Skip to main content

Salam ceria di pagi Rabu,

Semalam sewaktu saya berkunjungย di sebuah pasaraya, saya mendapati ada seorang budak berusia sekitar 5 tahun sedang menangisย di luar kaunter pembayaran.ย Ibunya sedang mendokongย budak tersebut sambil membawanya ke tempat mainan percuma yang dihidupkan oleh kuasa elektrik.

Tindakan ibunya itu tidak mampu meredakan tangisan budak tersebut. Tangisannya diselang seli dengan satu permintaan yang belum ditunaikan oleh ibunya. “Saya hendak Power Ranger, saya hendak Power Ranger, Power Ranger…”

Kini anaknya bersikap dengan lebih aktif dengan duduk di atas lantai pasaraya tersebut. Ibunya masih tidak berbuat apa, cuma menyuruhnya bangun. Anaknya mengunakan pelan ‘B’ iaitu meniarap di atas lantai, ini yang menyebabkan ibunya mengeluarkan sesuatu daripada beg tangannya. Dalam beberapa saat saya dapati ibunya mengeluarkan satu pisau kecil yang boleh dilipatkan dan mendekati anaknya itu. Ibunya seolah-olah mengugut anaknya supaya bangun. Anaknya masih berkeras tidak ingin bangun sambil berkata “Saya hendak Power Ranger”.

Akhirnya Ibunya mendokong anaknya itu dan di bawa keluar daripada kawasan kaunter pembayaran.

***

Persoalan pertama : Apakah yang menyebabkan anaknya itu bertindak sedemikian?

Persoalan kedua : Adakah ibunya menyediakan pisau kecil di dalam beg tangannya ituย bagi mengugut ataupun menakutkan anaknya apabila dia tidak mampu mengawal kelakuan anaknya itu ?

Apakah tindakan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu itu?

Apakah tindakan untuk mengelakkan kejadian itu berlaku lagi?

Apakah kaedah pembelajaran yang perlu diajar kepada kanak-kanak tentang adab-adab masuk ke pasaraya?

Saya menjemput semua pelawat blog ini untuk memberikan pandangan, cadanganย supaya tiada lagi masalahย sebegini yang kita akan lihat di pasaraya.ย ย Taipkan cadangan saudara/i di ruangan komen yang disediakan di bawah. (Bagi pelawat baru, komen saudara/i hanya akan muncul di blog selepas ianya diluluskan)

www.shamsuddinkadir.comย 

Membina Dimensi Sebenar Anda!

12 Comments

  • Persoalan ketiga:
    Saya teringat sewaktu kecil dahulu abah saya terus menampar saya apabila saya merengek hendakkan sesuatu semasa mereka membeli-belah. Selepas dua tiga kali kejadian seperti itu berlaku dan saya tetap ditampar, terus saya tidak berani meminta apa-apa.

    Tetapi sekarang emak dan abah saya ada cara lain untuk adik lelaki saya yang masih kecil. Mereka tidurkan dulu adik lelaki saya di rumah, dan kemudian keluar senyap-senyap. ๐Ÿ˜€ Nasib baik ada seorang lagi adik perempuan yang ditugaskan menjaga adik lelaki saya itu.

  • kal says:

    Assalamualaikum,

    Saya sudah selesai membaca buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’, buku yang sangat menggalakkan, tetapi yang sedihnya, saya langsung ketinggalan tentang hartanah. Maksud saya cetek ilmu tentang hartanah, lagi satu, gaji saya tidak sampai RM1000.00 pun, rasanya macamana saya nak memulakan apa yang tuan sarankan di dalam buku tuan.

    Ataupun ada cara-cara yang tertentu untuk saya memulakan langkah saya agar dapat meningkatkan taraf hidup untuk menjadi pelabur hartanah..

    Ribuan terima kasih dan harap tuan dapat memberi maklumat terkini kepada saya.

  • Satu pengalaman yang amat berharga untuk dikongsikan bersama.

    Terima kasih kepada saudara Azree (rakan seperjuangan) yang sudi memberikan satu daripada alternatif dalam mendidik anak-anak berkenaan tabiat meminta barang mainan.

    Kita dapat lihat, apabila zaman berubah, cara ibubapa mendidik anak untuk menjadi baik turut berubah.

    “Didiklah anak kamu mengikut zamannya”

  • Kepada Kal,

    Buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ adalah pendedahan pertama kepada pembaca tentang keperluan melabur dalam rumah.

    Untuk melengkapkan pembacaan supaya Kal dapat maklumat lengkap, sila dapatkan buku ‘Kaya Dengan Rumah’ yang sudah berada di pasaran.

    Lengkapkan pembacaan seterusnya dengan mendapatkan buku ‘Buat Duit Dengan Rumah’ yang akan berada di pasaran pada bulan Julai 2008. Dan di akhiri dengan buku ‘Tuan Rumah Yang Kaya Raya’ akan berada di pasaran pada lewat 2008.

    Orang yang memiliki berpuluh-puluh rumah itu bermula memiliki rumah pertama ketika bergaji bawah RM 1,000.00.

  • MS says:

    Assalammualaikum

    Tuan Sham,
    Saya ingin berkongsi pengalaman. Saya ada 4 orang anak, yang sulong 18 tahun, dan yang bongsu 10 tahun. Semasa mereka kecil, Alhamdulillah, tidak ada peristiwa ‘berguling-guling’ di kedai kerana saya ada beberapa undang-undang yang saya praktikkan:

    1 Jika mereka meminta saya tidak beli serta-merta. Saya akan kembali semula pada hari yang lain seorang diri tanpa anak ikut sekali (itupun sekiranya saya hendak belikan)

    2. Mereka hanya boleh minta barang makanan sahaja itupun mesti melalui penapisan yang ketat, contoh makanan yang sah bahan-bahan yang halal (sesetangah gula-gula tidak halal tapi ramai yang tidak mengetahuinya)

    3. Pada mulanya apabila mereka meragam saya tinggalkan sahaja (olok-olok), “Ok, mak dah nak balik ni. Tak nak ikut, tinggal.” Lama kelamaan mereka tahu ibu mereka susah di manipulasi.

    Bukan maksud saya tidak membelikan anak-anak barang-barang permainan atau makanan sama sekali, tetapi biar mengikut peraturan kita, bukan peraturan mereka. Anak-anak saya boleh meletak balik permainan di tempatnya apabila saya panggil mereka. Tanpa mereka (dan saya) menjerit-jerit.

    Seorang kawan saya memanggil saya dan suami ‘old-pesen’. Hmmm…saya tak kisahlah.

    Sekarang anak-anak sudah besar, saya longgarkan undang-undang itu.

  • Waalaikummusalam Puan MS,

    Beberapa peraturan ditetapkan lebih awal, dapat menjaminkan anak kita membesar dengan ‘selamat’.

    Selamat daripada berbelanja di luar kemampuan dan selamat daripada membesar dengan makanan yang tidak ‘Halal’.

    Di samping kita memastikan seluruh ahli keluarga kita menjadi dan kekal sebagai pengguna yang bijak, pastikan kita juga menjadi pengguna Islam dengan hanya membeli, menguna dan makan makanan yang ada tanda halal yang selamat iaitu “Tanda Halal Jakim”.

    Mendidik anak untuk memilih barangan yang ada tanda Halal Jakim adalah satu fardhu bagi setiap mukmin.

    Terima kasih di atas satu lagi pengalaman bermutu yang dikongsikan bersama.

  • Salam alaikum

    Masa kami adik beradik masih kecil dahulu, ayah kami akan mengukur saiz kaki adik beradik dengan menggunakan tali bagi membeli kasut. Cara ini dibuat bagi mengelakkan kami menjadi seperti kes di atas tadi.

    Jika kami keluar pun, tidak beramai-ramai. Kadang kala dibawanya seorang daripada kami. Jika keluar berjalan pun bukanlah ke pusat membeli belah (kecuali Eid), sebaliknya ke muzium atau pun kedai buku Mamak di Chow Kit Road.

    ——————————————–

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com

  • Waalaikummusalam Tuan Zamri,

    Waw, satu lagi kaedah bagi mengelakkan aksi ‘berguling-buling’ tidak berlaku.

    Satu kaedah yang bagus dalam mendidik anak, iaitu membawa mereka ke tempat seperti muzium yang sudah pasti dapat membantu anak kita memahami tentang sejarah dengan sejelasnya.

    Opps….isteri saya sudah mengingatkan saya supaya membawa anak saya ke muzium Shah Alam pada hujung minggu ini. Ada pameran tentang pelbagai jenis sarang burung.

    Baru saya mengerti kenapa Tuan Zamri Mohamad menjadi seorang penulis yang berjaya. Ianya hasil dari galakan ibubapa sejak kecil.

    Agaknya, anak kita yang kita selalu bawa ke pasaraya akan menjadi tokey pasaraya apabila besar nanti?

  • shuth says:

    Cara saya…

    Apabila saya hendak membeli-belah di pasaraya, saya akan pergi seorang diri. Tidak bawa anak-anak, tingalkan mereka di rumah bersama isteri.

    Kadang-kadang.. Bukan anak-anak je yang berguling-guling.. “isteri” pun boleh berguling-guling.. ho! ho! ho!..

    So.. isteri pun tingal sekali kat rumah.. kalau ada barang nak beli.. just tulis je dalam senarai.

    ๐Ÿ™‚

  • Terima kasih sdr Shuth,

    Ini satu pendedahan terbaru, walaupun ianya berlaku dalam hampir kebanyakan keluarga. ‘Isteri berguling-guling’.

    Meninggalkan anak dan mungkin juga isteri yang tidak dapat mengawal nafsu ‘membeli’ di rumah, adalah salah satu langkah baik bagi mengelak terlebih belanja.

    Bagaimana pendapatan wanita tentang pandangan ini ?

  • MS says:

    Assalammualaikum
    Saya jarang dengar kes isteri ‘berguling-guling’ ni. Isteri yang tidak bekerja lebih faham keperluan berjimat-cermat berbelanja. Isteri yang bekerja pula ada ‘spending power’ sendiri. Sesekali tu belikan sajalah apa yang dia mahu. Selamat hidup…

  • Waalaikummusalam Puan MS,

    Mungkin maksud sebenar ‘berguling-guling’ bagi isteri yang tidak bekerja adalah tindakan merajuk yang ditunjukkan apabila si suami tidak memenuhi keinginannya.

    Tidak semua barangan yang diingankan oleh isteri itu dapat disediakan oleh suami yang hidup ‘makan gaji’.

Leave a Reply