Selamat Tahun Baru dan Semoga kita terus berjaya melangkah ke arah meningkatkan taraf kehidupan kita sama ada secara zahir dan Batin.
Semoga segala azam yang telah anda tetapkan pada seminggu lepas ataupun pada hari ini menjadi kenyataan dalam tahun ini juga. Amin.
Saya sekeluarga membuat semakan azam yang kami telah senaraikan bagi memastikan ianya adalah apa yang kami ingin capai pada tahun ini. Pada tahun ini Kalendar Masihi dan Kalendar Hijrah adalah hampir sama iaitu hanya berbeza 10 hari. Kalendar Hijrah akan berakhir pada 29 Disember 2008 iaitu 2 hari sebelum tarikh terakhir dalam kalendar Masihi 2008.
Seperti biasa saya menetapkan matlamat dalam 5 perkara yang utama untuk dicapai pada tahun ini. 5 Perkara itu adalah :
1. Masa Muda Sebelum Tua
2. Masa Lapang Sebelum Sempit
3. Masa Sihat Sebelum Sakit
4. Masa Kaya Sebelum Miskin
5. Masa Hidup Sebelum Mati…
Di sini kita dapat lihat, 5 perkara yang terpenting itu tidak dapat dipisahkan dengan masa. Oleh itu keperluan menetapkan azam dan memastikan azam itu tercapai adalah penting.
Semoga anda juga telah menetapkan azam anda pada tahun ini secara bertulis. Jika anda belum memulakan menuliskan segala azam anda, mulakan hari ini. “It is better late than NEVER”
Akhir sekali Salam Hijrah dari saya