Skip to main content

Seawal pukul 3 ataupun 4 pagi saya bersama isteri dikejutkan dengan suara yang merdu di dalam rumah. Saya dan isteri ada andaian tentang dari mana suara itu menjelma. Walaupun suara itu agak asing tetapi ianya cukup menenangkan hati kami. Selepas diusul periksa. Itu adalah suara abang saya yang sedang bertahajud di atas tikar sejadah menghadirkan diri kepada Tuhan yang Satu.

Terasa diri amat kerdil, di kala diri sedang sedap dilamun mimpi dan kesejukan, ada insan yang tidak melupakan untuk memuji akan nikmat yang dirasainya. Saya berkata kepada isteri “Best kalau setiap hari sebelum bangkit daripada tidur, terdengar suara Ain sedang memuji Tuhan. Tentu lebih bercahaya rumah kita ini.”

Untuk Makluman : Abang saya ini datang dari Pasir Mas (tempat saya dibesarkan) bersama isterinya pada petang Jumaat lalu. Mereka akan ke Jakarta dan Bandung pada hari ini. Insyaa-Allah mereka berada di sana selama 3 hari 2 malam hasil daripada hadiah pertandingan yang dimenangi oleh anaknya.

Tepat pukul 12.05 tengahari saya bersama abang, kakak ipar dan ditemani isteri dan dua orang hero dan heroin menuju ke KLIA. Kami sampai pada pukul 1.55 di KLIA dan terus menuju ke kaunter tiket seperti yang di arahkan.  Abang saya memberitahu bahawa mengikut surat dari pihak penaja, mereka dikehendaki membayar ‘Airport Tax’. Jumlah yang di beritahu adalah RM201. Saya pada permulaan sedikit terkejut apabila terdapat tawaran melancong tetapi tidak ditanggung sepenuhnya kos penerbangan. Aiport Tax adalah sebahagian daripada kos yang perlu di tanggung setiap kali kita menaiki kapal terbang.

Seperti tawaran murah yang ditawarkan oleh penerbangan Air Asia. Ada yang berjaya mendapatkan tiket percuma untuk dirinya sekeluarga bagi penerbangan dari KLIA ke Langkawi. Apa yang menariknya, beliau dikehendaki membayar RM 200-400 (saya tidak ingat jumlah yang tepat) bagi Airport Tax sahaja. (Airport Tax tidak dikenakan oleh syarikat penerbangan tetapi oleh kerajaan)

Ini yang anda perlu berhati-hati. Apabila kita mengetahui semua jenis kos yang terlibat, kita dapat menanyakan kepada mereka bagi memastikan semua kos tersebut adalah dibiayai oleh mereka. Ini bagi memastikan apa yang kita dapat itu benar-benar percuma. Ia juga bagi memastikan kita dapat menyediakan bajet bagi kos yang tidak ditanggung.

Awas simbol ++ yang diletakkan selepas daripada harga yang ditawarkan. Ianya banyak berlaku di hotel bagi makanan dan juga bilik hotel. Contohnya RM 68++ . Ini bermakna jumlah minimun yang anda perlu bayar adalah RM68 dan tiada jumlah maksimun yang ditetapkan. Di sini wujudkan kos-kos yang tidak disangka-sangka. Tetapi apabila anda berilmu anda dapat memastikan apa yang disebalik ++. Bagi memastikan anda tidak tertipu ataupun dibebani dengan dapatkan maklumat jelas daripada penyedia perkhidmatan yang anda ingin dapatkan.

Balik kepada cerita mengenai saya bersama abang di KLIA. Apabila wakil daripada pihak penaja sampai dia meminta RM402 daripada abang saya. Isterinya terkejut kerana mengikutnya apa yang diberitahu di dalam surat hanya RM 201 yang perlu di bayar. Kakak ipar menunjukkan surat yang berkenaan bagi memastikan jumlah yang perlu dibayar.

Apabila dibaca dengan terperinci jumlah yang tertera adalah RM201 dan ia perlu dibayar di KLIA. Itu sahaja maklumat yang terdapat di dalam surat itu. Surat itu tidak menyatakan jumlah itu bagi setiap penumpang.  Mereka sedikit panik kerana hampir semua wang dibawa oleh mereka telah ditukar di dalam matawang Rupiah di Komplek PKNS Shah Alam. Kegembiraan menjadi ‘Multimillionaire’ hasil daripada tukaran wang Ringgit ke Rupiah sudah lenyap di kotak minda mereka. Nasib mereka amat baik, kerana mereka juga menyediakan pelan ‘back up’ iaitu ‘Kos yang tidak di jangka’. Di sebabkan saya tidak ada maklumat lengkap di atas syarat yang ditetapkan oleh penaja bagi hadiah tersebut, saya tidak minta maklumat lanjut daripada wakil penaja. Apa yang saya lakukan adalah melontarkan 1001 soalan kepada wakil penaja itu dan saya  hanya memerlukan satu jawapan sama bagi semua soalan itu. Saya menanyakan mereka sama ada RM 402 itu adalah segala-gala kos yang perlu ditangung oleh abang dan isterinya sepanjang program ini berlangsung ? Jawapan mereka : Ya dan tiada lagi kos yang perlu dibayar semuanya akan dibiayai oleh pihak penaja kecuali duit ‘shopping’.

Jawapan itu cukup jelas bagi saya mendapatkan kepastian supaya tiada lagi timbul ‘Kos yang tidak disangka-sangka’.

Tepat Pukul 2.25 petang saya meninggalkan mereka bersama dengan wakil penaja yang akan terbang bersama mereka ke Jakarta tepat pada pukul 3.20 petang bersama Emirates Airlines.

p/s : Kos yang tidak disangka ataupun dijangka memberikan anda menambah bebanan. Pastikan segala maklumat yang diberi adalah jelas supaya anda tidak dibebani dengan kos yang tidak perlu. Jadi individu yang suka bertanya dapat mengurangkan risiko menangung kos yang tidak disangka.

 

Leave a Reply