Saya terpaksa mendahulukan isu yang dibawa oleh Puan Norlela Zubir seorang daripada sahabat baik saya yang juga seorang penulis buku bisnes. Isu yang dibawakan memainkan peranan dalam hala tuju masyarat Islam dan negara Malaysia.
Assalamualaikum En. Shamsuddin,
Saya ingin berkongsi satu cerita. Kisah ini diceritakan oleh anak saya. Suatu hari Alum dan kawan-kawannya berbincang isu mencari kerja selepas mereka ‘graduate’ nanti. Dalam perbincangan itu, terkeluarlah dialog berikut daripada salah seorang kawannya…
“Aku mahu jadi macam abang aku. Kerja dia best giler!!! Duit dia banyak betul… Gaji dia RM3,000 sebulan. Duit rasuah RM5,000 sebulan. Dia loaded memanjang. Aku nak cari kerja macam itulah…”
Alum tergelak-gelak sambil bercerita. Katanya : Mak, dapat duit rasuah pun ada orang rasa bangga…
Saya geleng kepala dan tidak kering air liur memesan Alum jangan sekali-kali memandang ringan soal halal haram dalam mencari rezeki. Impaknya terlalu besar terhadap keberkatan hidup kita sepanjang hayat.
Nampaknya tuan, pengaruh duit begitu kuat melanda minda anak2 muda hari ini. Pendidikan tinggi tidak memastikan mereka dapat membezakan soal halal dan haram. Ia tidak lagi penting di kalangan sebahagian masyarat kita, seolah2 perkara itu amat biasa dan boleh diterima tanpa perasaan silu dan rasa berdosa.Pening kepala saya, tuan! Puan Norlela Zubir.
Terima kasih di atas kesudian Puan Norlela Zubir berkongsi maklumat di atas.
Persoalan yang di bawa adalah Gaji RM3,000 + Rasuah RM 5,000. Jika kita menyelesaikan maklumat ini secara matematik, sudah pastinya RM8,000 yang kita dapat. Wah… banyaknya duit. Sudah pasti banyak yang kita dapat rancangkan dengan duit sebanyak itu. Lebih baik ada RM8,000 berbanding RM3,000. Itu adalah jawapan bagi manusia yang berakalkan logik semata-mata.
Persoalan hidup seorang muslim tidak sama sekali boleh hidup di atas landasan logik semata-mata. Di mana 3 + 5 tidak semestinya menjadi 8. Jika 3 itu berasal dari sumber halal dan di campur dengan 5 dari sumber haram ianya tidak menjadi 8.
Seorang yang mengaku dirinya Islam telah makan di sebuah hotel yang menyediakan mee goreng. Dia mengetahui bahawa daging yang digunakan adalah daging babi, tetapi dia terus memakan semua mee goreng itu keculai daging dalam mee itu. Apabila ditanya kenapa dia makan mee itu ? Dia menjawab Mee is Halal, Babi is Haram. Oleh itu dia hanya makan Mee sahaja. Ini berlaku apabila kita tidak memahami pengertian halal dengan betul.
Pelajar yang sedang belajar ini adalah generasi yang akan memasuki dunia pekerjaan dan dunia pentadbiran kerajaan. Mereka yang akan mewarnai dunia Malaysia. Jika hitam adalah warna pilihan mereka, gelaplah masa depan negara kita. Jika warna putih yang dipilih oleh mereka, insyaa-Allah negara kita akan maju dan aman damai.
Apa akan terjadi kepada negara apabila graduan ini berjaya mencapai cita-citanya iaitu menjadi rasuah matlamat utama hidupnya?
Apa akan terjadi apabila pelajar ini menjadi pemimpin kita pada masa hadapan?
-
Duit rasuah itu mengunakan hasil titik peluh rakyat
-
Duit itu yang telah merampas kesenangan orang fakir miskin menikmati hidup
-
Duit itu yang membebankan pengguna
-
Duit itu yang menyebabkan inflasi naik…iaitu kos segala-galanya naik
-
Duit itu yang menghilangkan sifat semula jadi manusia
Kenapa Islam melaknati pemberi dan pengambil Rasuah ?
1. Melayakkan orang yang tidak layak mendapat projek. Projek diberikan bukan kerana kualiti dan keupaayaan tetapi kesanggupan memberi duit poket.
2. Orang mati layak diberi kontrak, janji ada yang sanggup memberi duit.
3. Membenarkan orang yang tidak layak mendapat jawatan.
4. Membebankan rakyat yang terpaksa menangung…
5. Mengunakan rasuah untuk membalas dendam… dan banyak lagi…
Senjata yang paling hebat yang dapat digunakan untuk mengatasi hanya terdapat dalam buku manual manusia. Iman adalah penyelesaianya.