Skip to main content

Di bawah adalah emel yang saya terima daripada Presiden Kesatuan Pekerja, Tuan Amat Yaakub.

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa seorang staf di Unit Pentadbiran, Cawangan Jalan Duta, Puan Hanita bt Abd Hamid telah dimasukkan ke Hospital Tawakal pada pagi semalam pendarahan dalam otak dan berada dalam keadaan koma.   Beliau kini berada di Wad ICU Tkt. 3 Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.(Kelmarin)

Pagi ini telah disahkan meninggal dunia. Pn Sharipah saya wakilkan puan untuk memberitahu pada penceramah kita En. Shamsudin Abd Kadir.

Harap Maklum

—————————————–

Innalillahi wainahilarajiun. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan golongan para Alim Ulama dan solehah. Amin.  Terima kasih di atas makluman Tuan Amat Yakub (Presiden Kesatuan Sekerja-KEJASA).

Kami hanya berkenalan selama 4 hari 3 malam sewaktu menjayakan kursus dengan wargakerja Lembaga Hasil Dalam Negeri di Residence Hotel, Kajang dari 30 Jun – 3 Julai 2008.  Selepas melihat gambar yang diambil ketika kursus tersebut, saya pernah bercakap dengannya beberapa kali. Saya juga membaca kembali borang maklum balas kursus  yang telah diisi oleh beliau itu.

Saya mendoakan agar beliau telah mempratikkan “Who Am I”  mulai dari saat beliau mengenali apa yang sebenarnya ingin dilakukannya. Module Who Am I adalah modul wajib yang saya masukkan ke dalam Kursus Dimensi III, iaitu kursus 3 Hari.

Mengikut latihan yang diberikan setiap peserta hanya diberikan tempoh terakhir iaitu pada 2 Ogos 2008, nampaknya Allah lebih kasih kepadanya, beliau meninggal hanya dalam masa 17 hari sahaja daripada kursus itu tamat. Kepada peserta-peserta yang telah mengikuti modul Who Am I, saya nasihatkan kepada diri sendiri dan saudara/i supaya terus mempratikkan apa yang telah ditulis di dalam ruangan ‘Who Am I’

www.shamsuddinkadir.com 

Membina Dimensi Sebenar!

3 Comments

Leave a Reply