Akhirnya, Pesta buku berakhir tepat pada pukul 10 malam bersamaan 6 Mei 2007. Berakhirlah peluang untuk setiap pembaca untuk mendapatkan buku-buku dengan harga diskaun yang menarik.
Terima Kasih, kepada pembaca buku saya yang terus memberikan sokongan. Terima Kasih juga kepada pembaca iaitu Umi Kalsom dari Ipoh yang telah mencadangkan kepada kawannya dari Ipoh juga untuk membeli buku saya “Makan Gaji Tetapi Kaya”.
Terima kasih juga kepada pembaca yang telah memiliki buku saya yang pertama “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” yang terus mendapatkan buku terkini saya.
Saya bersyukur apabila diberitahu oleh pihak editor Tuan Roslan Md Isa bahawa buku saya ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ dan ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ adalah buku yang kedua dan ketiga tertinggi jualan daripada senarai buku yang melebihi 100 judul. Terima kasih kepada Team Pts Professional, Team Sales dan tidak lupa Sifu saya Puan Ainon yang terus menerus mempromosikan buku saya sehingga ke saat terakhir Pesta Buku Antarabangsa 2007 melabuhkan tirai. Terima Kasih