Skip to main content

Ada di antara pengendali saham amanah melabur di dalam 80 hingga 120 kaunter saham. Saham amanah tidak bergantung sepenuhnya kepada nilai semasa 1 kaunter saham tetapi lebih kurang 100 saham dari pelbagai kaunter. Ini dilakukan bagi memastikan risikonya berada pada tahap minimun berbanding jika anda melabur dengan hanya membeli beberapa saham yang berlainan kaunter.

‘Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul’ konsep ini yang diterapkan oleh pengendali saham amanah yang ingin memberikan kepuasaan maksimun terhadap  pelabur.

Melabur di dalam saham amanah memberikan banyak kelebihan, di mana anda tidak perlu mengawasi secara harian turun naik pasaran saham. Semuanya boleh dilakukan oleh agen anda yang akan menasihati anda dari masa ke semasa.

Terdapat dua cara untuk anda melabur dalam saham amanah, iaitu sama ada mengunakan duit tunai ataupun melalui duit KWSP.

Anda  dikenakan dengan caj yang di antara 5 – 7 % bagi pelaburan dengan wang tunai. Manakala anda dikenakan sebanyak 3% apabila melabur mengunakan wang KWSP. Ini bermakna setiap RM 1,000 yang anda laburkan, anda dikenakan caj sebanyak RM 30 hingga RM70.

Harga satu unit bagi saham amanah bergantung kepada pengendalinya. Antara harga yang dijual bagi setiap unit ketika ianya dilancarkan antaranya adalah RM0.25, RM0.50 dan RM1.

Biasanya pengendali saham amanah akan membuka untuk jualan selama dalam satu tempoh yang diumumkan. Apabila tempoh berkenaan tamat, maka saham itu akan diurusniagakan. Harga akan ditentukan oleh pasaran. Jika anda ingin membeli selepas tawaran ditutup, harganya mungkin tidak lagi sama ketika ianya ditawarkan.

Bagi mendapatkan informasi terkini, boleh dapatkan di akhbar-akhbar tempatan seperti di Utusan Malaysia. 

 Akan disambung…

www.shamsuddinkadir.com 

Membina Dimensi Sebenar Anda!

Tetamu: TerkilanDilema

Tetamu: Terkilan

shamsuddinkadirshamsuddinkadirFebruary 5, 2009

3 Comments

  • Mariam says:

    Salam Tn Sham..

    Alhamdulillah setelah sekian lama saya tidak menjenguk artikel di blog Tn sham,hari ini saya berpeluang menulis disini, Baru baru ini saya amat sibuk dengan beberapa perkara, dan apa yang saya lakukan sudah pasti untuk merubah masa depan saya.

    Untuk pengetahuan Tn Sham, saya kini mula menceburi karier sebagai perunding unit amanah, mungkin saya masih baru dalam bidang ini, dan amat berharap Tn Sham boleh memberikan tips dan nasihat kepada saya sebagai perunding unit amanah.

    Apa yang kita tahu sememangnya sukar meyakinkan masyarakat tentang pelaburan di Unit Amanah, pemilihan dana yang betul, apa kelebihan dan bagaimana cara untuk mengelak kerugian,siapa yg boleh melabur, dan siapa yang tidak sesuai melabur..
    Apa pun artikel Tn Sham sedikit sebanyak membantu saya menangani situasi ketika bersama pelanggan kelak, Insyaallah.

  • Insyaa-Allah saya akan kongsikan di entri-entri akan datang.

    Saya bercadang untuk menulis sekurang-kurangnya 10 entri dalam saham amanah bagi memberikan gambaran tentang pelaburan yang amat diminati oleh para pelabur ‘kaya’.

    Persoalannya adakah individu yang belum ‘kaya’ dapat mengikuti langkah orang kaya yang suka dengan saham amanah?

    Nantikan entri seterusnya dalam saham amanah di http://www.shamsuddikadir.com

  • Tahniah juga kepada Puan Mariam, yang sudah menemui salah satu daripada pintu-pintu rezeki yang Allah sediakan untuk ummahnya.

    Pesanan saya lakukan dengan jujur dan dapatkan pelanggan untuk melabur dalam saham amanah yang ‘halal’.

    “Ingat setiap usaha kita yang ikhlas itu adalah ibadah, walaupun ianya tidak berhasil”

    Kita tidak akan gagal selagi kita tidak berhenti mencuba. Teruskan usaha yang baik ini.

Leave a Reply