Petang semalam, selepas menghantar Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Azree MH ke stesyen LRT Wangsa Maju, saya terus membuka radio. Selepas menekan beberapa saluran, saya memilih untuk mendengar Radio24 yang ketika itu membicarakan tentang isu pengurusan hutang. Ini topik yang menarik. Saya agak terlewat, kerana hanya sempat mendengarnya selama 5 minit sebelum program itu berakhir. Program itu dikendalikan oleh Dato’ Zubaidah (kalau tidak silap saya).
Apabila kita memulakan hidup sebagai seorang pekerja, kita menangung segala perbelanjaan mengunakan wang gaji. Sudah pasti sebelum berumahtangga kos kita rendah. Kita mungkin belum memiliki kereta ataupun rumah. Dari hari ke hari kita menambahkan komitmen dalam kehidupan kita. Antaranya adalah kereta, rumah dan berkahwin.
Syukur, setiap tahun kita mungkin dapat kenaikan dan bonus. Rumah dan kereta yang dibeli adalah berdasarkan apa yang bank telah luluskan. Dari hari ke hari kita merasakan duit kita semakin cepat habis. Jika dulu kita dapat keluar berjalan dengan RM10 di dalam poket, tetapi hari ini sekurang-kurangnya kita memerlukan RM50. Jika dahulu ketika bujang duit gaji yang diterima pada 28 atau 29hb mengambil masa sehingga hujung bulan hadapan sebelum habis. Tetapi kini, duit gaji itu sudah tidak mampu bertahan sehingga kepada 28 atau 29 bulan bulan hadapan.
Sebahagian besar daripada wang gaji terpaksa dikeluarkan daripada bank dan dimasukkan ke dalam akaun-akaun pinjaman seperti kereta dan rumah. Selepas membayar kedua-duanya duit gaji yang tinggal menjadi berkurangan. Kebiasaannya ansuran bulanan untuk kereta dan rumah yang paling tinggi pada setiap bulan. Ketiga paling tinggi biasanya adalah pengunna kat kredit.
Bayaran untuk bil-bil lain seperti elektrik, telefon, barangan dapur terpaksa dibuat pada penghujung bulan bagi memastikan semua benda keperluan itu dapat dibeli ataupun dibayar pada waktunya. Ini bagi mengelakan bekalan dipotong ataupun terjejas.
Peluang dan kemudahan memohon dang mendapat pinjaman semakin mudah, ianya memudahkan lagi wargakerja untuk berHUTANG. Tanya menyedari dari awal, bebanan hidup semakin tinggi. Apabila gaji itu sudah tidak dapat menampung segala hutang dan gaya hidup, tekanan mula dirasai. Bermula dengan sakit kepala, diikuti dengan perasaan yang tidak tenang, terasa ada batu seberat 100kg menghimpit otak.
Pekerja tidak merasakan bahawa tekanan yang baru dirasainya akan bertambah teruk dari bulan ke bulan. Pada bulan seterusnya terdapat satu bil yang tidak dapat dijelaskan kerana duit gaji sudah tidak mampu menangung semua perbelanjaan. Keadaan menjadi semakin tengang, stres yang berpanjangan membuatkan diri sudah tidak bermaya. Tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Kad kredit terus digunakan, dan hutang melalui kad kredit meningkat.
Mendapat telefon daripada bank bahawa kad kredit sudah mencecahi had. Sudah tidak boleh berbelanja, tetapi mesti bayar. Dalam keadaan tertekan, ramai wargakerja menyalahkan kos barangan yang naik menjadi penyebab kenapa mereka tertekan. Mood untuk bekerja sudah tiada. Fokus kepada pekerjaan juga sudah berkurangan.
-
Bagaimana duit gaji itu tidak cukup?
-
Adakah kita berbelanja di luar kemampuan?
-
Sejak bila kos sara hidup meningkat?
Kos sara hidup akan terus meningkat sejak dahulu kala dan ianya terus meningkat sehingga kiamat. Kita tidak mampu menghancurkan inflasi tetapi kita dapat mengawalnya jika kita bersama-sama mengawasi apa yang kita belanjakan.
Kos barangan akan terus naik. Adakah kita telah mengambil ketentuan bahawa kos sara hidup kita naik apabila membuat pemilihan jenis kereta, rumah dan gaya hidup yang kita mampu capai?
Assalamualaikum.
Tuan Sham, tahniah atas pembinaan laman web ini. Saya tidak perasan wujudnya laman ni, tiba-tiba je terus naik dengan hebatnya.
Semoga Tuan Sham semakin berjaya dan terus dapat berkongsi ilmu dengan kami pembaca semua. 🙂
Waalaikummusalam,
Terima kasih di atas kunjungan Tuan Osman. Halaman ini direka dengan mengambil beberapa pandangan dan tunjuk ajar dan sudah semestinya salah seorang pakar penasihat utama adalah Tuan Osman sendiri.
Terima kasih di atas lawatan rasmi Tuan Osman.
Bagi makluman para pelawat Tuan Osman Affan adalah seorang pakar motivasi, kaunseling,……yang berdiri sebaris dengar pakar motivasi nasional. Apabila berada di dalam majlisnya terasa diri sedang dibakar. Semangat tiba-tiba melonjak melepasi paras normal.