Insyaa-Allah pada petang hari ini 16 Mei 2008 saya akan ke Jakarta, Indonesia bagi urusan dalam bidang latihan ‘training’. Ini adalah lawatan kedua saya ke Indonesia, iaitu yang pertama pada bulan Ogos 2007.
Ketika menjejaki kaki untuk kali pertama di Indonesia, banyak perkara terutama dalam sudut kewangan yang saya pelajari ketika berada di sana. Bagi saya kehidupan rumpun Melayu di Malaysia dan di Indonesia mempunyai banyak persamaan. Di mana ramai penduduknya memilih pekerjaan sebagai sumber menyara kehidupan.
Banyak kesan negatif yang telah berlaku di Indonesia ‘bakal’ berlaku di Malaysia dalam sedikit masa lagi, jika kecetekan ilmu kewangan terus tidak diendahkan oleh individu yang bergelar pekerja yang terutamanya.
Krisis makanan yang berlaku ketika ini, belum separah yang saya ramalkan berdasarkan apa yang sudah di alami oleh Indonesia. Rakyat Malaysia yang tidak ‘bersedia’ bakal menghadapi bebanan hidup yang sama dengan majoriti rakyat Indonesia tidak lama lagi.
Jika kita membuat kajian tentang 30 tahun yang lalu, kita dapat membuat pelbagai tanggapan. Insyaa-Allah saya akan dedahkan kajian saya dalam sedikit masa lagi. Saya mengambil kira perubahan yang berlaku negara serantau seperti di Singapura, China, Indonesia, Arab dan Amerika.
“Laut di luar sana semuanya sudah diterokai, kenapa kita tidak bertanya kepada orang yang sudah menerokainya ?”
Jangan melakukan kesilapan dengan mempelajari daripada kesilapan diri sendiri, gunakan peluang untuk mempelajari daripada kesilapan yang telah dibuat oleh orang yang sudah mendahului kita.
Membina Dimensi Sebenar Anda!