Skip to main content

Saya ingin mendapat pendapat tuan,

I am studying at UiTM in diploma business study…. saya dalam semesta terakhir…. apa pendapat tuan, if i futher my study to degree… saya harap tuan dapat memberi pendapat, kursus apa yang perlu saya sambung when I further my study….. and one more thing, saya keliru sama ada untuk sambung belajar atau memulakan bisnes sendiri ?

Ahmad Nizam (Bukan nama sebenar)

Nota Shamsuddin Kadir : Pertama-tamanya saya mengucapkan rasa syukur di atas pemikiran saudara yang amat terbuka.

Soalan pertama – adakah saya perlu sambung dalam kursus yang sama di peringkat Ijazah? Mengambil jurusan yang berbeza ketika diperingkat diploma dan Ijazah memberikan kita satu kelebihan berbanding seorang graduan yang hanya menumpukan kepada satu bidang profesion sahaja. 

Contohnya. Encik Ali adalah tukang kayu  yang bekerja selama 5 tahun dalam kilang membuat kerusi, membantunya menguasai kemahiran membuat kerusi sahaja. Gajinya adalah RM 3,000.

Manakala Encik Burhan adalah tukang kayu yang berkerja selama 4 tahun dalam kilang membuat kerusi dan meja, memberikan dia dua kemahiran yang berlainan. Kemahiran membuat kerusi dan kemahiran membuat meja. Gajinya RM3,000.

Jika anda ingin memulakan perniagaan membuat perabut, siapa yang menjadi pilihan anda?

Itu jika dilihat dari satu dimensi. Bagaiamana jika anda bercita-cita untuk menjadi ahli yang pakar dalam satu bidang sahaja contohnya Akauntan, Peguam, Doktor, Arkitek, Jurutera ? Sebaiknya anda hanya fokus dalam jurusan itu sahaja, akan tetapi ianya tidak salah jika anda ingin mempelajari juga dalam bidang lain sebagai ‘tambah nilai’ kepada perkhidmatan yang anda akan berikan kepada pelanggan. Contohnya anda adalah graduan dalam bidang kedoktoran dan menyambung dalam bidang psikologi bagi membantu dirinya melayani pesakit-pesakit dengan nilai tambah.

Apa yang penting sekarang, adalah anda perlu mengenalpasti keinginan diri anda. Apa yang anda ingin capai. Jumpa dengan orang yang sedang dan sudah berjaya bagi mendapatkan pandangan sebelum anda membuat keputusan.

 “Degree is just a license, but it is not license to kill”

Seorang sahabat karib saya, mengambil jurusan perniagaan ‘business study’ ketika di peringkat diploma dan menyambung dalam bahagian perakaunan di peringkat ijazah. Beliau memulakan pekerjaan sebagai audit dalaman dan kini bekerja di bahagian perolehan ‘procurement’.

Seorang lagi sahabat karib saya memulakan pengajian dalam bidang perakaunan di peringkat diploma dan menyambung dalam bidang pemutusan ‘Decision-Making’ di peringkat Ijazah.

Soalan Kedua – Jika berkemampuan sambung belajar di peringkat Ijazah dan sambil itu berkecimpung dalam bisnes. Sebolehnya bisnes trading iaitu bisnes jual barang. Jika boleh elakkan barangan yang diperolehi melalui skim jualan langsung, kerana ketika ini anda memerlukan kemahiran bergantung atas diri sendiri 100% supaya anda dapat melihat dimensi anda ketika itu.

Maklumkan kepada saya dari masa ke semasa di halaman blog ini, supaya saya dan rakan pembaca dan pelawat lain dapat memberikan pandangan. Di jemput saudara dan saudari untuk turus menyumbangkan pandangan dan nasihat.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

 

4 Comments

  • Sudut pandang saya mungkin silap. Tetapi, memetik kata-kata Donald Trump dalam the Apprentice, “Dalam urusan bisnes, saya bukan sahaja melihat bakat, saya juga melihat pendidikan sebagai faktor menerimanya sebagai rakan kongsi saya.”

    Pendidikan mencipta persepsi positif terhadap bisnes dan menambah rangkaian peringkat atasan.

    Bisnes mencipta persepsi positif terhadap bakat mengurus dan mencipta peluang.

    ———————————————

    ZAMRI MOHAMAD
    Ingin terbit buku bestseller sendiri?
    http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com

  • Saya bersetuju dengan pandangan Tuan Zamri.

    Satu kelebihan apabila kita memiliki kedua-duanya iaitu pendidikan dan bisnes. Kita dapat menguasai dua peluang dalam satu masa.

    Ada lagi pandangan bernas dari saudara/i?

  • Naz says:

    Thanks for your advice and opinion…. its help me more, choose between to futher or start business… thanks a lot

  • Mohd Zamri says:

    Mohd Zamri Says:
    May 27th, 2008 at 12:25 am
    Asalamuaikum Tuan SK,

    Saya mohd Zamri merupakan salah seorng peminat setia blog SK ini. Ada beberapa perkara yang ingin saya pelajari dari SK mengenai masa depan dan kerjaya sebagai Penasihat kewangan. Untuk Makluman SK, saya seorang guru siswazah yang berkelulusan ijazah Pengurusan Teknologi dan sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang sarjana kejuruteraan mekanikal pembuatan. Persoalan saya,

    (a) Bagaimana tips untuk menjadi trainer atau penasihat kewangan yang berjaya?

    (b) Tuan boleh berikan sedikit tips bagaimana cara untuk saya melibatkan diri untuk menjadi part-time lecturer di kolej2 dan institut2 swasta?

    (c) Bagaimana cara dan tips permulaan yang perlu saya lakukan supaya menjadi seorang yang mempunyai kepakaran didalam pengurusan wang kerana minat dan kecenderungan saya lebih ke arah bidang ini?

    Wasalam

Leave a Reply