Saya menerima sms pada pagi ini, tentang isu kakitangan kerajaan mengelabah di Putrajaya. Penghantar memaklumkan beliau telah menghantar informasi lengkap ke shamsuddinkadir@yahoo.com
Assalamualaikum Sham,
Pagi ini di ofis saya, ramai pegawai dan kakitangan bising dan gelabah sebab gaji yang sepatutnya masuk hari ini tidak masuk. Ramai yang hampa.
Betullah pandangan Sham, kita perlu ada wang simpanan. Saya bernasib baik kerana mengikut nasihat Sham, jadi tak lah saya gelabah.
Terima kasih
Suhaila (Bukan nama sebenar)
Kakitangan kerajaan, Putrajaya
Nota Sham : Perkara ini bukan baru berlaku pada hari ini, tetapi sejak manusia mula menceburi dunia pekerjaan. Apabila seorang pekerja membelanjakan semua duit gaji pada setiap bulan, dia tidak dapat menerima impak apabila gaji seterusnya tidak diterima pada waktu yang sepatutnya.
Ukur baju di badan sendiri bukannya bermakna, kita perlu membelanjakan semua duit gaji pada setiap bulan. Ianya bermaksud, berbelanja dengan tidak melebihi 70% daripada gaji yang diterima pada setiap bulan.
Perbelanjaan kita biasanya melebihi daripada 70% apabila kita membiarkan orang lain iaitu seperti bank bagi menentukan gaya hidup kita. Tindakan ini akan membebankan kita apabila setiap bulan kita membelanjakan hampir ataupun melebihi separuh daripada duit gaji untuk membayar ansuran. Pelbagai ansuran yang kita tanggung, ansuran kereta, rumah, kad kredit, skim ansuran mudah, ansuran pinjaman peribadi…
Masalah ini adalah masalah ‘sulit’ yang kebanyakan kakitangan tidak dapat menyelesaikannya dengan hanya berdiam diri. Masalah sulit ini di antara penyebab utama kenapa prestasi kakitangan atasan dan bawahan menurun.
Membina Dimensi Sebenar!
Salam En. Din,
Kekalutan akan timbul bila rezeki yg dikurniakan untuk kita dirasakan tak pernah cukup. Lebih menyedihkan apabila budaya kehidupan hari ini lebih mendorong kepada memiliki barangan ‘kehendak’ melebihi barangan ‘keperluan’.
Melihat kepada trend ini, wujud sekelompok manusia yg kononnya cuba membantu golongan diatas untuk mencapai impian mereka. Kebelakangan ini terdapat banyak kursus-kursus untuk menjadi jutawan segera samada dihebahkan melalui phamplet atau iklan di media cetak.
Minta pandangan En. Din tentang perkembangan ini.
Salam.
Salam Saudara Zam,
Barangan ‘kehendak’ terbeli disebabkan kelemahan kita mengetahui bagaimana ianya boleh berlaku. Contohnya, apabila kita tidak tahu bahawa memasuki pasaraya mestilah dengan membawa senarai, kita akan membeli barangan yang tidak pernah kita rancang untuk beli. Ini gara-gara kejayaan para pegawai pemasaran pasaraya dalam mempersembahkan produk ataupun barangan yang kita tidak perlukan.
Satu persoalan yang amat menarik dan bertepatan dengan keadaan semasa sekarang. Insyaa-Allah saya akan memberikan pandangan tentang ‘jutawan segera’ di entri seterusnya.
Assalamualaikum Tuan Sham.
Saya bersetuju pandangan Tuan Sham dalam entri ini. Baru beberapa jam lewat gaji masuk, kakitangan dah mula gelabah dan buat andaian yang bukan-bukan. Berdering-dering bunyi telefon di Bahagian Kewangan dan AG, dan pagi-pagi lagi ramai yang sudah menyerang Bahagian Kewangan disebabkan mereka hampa gaji belum masuk.
Jika kita mempunyai wang simpanan tetap kita tak akan gelabah dan tak panik di pagi-pagi hari begini disebabkan gaji tidak masuk. Kasihan bahagian kewangan, belum pun sempat bersarapan pagi dah kena menyiasat punca dan kenapa gaji kakitangan tidak masuk. Rupa-rupanya ada sedikit masalah dengan sistem Maybank dan RHB Bank.
Saya dapat bayangkan, jika gaji tiada dalam bulan ini dan bulan-bulan seterusnya dan duit simpanan tiada, APA AKAN TERJADI…….. Saya menasihati diri saya dan para pembaca sekelian ikutilah saranan dan nasihat Tuan Sham, berbelanjalah kurang dari 70% dari wang gaji kita setiap bulan, Bakinya jadikan simpanan atau untuk menambahkan kekayaan.
Terima kasih, Tuan Sham. Usaha Tuan Sham ini dapat menyelamat ramai manusia.