Pagi tadi saya telah menyampaikan kuliah subuh bertajuk ‘Kita sebagai pengguna’ di sebuah Masjid yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam. Sehingga kini saya dijemput bagi menyampaikan kuliah dalam pengurusan kewangan Islam pada setiap hari ahad minggu ketiga.
Saya terpanggil bagi membicarakan isu berkenaan dengan pengguna, kerana rata-rata individu yang terlibat dengan instrumen kewangan haram adalah mereka yang tidak kisah tentang halal dan haram. Bermula dengan makanan yang dibeli di pasar raya ataupun kedai. Pemahaman dan keperluan memilih yang halal amat kurang dihayati oleh sebahagian daripada indvidu. Ini yang menyebabkan mereka secara terang-terangan sanggup mengambil pinjaman yang melibatkan riba.
Pengguna yang professional bukan sahaja bijak memilih ataupun membandingkan barangan, tetapi membeli barangan yang diiktraf sebagai benar-benar halal dan mampu untuk dimiliki.
Jadilah pengguna yang professional dan bukannya pengguna yang sudah dipergunakan ataupun yang sudah dipijak. Mulakan langkah pertama dengan memilih barangan yang ada logo halal Jakim yang rasmi.
Alhamdulilah, semoga kuliah itu tadi dapat disampaikan kepada muslimin dan muslimat yang tidak dapat hadir ke Masjid TTDI Jaya itu.
Kepada anda yang ingin mendapatkan satu salinan nota kuliah subuh itu, sila emailkan kepada saya sebelum 23 Januari 2008 di info@shamsuddinkadir.com, nyatakan “Nota Kuliah Subuh – 20 Jan 08” pada subjek email. Ini bagi memudahkan kerja penghantaran nota kuliah tersebut.