Kali ini kita akan membuat satu bedah siasat tentang kereta yang kita miliki pada ketika ini. Saudara/i yang dihormati, sila dapatkan sekeping kertas dan satu pen bagi latihan pada hari ini.
Jika sebelum ini kita merekodkan segala perbelanjaan dan ansuran bulanan yang kita perlu tanggung pada setiap bulan. Pada hari ini, kita hanya mengambil salah satu daripada kos yang kita perlu tanggung berkaitan dengan kenderaan untuk membawa kita ke tempat kerja dan semua destinasi lain.
Kita mulakan dengan menyenaraikan informasi yang terlintas di minda kita, supaya ianya mendorong kita untuk mencungkil lebih banyak rahsia tentang kereta kita itu.
Contohnya
1. Jenis Kereta – Proton Wira 1.5 A
2. Harga Beli – RM 51,000
3. D/payment – RM 5,000
4. Tahun beli – 2000
5. Tempoh Pinjaman – RM 46,000
6. Tempoh Pinjaman – 9 Tahun
7. Kadar Bank – 4.5 %
8. Ansuran Bulanan – RM 580
9. Takaful dan Cukai Jalan – RM [Setahun sekali ]
10. Servis Kereta – RM [minor & major]
11. Tayar dan Bateri – RM [1 tahun / 2 tahun sekali]
12. Minor Accident – RM [Touch up dan lain-lain]
13. Petrol bulanan – RM [Bergantung kepada harga minyak semasa]
14. Kerosakan mengejut -RM [cth : Penghawa dingin – tiba2 tak berfungsi]
15. Sila isi dalam komen…Apa lagi yang belum dimasukkan?
Informasi asas tentang kereta.
1. Mulai tahun kelima, kos penyelengaraan kereta semakin tinggi, disebabkan ada bahagian-bahagian dalam kereta yang perlu ditukar baru. Kerana sudah rosak ataupun mencapai masa yang perlu ditukar ‘useful life’. Ada yang berkata, penyelengaraan kereta saya sama tinggi dengan ansuran bulanan ke bank.
2. Nilai kereta semakin susut dari hari pertama anda memilikinya. Ini bermaksud jika anda ingin menjualkannya sebelum pinjaman tamat, anda berkemungkinan terpaksa membayar balik kepada bank kerana jumlah hutang lebih tinggi daripada harga jualan kereta itu.
3. Prestasi kereta sudah tidak sama dengan ketika membelinya 8 tahun lepas. Ini bererti jumlah pengunaan minyak semakin bertambah dari masa ke semasa.
Berdasarkan maklumat di atas,
1. Kira jumlah yang perlu saudara/i keluarkan pada setiap bulan bagi kereta yang di miliki oleh saudara/i itu.
2. Kira jumlah sebenar harga kereta yang saudara/i beli itu. Iaitu dengan menjumlahkan semua ansuran yang saudara/i perlu bayar kepada bank di tambah dengan wang down payment yang dibayar ketika membelinya dahulu.
3. Bandingkan dengan harga kereta pada waktu anda membelinya. Di sini anda dapat melihat berapa kos ekstra yang anda perlu tanggung daripada mengambil pinjaman dengan bank.
4. Bandingkan jawapan yang diperolehi di soalan no. 2 itu dengan harga kereta pada hari ini. Anda boleh lihat sendiri berapa banyak duit yang anda cari itu yang telah hangus di makan oleh susut nilai.
Cukup untuk 4 soalan bagi latihan untuk hari ini.
Shamsuddin Kadir
info@shamsuddinkadir.com
Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008
Tuan Sham,
Dalam blog Prof Kamil ada entri “Pemandu”. Salah seorang pengunjung ada meninggalkan komen. Beliau anak seorang pemandu. Sangat elok apa yang ditulis oleh beliau itu.
Dengan gajinya, pemandu itu membesarkan 10 orang anak, apabila beliau meninggal dunia lebih 1000 orang datang berziarah.
Baca lagi….
Puan Sifu,
Terima kasih Puan, saya sungguh tertarik dengan kisah pemandu itu. Semoga kisahnya itu juga menarik diceritakan oleh para malaikat di alam barzakh. Amin.
Begitu hebat sekali kisah yang diceritakan oleh anaknya itu.
Saya akan cuba mendapatkan kisah selanjutnya daripada anaknya itu. Ianya boleh dikongsikan bersama dengan pelawat blog ini nanti.