Saya terpaksa mendahulukan artikel ini kerana saya merasakan ianya penting dalam kehidupan bagi indvidu yang hidup bergantung kepada duit ‘Makan Gaji’ . Maklumat yang akan disampaikan ini menunjukkan sebab kenapa pekerja tidak selamat jika bergantung kepada pinggan nasi yang dibuat daripada besi.
Pemberhentian Kerja Oleh Syarikat Perkapalan Terbesar Di Dunia.
Maersk mengurangkan bilangan pekerjanya sebanyak 3,000 orang dalam proses menstruktur semula organisasinya
Ramai pekerja dari peringkat bawahan sehingga atasan berada dalam dilema. Takut mereka yang akan dipancung (Dibuang). Ini kerana jika mereka yang terpilih, sudah pasti mereka menghadapi masalah besar iaitu bebanan komitmen bulanan. Ansuran rumah, kereta, kad kredit, belanja kos sara hidup dan sebagainya. Anda lebih memahami apa yang saya cuba terangkan disini. Gambarkan jika anda yang menjadi pekerja Maersk.
Jika mereka telah menguasai kewangan diri…sudah pasti mereka mengalu-alukan pakej skim pemberhentian sukarela atau VSS!!!
Ini yang berlaku seperti di dalam buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ di mana Bom Jangka Pekerja Maersk Meletup’
Jadikan pengajaran yang berlaku kepada syarikat perkapalan terbesar sebagai iktibar kepada kita. Syarikat Besar, terbesar, kukuh, paling untung semuanya tidak dapat memberikan jaminan untuk selama-lamanya. Satu-satunya yang teguh, kukuh dan kekal selama-lamanya adalah Tuhan yang memiliki dan memelihara sekelian alam.
Di kala masih ada kesempatan, pastikan diri anda bersedia menghadapi dilema ini dengan menyediakan ‘back up’. Jumlah wang yang perlu ada dalam tabung simpanan kecemasan adalah seperti berikut :
-
Bagi kakitangan kerajaan, jumlah minimun adalah menyamai 3 bulan wang gaji.
-
Bagi kakitangan swasta, jumlah minimun adalah menyamai 6 bulan wang gaji ataupun lebih. Bergantung kepada jawatan dan bidang yang anda ceburi itu. Jika anda memerlukan 9 bulan bagi mendapatkan pekerjaan lain, maka anda perlu mempunyai wang simpanan kecemasan menyamai 10 bulan.
Kaedah di atas hanya memberikan anda jaminan ataupun perlindungan sementara iaitu untuk beberapa bulan sahaja. Sebaiknya anda mencipta pendapatan kedua, ketiga… bagi mengelakkan anda daripada terus dibebani dengan masalah akibat kehilangan pekerjaan.
Ataupun jika anda ingin berdikari, mulakan langkah pertama bagi menceburi dalam bisnes dengan mencari mentor.
Teruskan membaca informasi di bawah supaya maklumat yang ingin disampaikan oleh saya difahami dengan jelas.
Updated January 8, 2008