Skip to main content

Satu bicara yang amat baik di ruangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ di TV9 pada pagi tadi, berkenaan pemberian handphone bersama dengan Tuan Aziz Desa, Puan Farah Adiba dan  Datuk Dr. Chiam Heng Keng, Pakar Psikologi kanak-kanak.

Mengikut Datuk Dr. Chiam, budaya memberikan handphone kepada anak hanya berlaku di Asia, masyarakat barat tidak mempratikkannya. Antara sebab kenapa kanak-kanak tidak sesuai dibekalkan dengan handphone adalah disebabkan kesan radiasi dan juga tiada keperluan bagi anak-anak untuk memilikinya.

Kenapa di negara maju mereka tidak mempratikkannya? Ini adalah satu persoalan yang kita boleh fikirkan dan kaji bersama. Negara kita sedang menuju ke arah negara yang maju, sudah pastinya kita tidak akan mencontohi mereka dalam segala hal, kerana matlamat kita yang utama adalah menjadi manusia yang beriman kepada Allah. Akan tetapi, adakah tindakan yang dilakukan oleh barat berkenaan isu handphone ini perlu dicontohi oleh kita?

Mengikut Datuk Dr. Chiam lagi,  sebahagian daripada ibubapa merasakan status mereka terjejas, apabila anak mereka tidak diberi handphone peribadi. Bagi mengekalkan dan menunjukkan mereka berada di standard yang tinggi, mereka memberikan handphone yang canggih kepada anak-anak mereka. Bagi Datuk lagi, ini adalah satu budaya yang tidak sihat dan membimbangkan beliau.

Seorang pemanggil iaitu saudara Kamal Baharin dari Melaka, mencadangkan jika ibubapa ingin memberi handphone, berilah handphone yang ada biasa iaitu yang tiada aplikasi canggih. Ianya mengundang lebih banyak bencana jika beri handphone yang ‘canggih’ iaitu yang ada 3G dan sebagainya. 

Sebahagian besar juga memberikan sebab takut anak kena culik dan tersesat di dalam pasaraya menjadi penyebab kenapa anak perlu dibekalkan dengan handphone. Ini adalah sama dengan entri saya dahulu berkenaan seorang raja dengan karpet.

Seorang lagi pemanggil iaitu, Saudara Ahmad Ali dari Alor Star, tidak bersetuju langsung pemberian handphone kepada anak-anak. Selain daripada masalah riadasi dan ia juga tiada keperluan bagi anak.

Kepada Datuk Dr. Chiam, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas informasi berguna di dalam rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O di TV9’. Betulkan saya jika ada informasi yang dinyatakan oleh Datuk, disalah tafsir oleh saya.

Persoalan yang saya ingin bawakan di sini adalah adakah satu keperluan bagi memberikan handphone kepada anak. Di samping masalah radiasi dan peluang informasi lucah, ia juga menyebabkan ibubapa perlu menangung kos tambahan.

Kos pembelian handphone, muat turun lagu-lagu, gambar, prepaid top up, sewa bulanan bagi post paid dan banyak lagi kos yang berkaitan perlu ditanggung. 5 orang anak, 5 handphone, 5 talian handphone. Jika semuanya mengunakan talian prepaid dengan kos RM30 sebulan, maka kos tambahan yang perlu ditanggung adalah RM30 X 5 = RM 150.

Adakah keperluan memberikan handphone kepada anak wujud, apabila ibubapa sering balik lambat ataupun selalu tiada di rumah. Adakah penyelesaian terbaik dengan memberikan handphone dan bukannya memastikan ibubapa dapat mengunakan sebahagian waktu berkualiti bersama keluarga?

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

Leave a Reply