Pertama-tamanya saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas undangan dari Tuan Mohd Fasil (Penerbit Motivasi Pagi TV3) yang memberi peluang dan ruang kepada sayaย bagi berkongsi informasi berkenaan dengan kewangan.
Yang keduanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara/i yang tidak putus-putus menyokong motivasi kewangan yang bermula pada 3 Ogos yang lalu di TV3. Terima kasih diย atas sokongan yang ditulis di dalam halaman ini, juga email yang diberikan, bahkan ada yang menghantar sms. Insyaa-Allah saya akan menghantarkan sebahagian daripada sokongan Tuan dan Puan kepada Tuan Fasil supaya motivasi kewangan ini dapat saya sampaikan walaupun selepas berakhirnya enam episod pertama yang telah dirakamkan.
Kepada Tuan dan Puan yang tidak dapat mengikuti sepenuhnya rakaman motivasi tersebut, saya akan huraikan secara ringkasnya.
Sebelum kita menguruskan hutang-hutang yang kita ada, lebih baik jika kita mengetahui bahawa terdapat dua jenis hutang. Yang pertama adalah hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin, manakala hutang jenis kedua adalah hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin kaya.
Hutang yang perlu kita selesaikan seberapa segera adalah hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin. Hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin adalah hutang yang kita buat bagi membeli barangan yang semakin lama semakin rendah nilainya, contohnya adalah peti sejuk. Manakala barangan yang dibeli secara hutang yang membuatkan kita semakin kaya adalah barangan yang nilainya semakin tinggi, contohnya rumah.
Senaraikan semua hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin, contohnya hutang kad kredit, skim ansuran mudah dan pinjaman peribadi. Kita ada dua pilihan sama ada melebihkan bayaran ansuran bulanan bagi hutang yang mengenakan kadar faedah ataupun untung yang paling tinggi. Ataupun bayar hutang yang jumlahnya sikit supaya ianya memberikan motivasi kepada kita, supaya hutang itu cepat selesai dan kita masih bersemangat untuk melawan dengan hutang.
Saya mengalu-alukan sebarang pandangan berkenaan dengan motivasi kewangan di TV3 itu dan juga berkenaan entri yang ada di dalam halaman web ini.
Membina Dimensi Sebenar!
Salam Tuan Sham.
Tabik saya kepada Tuan Sham kerana berjaya menarik ramai menonton motivasi pagi `Mengurus Hutang’. Motivasi mengenai kewangan amat sesuai sekali untuk orang ramai, bab-bab hutang piutang terutamanya perlu ditekankan selalu agar orang ramai sentiasa beringat akan kesannya nanti.
Syabas Tuan Sham. Saya akan menonton lagi siri yang seterusnya.
Salam Cik/Puan Ainna,
Terima kasih di atas sokongan saudari, jika saudari ada tajuk yang baik untuk saya sampaikan di masa akan datang di TV3 sila maklumkan. Insyaa-Allah saya akan berbincang dengan Tuan Mohd Fasil dari TV3 itu.
Salam, saya antara pembeli buku Tn Sham, topik mengurus hutang ni memang perlu dan tepat dibincangkan kerana memang kebanyakan kita mempunyai hutang. Mungkin topik adakah kita perlu berhutang perlu dibincangkan, sekadar cadangan dari saya
Salam Tuan Shamsuddin.
Pertama kali saya nonton Motivasi Pagi di TV3, `Mengurus Hutang’ memang best. Elok war-warkan selalu jika ada program2 tuan seperti ini.
Tahniah.
Salam Sejahtera Tuan Sham.
Saya terharu menonton motivasi pagi dengan tajuk mengurus hutang, terharu dengan diri saya sendiri yang kurang arif dengan ilmu kewangan. Hutang yang akan menjadikan kita semakin miskin bermain-main di fikiran saya. Penekanan tuan tentang hutang tersebut memberi kesan yang mendalam.
Terima Kasih Tuan Sham.
Salam Tuan Shamsuddin.
Topik yang paling sesuai untuk semua `mengurus hutang’.Mesej yang mudah difahami.
Tahniah Tuan Shamsuddin.
Salam Tuan,
Saya peminat dan pembaca buku-buku tuan. Motivasi pagi yang tuan sampaikan tidak menjemukan malah banyak faedah yang saya dapat. Saya akan pastikan siri seterusnya saya akan ikuti. Harap tuan dapat mengingatkan kami semua tarikh motivasi yang akan datang.
Syabas dan tahniah tuan.
Salam, saudara Apiz, pertama-tamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih buku saya sebagai sebahagian cara menambah ‘pengalaman’ dengan cara murah dan cepat.
Bagus tajuk yang saudara cadangkan itu “Kenapa kita perlu berhutang?”. Saya akan menimbangkan bagi dicadangkan kepada Tuan Fasil nanti.
Salam saudara Harris, terima kasih di atas sokongan saudara.
Insyaa-Allah saya akan maklumkan dari masa ke semasa tentang motivasi kewangan yang seterusnya. Insyaa-Allah pada hari Ahad adalah motivasi kewangan yang kedua.
Salam saudara Talib,
Syukur, pengulangan saya beberapa kali berkenaan dengan ‘hutang-hutang yang membuatkan kita semakin miskin’ adalah bertujuan mengingatkan kita supaya menilai kembali semua hutang yang kita tanggung. Mungkin ada di antaranya tanpa kita sedari adalah hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin.
Terima kasih di atas sokongan saudara.
Salam Cik/Puan Ain Maisara,
Terima kasih di atas sokongan saudari sehingga ke hari ini. Terima kasih.
Salam saudara Akil,
Terima kasih di atas sokongan saudara itu. Alhamdulillah, ianya dapat memberikan manfaat kepada para penonton.
Terima kasih juga di atas sokongan saudara ke atas semua buku yang saya keluarkan, terima kasih.
Insyaa-Allah saya akan hebahkan dari masa ke semasa berkenaan dengan siri motivasi kewangan di TV3.
Topik tentang hutang yang saudara utarakan adalah sangat bagus dan perlu dihebahkan terutama bagi mereka yang banyak dan suka berhutang. Tahniah dan teruskan usaha. Cuma penyampaian saudara kekadang tersangkut-sangkut dan loghat kelantan saudara terlalu ketara. Pertingkatkan persembahan saudara. Sekian.
Terima kasih Saudara Alim,
Saya akui belum rasa selesa ‘beraksi’ di hadapan kamera dan loghat itu amat ketara pada rakaman itu. Saya akan meningkatkannya di rakaman akan datang.