Salam Tuan Shamsuddin Kadir. Semoga Tuan sentiasa dilimpahi kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amin.
Tuan Shamsuddin, memandangkan ekonomi sekarang ini semakin meningkat dan ramai yang merasakan kehidupan mereka semakin tertekan, saya rasa sekarang adalah masa yang amat sesuai untuk Tuan mencari pahala yang berlipat ganda.
Maksud saya Tuan bolehlah mencari peluang untuk menambahkan lagi buku Tuan berkaitan dengan pengurusan kewangan atau Tuan memberi ceramah-ceramah kepada orangramai. Dengan cara ini Tuan dapat memberi nasihat dan bimbingan kepada orang ramai.
Maaf ye jika e-mail saya ini mengganggu Tuan Shamsuddin.
Terima kasih.
AH
Nota SK : Salam kembali kepada Puan AH, semoga Allah senantiaa mengurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada Puan sekeluarga. Ya Allah perkenankan doaku ini. Amin.
Ini adalah email kedua yang saya terima hari ini berkenaan keperluan sambungan buku dalam hal kewangan. Insyaa-Allah saya akan menghantar manuskrip kepada Editor Cik Rozita (Pts Pro) selewat-lewatnya 31 Ogos 2008. Doakan saya berjaya menyiapkan buku yang telah mula ditulis sejak pertengahan 2007 lagi.
Saya senantiasa mengadakan ceramah-ceramah terbuka di kedai-kedai buku di lembah klang dan yang terbaru adalah di Mahkota Parade, Melaka pada hari sabtu yang lalu.
Saya mengalu-alukan sebarang jemputan bagi menjayakan ceramah ‘2 Jam’ di mana-mana organisasi. Sila hubungi saya melalui info@shamsuddinkadir.com atau shamsuddinkadir@yahoo.com ataupun 03 5548 4348
Terima kasih di atas sokongan.
Membina Dimensi Sebenar!