Skip to main content

Terkejut saya membaca tajuk berita di muka utama Harian Metro pada pagi ini. Otak ketika itu masih memikir tentang kuliah subuh  sekejap tadi di Masjid Seksyen 24, Shah Alam.

Apabila membaca lagi,  ‘Tujuh pegawai syarikat kereta nasional ditahan’. Kehidupan mewah segelintir pegawai sebuah syarikat pengeluar kereta nasional terbongkar apabila mereka dipercayai menerima suapan berjumlah ratusan ribu ringgit setiap bulan daripada vendor penyeggara peralatan di syarikat itu. Berita lengkap di Harian Metro yang bertarikh 23 Januari 2008.

* * *

Sanggupkah kita makan dan memberi makan anak dengan rezeki yang HARAM ini.

Bayangkan berapa kos yang perlu ditanggung oleh majikan ataupun syarikat automobil yang terpaksa membayar lebih kepada Vendor? Semata-mata untuk menangung duit poket HARAM sebahagian daripada pekerja-pekerjanya.

Yang menjadi mangsa adalah pembeli-pembeli kereta yang terpaksa menangung setiap RM 1 duit rasuah bulanan kepada sebahagian pekerja yang tidak beretika. Ini adalah di antara faktor yang menyebabkan syarikat menangung kerugian dan pembeli kereta terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk setiap kereta baru.

Kenapa ianya masih berlaku dalam masyarakat kita hari ini?

  • Adakah kerana bebanan kos semakin tinggi?

  • Adakah kerana Keinginan untuk hidup mewah, bergaya?

  • Adakah kerana tiada lagi Iman disanubari?

  • Ataupun tidak tahu perbuatan itu salah disisi undang-undang dunia dan akhirat?

Ianya telah wujud sejak sekian lama dan bukan sahaja di syarikat automobil ia meliputi organisasi swasta dan kerajaan yang terlibat dalam membuat keputusan dan penguatkuasaan.  

Rasuah bulanan ini wujud disebabkan terdapatkelemahan yang wujud dalam organisasi yang BELUM diberikan perhatian oleh majikan dengan tindakan yang sewajarnya.

Rasuah akan terus bermaharajalela selagi tiada tindakan yang dibuat untuk membasminya.

Dua faktor utama yang menyebabkan perkara di atas berlaku adalah :

  • Iman – Seseorang yang berada di dalam keadaan beriman tidak akan melakukan sesuatu yang HARAM ataupun DILARANG oleh Tuhan yang telah menjadikan kita sebagai manusia dan bukannya haiwan.

  • Duit – Seseorang yang bijak menguruskan wang gaji secara efektik dapat memastikan dirinya tidak dibebani dengan komitmen sara hidup yang tinggi. Ini membebaskannya daripada tekanan stres akibat berbelanja mengikut gerak hati.

Jabatan seperti penguatkuasaan, pembelian (purchasing), perolehan adalah sebahagian daripada jabatan yang melibatkan tugas membuat keputusan dalam memilih vendor/kontratkor dan sebagainya.

Kami di Ultra Mind Resources, menyediakan penyelesaian masalah yang menjerumus kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan dengan program bersepadu. Antara Kursus yang menepati keperluan di atas adalah “Kursus Panduan Menguruskan Wang Gaji”. Modul kursus ini dibina bagi memastikan setiap pekerja hidup tenang dan bahagia dengan gaji masing-masing. Maklumat lanjut info@shamsuddinkadir.com

 “Kursus Panduan menguruskan wang gaji adalah satu kemestian bagi setiap kakitangan untuk memastikan mereka hidup bahagia dan tenang dengan gaji masing-masing”

Majlis Perbandaran Port Dickson adalah di antara organisasi  yang bertindak  mengadakan kursus tersebut bagi kakitangan dari peringkat rendah sehingga atasan.

Leave a Reply