Skip to main content

Jika dahulu kita yang perlu berusaha mencari peluang untuk mendapatkan wang tunai segera. Kini kita boleh mendapatkan dengan mudah apabila agen-agen bank dan pelbagai skim datang kepada kita.

Pada hari ini, selepas mendirikan sembahyang Jumaat di sebuah Masjid di Selangor, sayaย melihat ada seorang perempuan yang sedang mengedarkan ‘flyer’ di pintu masuk utama pagar masjid. Saya mendekatinya bagi mendapatย tahu informasiย yangย sedang diagihkan kepada para jemaah Masjid.

Selepas mendapat satu, baru saya memahaminya. Ianya adalah maklumat untuk menarik orang ramai untuk membuat pinjaman peribadi. Katanya lagi pinjaman itu dapat diluluskan dalam masa kurang daripada 7 hari. Sungguh menarik tawarannya itu, pasti dapat mempengaruhi sebahagian daripada pengunjung.

Apabila dibaca isi kandungannya, hampir semua cadangan tujuan untuk digunakan duit itu adalah bagi membiayai :

  • Melancong

  • Perkahwinan

  • Kereta Baru

  • Rumah Baru

  • Pendidikan

  • Barangan dalam rumah

Bayangkan wang tunai segera ditawarkan bagi mempengaruhi pengunjung untuk menambahkan lagi bebanan kewangan hidup dengan melibatkan diri dengan :

  • Pergi melancong walaupun tidak mampu pada ketika ini. Ini adalah bagi memuaskan nafsu.

  • Membeli perabut baru rumah sedangkan perabut lama, masih boleh digunakan. Ini bagi menjadikan kita sebagai orang yang suka menunjuk-nunjuk. Apa kelebihan makan nasi di atas meja lama dengan meja baru? Adakah meja baru dapat mempercepatkan proses penghadaman dalam perut, ataunya membantu mengenyangkan apa yang di makan?

  • Melangsungkan perkahwinan diri ataupun anak, dengan meriah dan mewah, walaupun sebenarnya tidak mampu berbuat demikian. Sehingga dapat cucupun hutang ketika kahwin dahulu belum diselesaikan. Kenapa masih ingin menunjuk-nunjuk walaupun tidak mampu.

  • Adakah dengan membeli kereta baru dapat memastikan perjalanan kita lebih cepat sampai dan selamat berbanding kereta yang kita pandu sekarang?

  • Adakah dengan membeli rumah baru, kita dapat hidup dengan lebih tenang? Sudah pasti ansuran di rumah baru tinggi, ianya pasti membebankan kita untuk membayarnya.

Ramai individu yang tersangkut dengan ‘nikmat sementara’ ini. Kuasa adalah ditangan anda, oleh itu tentukan yang mana terbaik untuk anda.

Dengan meminjam sebanyak RM30,000 anda perlu membayar balik ansuran selama 7 tahun. Jumlah ansuran yang anda bayar adalah RM 47,800. Iaitu 17,800 melebihi dari apa yang anda pinjamkan. Dari setiap ansuran bulanan sebanyak RM570, anda sebenarnya menghadiahkan kepada bank sebanyak RM 213 pada setiap bulan, kerana meminjamkan anda sebanyak RM30,000.

Bagaimana pula dengan sahabat kita yang ingin dapatkan wang tunai segera daripada ‘Skim-Skim Internet?’ Insyaa-Allah di bincangkan pada entri akan datang.

Shamsuddin Kadirย 
info@shamsuddinkadir.com Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008

7 Comments

  • Labanon says:

    Salam bro Sham,

    Saya dah cuba send emel kat bro tapi failed jer.. hehe cuma nk ckp majalah IM #3 dah kuar.. boleh download di http://majalahIM.com

    thanks bro

  • Salam Labanon,

    Mungkin next time boleh gunakan shamsuddinkadir@yahoo.com jika ada attachment.

    Saya sudah baca sebahagian daripada majalah itu, sungguh menarik.

    Nanti saya bagi feedback.

  • Rafidah says:

    Salam kesejahteraan buat tuan Shamsuddin.

    Pertamanya terima kasih atas doa yg dipanjatkan untuk saya sekeluarga di dalam blog Puan Ainon.

    Buku Tuan “Makan Gaji Tetapi Kaya” saya hadiahkan untuk suami:)

    Semoga akan terus berkarya dan semoga Allah melimpahkan nikmat rezeki di dalam hidup tuan sekeluarga. Amin

  • Salam kebahagian buat Puan Rafidah,

    Selepas membaca entri Puan di blog Puan Ainon, teringin benar saya menemui Puan.

    Terima kasih di atas sokongan terhadap buku tersebut, semoga ianya menjadi panduan bermanfaat untuk Puan sekeluarga.

    Terima kasih di atas doa tersebut, semoga Allah merealisasikan dan juga mensejahterakan kehidupan Puan untuk selama-lamanya.

  • Berapa agaknya cadangan Tuan Shamsuddin berkenaan budget untuk sebuah majlis perkahwinan?

    Andai kata kenduri dibuat di kampung sudah menelan belanja RM3k. Kalau di bandar mungkin RM5k.

  • Satu soalan yang amat bagus dan bermakna. Saya juga sedang menyiapkan informasi berkenaan untuk seorang wartawan yang menginginkan maklumat tersebut.

    Nanti saya maklumkan tentang bajet sebuah majlis perkahwinan.

  • kakzed says:

    apa yg perlu saya buat utk mendptkan modal bagi memulakan taska, terima kasih.

Leave a Reply