sering menjadikan ‘good pay masternya’ mangsa kehinaan dalam mereka mengejarkan bayaran semula; jika tidak berhati-hati.

Itulah sistem Yahudi yang didukunginya… berselindung di sebalik ‘excellence delivery system’ mereka.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

Salam hjSab2
http://sab2.blogspot.com
—————————————-
Untuk makluman pengunjung blog S K.com, Tuan Hj Sabtu,ย merupakan seorang Trainer dan juga rakan baik kepada Shamsuddin Kadir.

7 Comments

  • kart says:

    Assalamualaikum Tuan Sham.

    Saya pernah menerima RM 20,000.00 cek dari Bank atas nama saya dan beberapa cek kosong atas nama saya juga. Satu pun saya tidak masuk dalam akaun saya.

    Kalau dulu saya rabun dalam ilmu kewangan sudah tentu saya gembira dalam cek-cek tersebut, dan saya akan menjadi kaya dengan hutang. Alhamdulillah saya dah berubah.

  • Salam Tuan Sham,

    Dua tahun lepas saya pernah terima cek kosong atas nama saya oleh sebuah Bank. Kebetulan masa tu memang saya terdesak dan kita pula hendak menyambut hari raya, jadi apalagi tulis saja berapa mahu dan terus bank in cek itu.

    Awal Oktober nanti kita akan menyambut hari raya lagi, tapi hutang dulu belum habis lagi.

    Susah lah Tuan nak tanamkan sifat tak mahu berhutang, sudah cuba sekejap aje insaf, lepas itu tambah lagi hutang tu.

  • Firdaus says:

    Ini taktik terbaru yang tidak pernah saya jumpa sebelum ini. Terima kasih kerana berkongsi!

    Tuan Sham, apa kata buat seksyen khas tentang ‘possible fraud’ dan ‘jerat’ seperti ini.

  • Waalaikummusalam Kart,

    Ya, jika kita rabun kewangan banyak perangkap yang kita tidak kenal yang menyebabkan kita merana sepanjang hayat.

    Teruskan usaha meningkatkan kemahiran dan ilmu. Cuba sebarkan kepada lebih ramai agar lebih ramai yang mendapatkan manfaat di atas usaha kita itu.

  • Salam saudara Khairin,

    Agak susah bagi menahan diri dari berhutang bagi perkara ataupun benda yang tidak perlu tanpa kita mendekatkan diri dengan ilmu kewangan.

    Salah satu daripada ilmu kewangan yang mencegah kita berbelanja di luar batasan kemampuan adalah mempelajari dan mempratikan adab-adab masuk ke pasaraya.

    Elakkan juga berdampingan dengan orang yang suka berhutang, selalu mendekatkan diri dengan orang yang suka hidup mengikut kemampuan.

    Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang mungkin dapat membantu saudara memulakan langkah ke arah itu.

    Satu daripada kesusahan kita dari mengelakkan diri dari berhutang adalah di sebabkan banyaknya peluang yang ditawarkan bagi dapat duit secara hutang.

  • Terima kasih Saudara Firdaus, di atas cadangan yang amat baik itu.

    Saya sudah membuat satu kategori baru iaitu perangkap hutang.

    Mungkin saya akan menukarkannya kepada jerat.

    Perkataan possible fraud itu juga sedang dalam pertimbangan saya.

    Saya suka sangat dengan cadangan tersebut. Teruskan usaha berkongsi pandangan itu.

  • Terima kasih Tuan, atas nasihat yang diberi.

    Saya akan jadikan blog ini seperti suratkhabar wajib di baca setiap pagi.

Leave a Reply