Skip to main content

Setiap individu ada kefahaman tersendiri tentang apa yang di maksudkan dengan gaji tidak cukup. Melalui kursus Dimensi Diri, saya dapati ramai peserta memberikan jawapan gaji tidak cukup yang menjadi penyebab mereka dihimpit tekanan.

Apabila kita menyebut duit gaji yang diterima tidak cukup, sudah pasti kita sebenarnya menerima gaji tidak setimpal dengan kos sara hidup setempat. 

  • Adakah kita menjadi mangsa majikan yang tidak bertimbang rasa?

  • Adakah majikan kita tidak menyedari bahawa kos sara hidup sudah naik?

Apakah jumlah minimun gaji yang mencukupi untuk menangung keperluan sara hidup bulanan di kota dan di luar bandar?

Apabila gaji tidak cukup untuk menangung kos sara hidup termasuk bayaran ansuran kereta, rumah dan barangan dapur, kita mula merungut. Adakah kita berbelanja melebihi daripada kemampuan kita? Bagaimana kita berbelanja sehingga 100% daripada duit gaji yang diterima? Sedangkan had kemampuan kita untuk berbelanja adalah 70% daripada wang gaji?. Dilema hidup di luar kemampuan dengan menghabiskan semua duit gaji pada setiap bulan adalah cara hidup yang tidak sihat.

Apabila kita menghabiskan semua wang gaji dengan berbelanja secara tunai adalah lebih selamat daripada wang itu habis bagi menjelaskan hutang kad kredit dan skim ansuran mudah. Apabila wang dibelanja secara boros, kita dapat mengubah sikap kepada lebih berjimat dengan serta merta dan hasilnya kita dapat menyimpan sebahagian daripada duit.

Apabila kita terpaksa menghabiskan duit pada setiap bulan bagi menjelaskan ansuran kad kredit, ansuran skim ansuran mudah, kita tidak dapat mengurangkan kos kita secara serta merta. Ini kerana sebahagian besar duit gaji kita pada setiap bulan, sudah dimiliki oleh orang lain untuk beberapa tahun ataupun sehingga kita pencen. Kita merasakan gaji sentiasa tidak mencukupi apabila berada dalam kelompok ini. Ianya tidak mencukupi bukan kerana kos sara hidup yang tinggi, tetapi disebabkan gaya hidup berbelanja yang tidak sihat.

Langkah yang perlu kita lakukan, adalah dengan menyenaraikan segala perbelanjaan dan hutang yang kita tanggung. Ini dapat memberikan kita gambaran sebenar tentang kedudukan kewangan semasa kita. Daripada senarai tersebut potong kos-kos yang kita boleh elakkan ataupun di luar kemampuan kita.

Pelajari juga bagaimana untuk berjimat. Ya, berjimat dalam menguna elektrik. Itu adalah salah satu daripada kos yang kita perlu tanggung. Seorang individu yang tidak berjimat mengunakan elektrik 3 kali ganda daripada apa yang dia sebenarnya perlu. Bayangkan jika keperluan sebenarnya adalah RM 50, dia terpaksa menangung bil elektrik RM150. Itu hanya yang berkaitan dengan elektrik.

Bedah siasat gaji anda untuk memastikan sama ada gaji yang tidak cukup ataupun anda yang terlebih berbelanja.

Shamsuddin Kadir 
info@shamsuddinkadir.com Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008

2 Comments

  • Mariam says:

    Assalamualaikum.

    Sebagai insan yang bekerja makan gaji seperti anda diluar sana termasuklah diri saya sendiri, apa yang perlu bagi pendapat saya ialah, belajar berkata cukup dan jangan terikut ikut cara org berbelanja kerana apa yg ada dalam poket orang lain tidak sama dengan apa yg ada dalam poket kita. Belajar membuat belanjawan setiap bulan, saya rasa kalau dibaca entry yang lepas lepas tak sudah sudah Tuan Sham kita ni mengingatkan supaya menulis setiap perbelanjaan yang dibuat, itu akan lebih mematangkan kita dalam urusan perbelanjaan.

    Belajar Berkata Cukup (tak bermakna tidak terus berusaha)
    Belajar Untuk Mengucapkan Syukur
    Belajar Untuk Meluaskan Ilmu Pengetahuan
    Belajar Percaya Pada Diri Sendiri Dan Keupayaan Diri
    Belajar Supaya Diri Lebih Menyintai Allah (kerana apa pun yang berlaku ada hikmah, kerana saya masih teringat apa yang pernah kawan saya beritahu saya disaat saya mengalami krisis kewangan yang hebat, “Mariam, Allah itu tidak akan menguji hambanya yang dia sudah tahu tidak boleh diuji,sabarlah“, jadi saya adalah salah satu hambanya yang telah diuji itu yang menguatkan semangat saya kerana saya kini semakin faham apa yg berlaku, dan saya tahu saya boleh berubah.

    Anda juga boleh, insyaallah..Belajarlah segala tips yang Tuan Sham beri kerana ilmu itu tidak merugikan sedikitpun.

  • Banyak yang saya dapat pelajari daripada kenyataan Puan Mariam ini.

    “Belajar berkata cukup” – Tidak bermakna, kita tidak terus berusaha.

    Ini yang paling susah untuk dilakukan. Kerana kita perlu kawal nafsu kita supaya ianya mengikut kita.

Leave a Reply