Skip to main content

Baca emelย di bawah:ย 

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan saudara, saya adalah peminat penulisan saudara samada buku tulisan saudara mahu pun Blog saudara.

Sesungguhnya semua manusia mengimpikan hidup dalam kesenangaan. Dari pembacaan buku tulisan saudara dan blog saudara memang banyak konsep saya dapati bagi membantu ke arah kekayaan.

Kaya walaupun Makan Gaji, Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan beberapa lagi telah saya baca.

Hanya satu pertanyaan saya buat masa ini iaitu apa pandangan saudara sekiranya kita membuat pinjaman untuk mebuat pelaburan saham amanah seperti ASB, ASN, Saham Koperasi dan lain lagi yang mana menawarkan dividen tahunan melebihi 10%.

Adakah ianya sama konsepnya dengan pelaburan hartanah yang dinyatakan pada buku saudara Kaya Walaupun Makan Gaji.

Sebenarnya saya juga telah mula melaksanakan beberapa konsep yang saudara nyatakan seperti mengurangkan hutang yang tak perlu, membuat simpanan berkala di dalam unit amanah, membeli satu unit hartanah dan yang terakhir ialah ingin membuat pinjaman untuk pelaburan amanah. Sebab itu saya meminta pandangan saudara.

Matlamatย menjadi jutawan adalah impian saya.

Saudara X (Bukan nama sebenar)

Apa pendapat anda tentang pertanyaan di atas?

14 Comments

  • Mariam says:

    Salam,

    Saya pernah menghadiri seminar dengan CFP, jawapan beliau ialah tidak atau jangan sama sekali membuat pinjaman dengan mana mana bank yg menawarkan PINJAMAN UTK SIMPANAN ASB.

    Kerana katanya tiada keuntungan yg kita perolehi. Adalah lebih baik kalau wang yang kita gunakan untuk membayar balik pinjaman itu disimpan terus kedalam ASB.

    Saya kurang arif berkenaan hal ini, tetapi setelah membuat perkiraan berkenaan interest dan keuntungan dalam ASB, saya rasa ada benarnya kata kata CFP tersebut.

    Mungkin Tn Sham boleh mengulas lebih lanjut atau secara ringkas hal ini.

  • Salam Puan Mariam,

    Terima kasih di atas pandangan Puan itu. Saya amat-amat menghargainya. Gembira menerima emel dari Puan sejak dari hari pertama. Banyak informasi yang saya perolehi. Terima Kasih.

    Ada lagi saudara dan saudari yang ingin memberikan pandangan ataupun informasi bagi menjawab pertanyaan saudara Hadi itu?

    Saya akan memberikan pandangan saya selepas menerima beberapa pandangan lain.

  • Azemi says:

    Make it simple.

    If you have to take a loan to invest it mean you are not afford to invest.

    Investment should come from excess of your income not from borrowed money unless in properties investment.

    Tanya diri anda apakah itu pelaburan?

  • Saudara Azemi,

    Terima kasih di atas pandangan saudara itu. Satu lagi dimensi tentang konsep melabur.

    Semoga ianya menambahkan pemahaman kita, tentang apa yang di maksudkan dengan ‘melabur’.

    Bagaimana dengan pandangan saudara/i, adakah anda bersetuju dengan pandangan Puan Mariam dan Tuan Azemi?

    Ataupun anda ada pandangan lain, yang boleh dikongsikan bersama?

  • Mariam says:

    Terima kasih Tn Sham

    Kerana sering memberi maklumbalas yang positif atas setiap pandangan saya. Apa yang cuba saya lakukan hari ini ialah, kerana saya ingin terus lari dari masa lampau saya dan kalau beleh menghilangkan terus pandangan tersebut dari kacamata fikiran saya.

    Saya yakin semua insan mampu berjaya dan menjadi kaya dari segi ilmu mahupun harta. Mengenali blog Tn Sham sesuatu yg amat saya hargai kerana perkongsian ilmu itulah yang membolehkan saya lari dari kemiskinan hidup, ilmu mahupun harta. Insyallah

  • Puan Mariam,

    Saya doakan agar Allah senantiasa memberikan kebaikan yang datang mendadak dan memudahkan kehidupan Puan Mariam dengan rezeki yang berlebihan. Ya Allah perkenankan doaku ini. Amin.

    Puan Mariam, Renungilah kata-kata ini “Wahai orang yang beriman, berusaha bersungguh-sungguh bagi menyelesaikan segala apa rintangan termasuk bebanan kos sara hidup, jangan sesekali berputus asas. Yakinlah bahawa pertolongan Allah akan sampai.

    Saya amat berpegang kepada kata-kata di atas.

    Puan, mari kita sama-sama berjuang dan terus berjuang. Insyaa-Allah puncak kebebasan hidup itu pasti menjadi milik kita.

  • Assalamualaikum En. Shamsuddin,

    Saya bersetuju dengan dengan Puan Mariam dan En. Azemi. Lebih baik kita menyimpan sendiri daripada meminjam untuk melabur.

    Saya pernah membuat perkiraan secara manual (pelaburan ASB) dan mendapati sekiranya kita meminjam untuk melabur, untungnya tidaklah banyak lebihnya berbanding kita melabur sendiri secara tetap setiap bulan.

    Contohnya sekiranya kita meminjam RM30,000 bagi melabur dalam ASB, dividen tahunan dikira berdasarkan pokok RM30,000 itu. Sebaliknya sekiranya kita melabur RM300 sebulan, dividennya tentulah dikira bergantung kepada jumlah simpanan sebenar.

    Dari segi ini memang nampak lebih banyak dividen akan diterima apabila melabur melalui pinjaman. Isunya ialah kadar faedah loan itu yang tidak tetap. Dalam tempoh 10 tahun entah berapa kali naik, wallahua’lam.

    Apabila kos faedah naik, amaun bayaran balik bulanan, contohnya RM300, tidak akan bertambah. Ia tetap sama. Yang berubah ialah tempoh asal loan (yang dijanjikan : contoh 10 tahun) akan dilanjutkan lagi masanya. Ini bergantung kepada baki pinjaman + interest.

    Senang cerita, kita melabur dengan duit sendiri secara tetap setiap bulan. Cuma perlulah berdisiplin. Faedah lain ialah kita tidak terlibat dengan riba’. Itu pandangan saya. Salam.

  • Waalaikummusalam Puan Norlela,

    Terima kasih di atas satu lagi pandangan yang bernas. Di tambah dengan satu pendekatan tambahan iaitu tidak melibatkan dengan ‘riba’.

    Ada lagi pandangan lain yang ingin dikongsikan bersama?

  • Azemi says:

    Assalamualaikum

    Kata orang tua tua – Langit tidak selalunya cerah. maksudnya kita mengharapkan semua perkara smooth sepanjang masa. Tetapi dalam realiti hidup kita akan berlaku macam macam peristiwa yang mungkin effect kewangan kita.

    Sekiranya kita ambil pinjaman untuk melabur, contohnya untuk 10 tahun , kita TERPAKSA bayar balik kepada bank setiap bulan untuk tempoh tersebut. Katakan ada sesuatu berlaku seperti kita atau pasangan kehilangan pekerjaan dan kita tidak mampu membayar kepada bank, kita terdedah kepada beberapa RISIKO seperti tindakan bank, pelaburan ASB terpaksa diserahkan dan sebagainya.

    Apa itu risiko pelaburan?

  • Waalaikummusalam. Satu lagi pandangan bernas daripada Saudara Azemi.

    Terima kasih di atas pandangan yang diberikan oleh Puan Mariam, Puan Azemi dan Puan Norlela.

    Saya juga turut bersetuju dengan semua pandangan yang mengatakan lebih baik kita menyimpan secara bulanan berbanding mengambil pinjaman membiayai pelaburan ‘Atas Kertas’. Contohnya mengambil pembiayaan membiayai saham dan saham amanah. Cagaran yang kita ada adalah kepingan kertas yang menunjukkan jumlah kuantiti unit saham yang kita miliki.

    Menjawab kepada persoalan Saudara Hadi : Konsep ini bertentangan dengan apa yang disarankan oleh saya di dalam buku “Makan Gaji Tetapi Kaya”

    Saya juga bersetuju dengan saudara Azemi bahawa mengambil pinjaman untuk melabur lebih sesuai untuk hartanah. Ini kerana cagaran yang kita ada adalah rumah yang dibeli itu. Ini dinyatakan oleh saya dengan lebih jelas dalam buku “Makan Gaji Tetapi Kaya” dan dalam buku siri hartanah iaitu “Kaya Dengan Rumah”.

    Perkara yang paling asas yang kita pelajari tentang risiko adalah :

    “Semakin tinggi risiko maka semakin tinggi peluang mendapat untung besar. Adakah kita masih teguh jika risiko itu benar-benar berlaku di mana, kadar keuntungan jatuh, tetapi kadar pembiayaan bank meningkat. Kita terpaksa menangung bebanan hutang. Itu adalah contoh yang paling mudah untuk difikirkan.

    Satu lagi ‘Elakkan daripada membuat pinjaman bagi tujuan melabur, jika pinjaman yang diambil itu tidak mengikut hukum Syarak iaitu yang mengandungi unsur seperti perjudian, RIBA, ‘yang tidak jelas/kabur’.

    Di harap penjelasan di atas serta pandangan dari beberapa pihak yang menyumbangkan buah fikiran dan pengalaman mereka dapat memberi informasi yang diperlukan oleh Saudara X (Bukan nama sebenar) untuk membuat keputusan.

  • hadi says:

    Terima kasih semua atas pandangan saudara. Sememangnya saya ada membuat beberapa penelitiaan ke atas perkara ini, dan akhir sekali saya meminta pandangan semua rakan.

    Semoga kita semua akan berjaya memperolehi apa yang kita kehendaki.

  • Saudara Hadi,

    Blog ini diwujudkan bagi membincangkan tentang kewangan semasa. Terima kasih di atas kesudian memberikan pandangan dan pertanyaan.

    Ya, saya doakan Saudara Hadi dan rakan-rakan kita yang lian semuanya berjaya memperolehi apa yang kita hajati.Amin

  • Para pemegang saham Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) melahirkan rasa terkejut di atas pembayaran dividen sebanyak 20 peratus yang diumumkan hari ini.

    Tuan ada cadangan skim pelaburan lambat kaya lain ? ๐Ÿ™‚

    Public Mutual Fund? Islamik?

    Mohon diperjelaskan…

  • Shamsuddin Kadir says:

    Tuan Syahrul,

    Insyaa-Allah saya akan masukkan dalam entri saya dalam masa yang terdekat ini.

    Terima kasih di atas pertanyaan tersebut.

Leave a Reply