Skip to main content

Apabila kita membuat perbelanjaan barangan keperluan di pasaraya, apakah yang dapat menghadkan kita berbelanja apabila mengunakan kad kredit?

Sehingga kini, daripada maklumat yang saya perolehi termasuk dari pemerhatian dan soal selidik yang saya lakukan, berikut adalah penemuanya.

  • Penguna kad kredit tidak mempunyai senarai apa barangan yang ingin dibelinya. Hanya senarai di dalam kepala sahaja yang dibawa masuk ke dalam pasaraya.

  • Penguna kad kredit tidak menghadkan apa yang ingin dibeli berdasarkan senarai di dalam kepalannya, tetapi membenarkan dirinya membeli barangan yang berkenan di hatinya ketika berada di dalam pasaraya.

  • Penguna kad kredit tidak kisah berapa jumlah harga keseluruhan barangan yang dimuatkan di dalam troli.

  • Penguna kad kredit hanya peka tentang jumlah barangan yang ingin dibeli, apabila jumlah hutang kad kredit sudah hampir mencecah jumlah maksimun.

  • Penguna kad kredit menjelaskan semua perbelanjaan dibuat hanya pada beberapa bulan pertama. Selepas itu, penguna mula membayar bayaran minimun sahaja, seperti yang diwajibkan oleh bank.

  • Penguna kad kredit akan menikmati hidup yang lebih indah, lebih bergaya berbanding jiran dan rakannya yang mendapat gaji yang sama banyak.

  • Penguna kad kredit suka bersiar-siar kerana sebahagian besar kosnya ditanggung oleh kad kredit.

Itu adalah sebahagian daripada penemuan berkenaan dengan penguna kad kredit.

Apabila jumlah baki hutang kad kredit semakin meningkat, penguna mula mendapatkan kad kedua dan seterusnya.

Apabila hutang semua kad kredit sudah mencecah angka-angka ‘kritikal’ penguna kad kredit mula mendapatkan talian hayat pertama iaitu pinjaman peribadi. Ketika ini penguna kad kredit dapat menjelaskan semua hutang kad kredit, dan hanya menumpukan kepada bayaran ansuran bulanan kepada bank untuk pinjaman peribadi yang dibuatnya itu. Selepas 2 tahun, penguna kad kredit itu menjadi panik, apabila kad-kad kredit itu menunjukkan bagi hutang yang tidak berbayar sehingga berbelas dan berpuluh ribu. “Macam mana ini, hutang pinjaman peribadi belum selesai, hutang kad kredit sudah menimbun kembali?”, kata penguna kad kredit yang sudah menjadi hamba kepada bank.

Jika ciri-ciri di atas ada persamaan dengan anda, cepat hentikan tabiat anda yang berbahaya itu. Jika anda tidak yakin ataupun mempunyai cara untuk membebaskan diri, dapatkan buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.

2 Comments

Leave a Reply