Skip to main content

Mendidik anda memulakan bisnes sewaktu di peringkat persekolahan membantu anak menjadi berani, tidak malu dan yakin kepada kebolehan diri.

Anak-anak yang tidakย ajar berniaga ketika dibangku sekolah atau universiti akan mempunyai banyak halangan untuk memulakan langkah pertama berniaga. Mengikut satu kajian, kebanyakan graduan yang memulakan bisnes adalah orang yang sudah ada kemahiran berniaga sewaktu di zaman persekolahan.

Mahasiswa yang takut dan tidak ingin menceburi bisnes sewaktu di universiti juga terpaksa menghadapi risiko lebih tinggi apabila tidak berjaya mendapat kerja selepas tamat belajar. Bagi graduan yang ada pengalaman berniaga tidak ad masalah untuk hidup berdikari walaupun tidak berjaya mendapat kerja. Pelajar yang ada pengalaman berniaga mempunyai 1 ekstra peluang. Iaitu talian hayat yang kedua. Jikaย usaha untuk mendapat kerja tidak berjaya, mereka boleh menceburi bidang perniagaan tanpa perlu menganggur.

Apakah jenis bisnes yang boleh diceburi olehย pelajar sekolah rendah ?

  • Jualan garaj – Menjual barangan terpakaiย seperti buku-buku terpakai. Ini dapat membantu ibubapa bagi mendapatkan buku bacaan untuk anak-anak mereka dengan harga tidak sampai 50 % harga asal buku tersebut.

Apakah jenisย bisnes untuk pelajar sekolah menengah ?

  • Menjual nasi lemak sewaktu hujung minggu -Tahniah kepada seorang pelajar yang tanpa segan menjual nasi lemak biasa berdekatan denganย pintu Masjid Al- Hidayah, Seksyen 18, Shah Alam.

Apakah jenis bisnes untuk pelajar universiti ?ย 

  • Tahniah kepada saudara Firdaus Arif yang berjinak dengan bisnes menjual buku pada waktu sebelum dan selepas sembahyang Jumaat di Masjid Wangsa Melati.

  • Menjual kad prepaid untuk para pelajar

  • Menjual nasi lemak “Nasi lemak…karipap…nasi goreng cina….teringat sewaktu di kampus bersama dengan sahabat karib Ebnu Farid”

Pastikan bisnes dilakukan di waktu lapang dan tidak menganggu dengan waktuย kelas dan pengajian. Pilih jenis bisnes yang sesuai.

Pengalaman memulakan bisnes dapat digunakan bagi mencipta peluang. Ramai orang suka merebut peluang.ย  Jika bukan anda yang mencipta peluang bagaimana orang lain hendak mendapat peluang?

Shamsuddin Kadirย 
info@shamsuddinkadir.com Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008ย 

6 Comments

  • Salam.

    Galakan Tuan memang cukup baik. Saya sendiri adalah antara hasil didikan ibu ayah saya yang telah membawa saya ke alam perniagaan tanpa saya sedar sewaktu di sekolah rendah dahulu. Waktu sekolah menengah (form 1), saya duduk asrama. Sekolah saya baru buka waktu itu jadi batch kami adalah 1st batch di sekolah tersebut. Koperasi sekolah memang tak ada. Bila malam, pelajar ramai yang lapar dan sebagainya. Mak saya ada bekalkan saya hampir 5 bungkus milo dan nestum 3 in 1. Mulanya saya tak berapa faham kenapa mak bekalkan begitu banyak bungkusan milo 3 in 1 tu yang mana setiap bungkus ada 20peket sedangkan selang 2 minggu pasti saya akan balik rumah.

    5bungkus x 20peket = 100 peket!!!

    Nak dijadikan cerita, satu malam ada seorang kawan saya nak beli sepeket nestum 3 in 1 dari saya. saya pun jual la sepeket RM 0.50 kat dia. Dia tahu saya dapat ‘stok’ banyak dari mak saya. selepas itu, dia pun heboh satu asrama yang saya jual milo n nestum 3 in 1. Tak sampai 3 hari, habis stok saya! Bila balik, saya cerita kat mak saya. mak senyum. Selepas dari itu saya jadi ‘tokan’ gak la yang menjual milo, nestum, oat dan sebagainya. Modal satu bungkus milo 3 in 1 pada ketika itu baru RM 7.50. dalamnya ada 20 peket. saya jual satu peket 0.50 sen. jadi satu bungkus saya untung RM2.50. Itu milo la. kalau cereal jenama SUPER tu memang untung besar sikit la. Bagi saya, pada ketika itu, besar atau kecil keuntungan bukanlah satu ukuran, sebaliknya kepuasan menjual, berkomunikasi dengan kawan2 yang merupakn ‘pelanggan’ saya pada ketika itu. famous gak la saya sampai dapat jadi Penolong Ketua Pengawas pada ketika itu!

    Dari situ, saya develop banyak skill yang saya perolehi sekarang. Saya jual waktu form 1 je. Form 2 saya jual benda lain sebab nak bagi peluang kawan2 saya jual pulak. tapi kawan-kawan saya jual RM0.60-RM0.80. Biasalah, HARGA BARANG MAKIN HARI MAKIN NAIK…. hehe.

    Maaf la Tuan jika saya berceloteh panjang pulak. Terkenang zaman sekolah dulu bila Tuan timbulkan isu ini.

  • Roslan Isa says:

    Assalammualaikum.

    Seronok apabila modul didik anak jadi bisnesman diajar kepada anak-anak sekarang. Lagi bagus diajar berpandukan cara Nabi Muhammad berniaga.

    Bagi PTS Professional, kami akan menerbitkan buku Didik Anak Jadi Bisnesman, manuskrip sudah masuk tetapi belum ditentukan jadualnya. Penulis pula sebelum ini tulis buku Didik Anak Urus Wang. Klik ini http://pts.com.my/index.php/buku/657/

    Bagi saya pula, kena ajar anak tekak sendiri lah nampaknya. Hehehe

    Selamat berniaga.

  • Roslan Isa says:

    Maaf En. Sham, lupa mahu beritahu.

    Kepada rakyat jelata yang mengunjungi web ini, En. Sham dan isterinya akan menulis buku bisnes berbentuk fiksyen. Penceritaan yang bersahaja tetapi penuh fakta, strategi, cara, dan promosi bisnes.

    Buku yang ditulis adalah;
    1. Biskut Ajaib
    2. Garaj Sale

    Sesuai untuk memotivasi kanak-kanak ke arah pemkiran yang strategis dan bervisi.

  • Azree MH says:

    Hurm. Teringat waktu kecil dulu emak saya beli beberapa jenis kerepek dalam bungkusan plastik besar. Dan kami sebagai anak-anak bantu membahagikannya kepada bungkusan kecil untuk dijual di dalam sekolah.

    Bukannya ibu bapa saya tidak mampu hendak menyara yuran sekolah, malah lebih daripada mampu. Tetapi mereka mahu kami pandai cari wang sendiri.

    Dan di universiti pula andai tidak cukup duit(saya tidak mengambil PTPTN), saya tidak terus meminta duit daripada ibu bapa. Seboleh mungkin akan saya usahakan sesuatu seperti menjual baju dan sebagainya.

    Sekarang sedang memikirkan sesuatu yang boleh menjana passive income saya di universiti.

    Sdr Roslan,
    Adakah buku itu ala-ala buku ‘Who moved my cheese’? ๐Ÿ˜€

  • Roslan Isa says:

    Saudara Azree MH.

    Konsep buku itu memang ada sedikit bau-bau bacang dengan Who moved my cheese.

    Tetapi fakta bisnes ditulis secara dialog 70 peratus dan naratif 30 peratus. Mudah dibaca, santai dan memotivasi.

    Kini tiba masa kemunculan novel bisnes bagi kanak-kanak dan remaja.

    Sesiapa mahu tahu lebih lanjut, emel saya roslan@pts.com.my

  • Terima kasih di atas kesudian Saudara Husaini, Roslan, Azree memberikan pandangan.

    Ya ianya menjadi satu keperluan bagi mendidik generasi muda sejak dari bangku sekolah untuk berniaga.

    Prinsip perlu berniaga, bukan kerana tidak ada duit, tetapi kerana keperluan dari tuntutan agama untuk mencipta peluang.

    Ianya di bawah Fardhu Kifayah – Yang menyebabkan semua orang berdosa. Melibatkan diri dengan bisnes adalah bagi memastikan masa depan ekonomi manusia yang bertuhankan Allah terus terpelihara.

    Orang Islam wajib menguasai perdagangan, urusniaga perbankan dan ekonomi masyarakat Islam itu sendiri.

    Saya turut berbangga dan bersyukur melihat kerajinan Saudara Husaini dan Azree melibatkan diri dalam bisnes.

Leave a Reply