Skip to main content

Ini merupakan berita yang paling menakutkan yang pernah saya dengar. Hampir sehari suntuk saya berada di kawasan Wangsa Maju/Setia Wangsa bagi menghantar 2 manuskrip terbaru.

Ketika di sana saya diberitahu bahawa seorang ketua keluarga menangung hutang kad kredit sebanyak RM400,000. Apabila isterinya menasihatinya agar menjelaskan hutang tersebut ataupun menghentikan pengunaan, dia berkata “Jika dihentikan pengunaan kad kredit itu, dia tidak mampu untuk membeli susu untuk anak”

Sungguh saya tidak sangka walaupun buku saya “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” telah menunjukkan kesan yang amat mendalam apabila kita menangung hutang kad kredit, masih ada yang meneruskan amalan berhutang melalui kad kredit.

Ramai pembaca buku tersebut yang telah meninggalkan tabiat berhutang dengan kad kredit. Saya juga terus menerus memaklumkan tentang implikasi yang amat mendalam dalam kehidupan apabila kita tersilap langkah. Masih ada jalan kembali ke pangkal jalan, selagi kita masih hidup.

Saya percaya ramai juga individu yang cukup ‘takut’ apabila ada desakan oleh pemilik stesyen minyak untuk menamatkan pembelian petrol mengunakan kad kredit di stesyen minyak.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

3 Comments

  • Azemi says:

    Assalamualaikum..

    Sahabatku Shamsuddin, izinkan saya berkongsi sedikit pengalaman di sini.

    Semasa saya dalam penerbangan untuk mengerjakan umrah baru baru ini. Saya telah berbual dengan seorang pegawai bank yang bertugas di bahagian kad kredit. Beliau memberitahu ada seorang pelanggan yang mempunyai gaji bulanan melebihi RM20,000.00 memohon kad platinum.

    Biasanya seseorang yang bergaji besar sebegini akan diluluskan permohonannya. Setelah semakan dibuat didapati bayaran minimum bulanan hutang kad kredit orang ini ialah melebihi RM20,000.00. Ini bermakna hutang keseluruhan kad kreditnya melebihi RM400,000.00. Kenapa pendapatan banyak sebegitu belum cukup?? Ini adalah KISAH BENAR.

    Semasa di Madinah saya berpeluang bersembang dengan seorang tukang sapu yang berasal dari Bangladesh. Beliau pernah bekerja di Malaysia selama 5 tahun. Beliau baru bekerja di Madinah selama 18 bulan. Gaji bulanan beliau hanya 250 Riyal atau RM215.

    Beliau berkata beliau hanya berpeluang menghantar duit kepada ibunya di Bangladesh sebanyak 10,000.00 Riyal @ 1.8 juta matawang Bangladesh sahaja. Pendapatan beliau hanya 4,500.00 selama 18 bulan itu.

    Bagaimana beliau dapat menghantar duit kepada ibunya lebih daripada pendapatannya?
    Ini adalah KISAH BENAR.

    Di dalam Islam rezeki yang sedikit tetapi BARAKAH atau BERKAT adalah lebih baik dari rezeki yang banyak tetapi tidak BERKAT.

    Segala yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya dan segala yang baik itu datang dari Allah.

    Terima kasih.

  • Mariam says:

    Takut bila menatap angka setengah juta hanya hutang kad kredit. Apa jua terletak ditangan kita untuk mengubah hidup. Saya kini berpegang pada satu falsafah “For Things To Change I Must Change First”, kalau tidak diri sendiri siapa lagi.

    Ingin saya kongsikan petua yang saya rasa tak lah terlalu berat untuk diamalkan dan alhamdulillah saya sendiri merasai nikmatnya hidup akhir ahir ini, walaupun sebelum ini terlalu banyak dugaan dan ada ketika rasa baiklah aku mati sahaja.

    Petua untuk dilapangkan pintu rezeki ini saya perolehi dari blog seseorang yang kini menjadi sahabat saya.

    1)Puasa Sunat Isnin dan Khamis

    2)Selawat Nabi 100 kali setiap lepas solat

    3)Baca Surah Al-Waqiah sebelum tidur

    4)Tunaikan solat dhuha jika berkesempatan melakukannya.

    Alhamdulillah, saya amalkan perkara diatas, selain merasa tenang kita juga akan yakin pada diri kita sendiri. Insyaallah. Janji Allah itu benar, setiap dugaan yang kita lepasi akan peroleh nikmat dihari kemudian.

  • Faizul Tendong says:

    Lebih selamat guna kad debit la. Sekarang ni dah ada kad debit yg boleh kumpul point dan point tersebut boleh tukar kepada duit. hubungi saya 0126817207 untuk keterangan lanjut.

Leave a Reply