Skip to main content

Mengikut kajian yang dibuat oleh saya sendiri, rata-rata individu yang ‘makan gaji’ menjadi kaya ataupun senang dengan hanya menguruskan gaji mereka itu.

Ada yang bergaji rendah sangat, tetapi mampu membeli rumah secara tunai.

Ada yang bergaji sederhana tetapi mudah naik pangkat. 

Ada yang bergaji rendah (kerani) tetapi memiliki lebih daripada seratus buah rumah.

Ada yang bergaji kurang daripada RM2,000 tetapi memiliki suku juta duit di dalam bank.

Di atas adalah sebahagian kecil daripada penemuan dari kajian saya. Dengan menguruskan kewangan, kita dapat mengetahui status sebenar kita. Apabila kita mengetahui status sebenar kita, timbul kesedaran tentang keperluan semasa dan akan datang dalam hidup kita. Kesedaran itu yang mengerakkan kita supaya bertindak dan mendisplinkan diri dalam mengikuti setiap apa yang kita telah tetapkan.

Adakah kita ingin terus dihimpit dengan masalah, sedangkan orang lain di sekeliling kita terus menikmati ketenangan dan kebahagian hasil daripada usaha mereka melatih diri mereka, supaya berdisplin dalam mengatur hala tuju wang gaji bulanan.

Pilihan ada di tangan kita dan ianya tidak sesekali berada di tangan orang lain. Jika keadaan di luar sana menghimpitkan pemikiran dan ketenangan kita, cara terbaik adalah mengubah diri kita, kerana kita tidak bisa mengubah selain daripada kita, tanpa kita mengubah diri kita terlebih dahulu. Baca kisah seorang raja dengan karpet di dalam entri-entri yang terdahulu, untuk memahaminya dengan jelas.

Setiap usaha kita yang baik itu sudah pasti memberikan ketenangan, kebahagian dan kesenangan kepada kita.

Emel : info@shamsuddinkadir.com, Tel : 03 5548 4348, Fak : 03 5548 4348,  www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

4 Comments

  • kart says:

    Assalamualaikum Sham.

    Saya pernah berjumpa dengan orang makan gaji yang bergaji sangat rendah dan isteri tidak bekerja, tetapi mampu membeli rumah dan kereta secara tunai. Sekarang beliau telah bersara. Saya pernah ke rumah beliau, dan saya terpegun dengan hiasan dan barang-barang dalam rumah beliau, sungguh cantik. Semuanya dibeli secara tunai.

    Saya bersetuju dengan kajian yang di buat oleh Sham, memang betul jika kita pandai mengurus wang gaji, hidup kita akan senang dan tenang dan suatu hari nanti pasti kita akan menjadi kaya. Saya pun dah dapat rasa kesenangan dan ketenangan hidup setelah saya sendiri yang mengubah cara hidup saya, seperti yang saya pelajari dari Sham dan buku-buku Sham. ALHAMDULLLAH.

    Terima kasih, Sham.

  • Waalaikummusalam Kart,

    Orang yang dapat menguasai duit, iaitu menjadi Tuan kepada duit, semangat mereka tinggi.

    Apabila tiada duit, semangat juga tiada, itu yang diberitahu oleh seorang lelaki yang hidup dalam kesusahan ketika di wawancara dalam program Bersama Mu di TV3.

  • Azemi Ali says:

    Salam.
    DUIT yang paling utama ialah :

    Doa
    Usaha
    Istiqamah
    Tawakkal

    InsyaAllah.

  • Salam saudara Azemi,

    Terima kasih di atas peringatan secara berterusan.

Leave a Reply