Skip to main content

Pertama-tamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Radio Ikim dan Ustaz Zamri yang menjemput saya bagi mengulas buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.

Terima kasih juga di atas pelbagai jemputan daripada persatuan TNB, masjid dan lain-lain organisasi termasuk Majlis Sukan Negara (Ust Hasnol).

Saya menerima banyak panggilan dan sms daripada pendengar radio Ikim yang mengutarkan isu hutang dan duit.

Ada ketika saya ingin menangis, ada ketika saya rasa seram dan ada ketika saya merasa tumpang simpati di atas terlalu banyaknya masalah yang dihadapi oleh orang diluar sana. Ada yang sedang kesempitan untuk menangung anak dan isteri. Ada yang masih menggunakan kad kredit suami yang telah meninggal dunia bagi menambahkan beban hutang. Ada yang ditipu oleh suami yang mengunakan namanya untuk membuat pelbagai jenis pinjaman. Ada yang menangung hutang kad kredit yang berpuluh ribu. Ada yang menanti bank menarik kereta, rumah dan sebagainya.

Masing-masing dalam dilema melunaskan hutang dan bebanan pinjaman yang semakin banyak. Ini adalah salah satu punca kenapa pekerja tidak dapat menfokuskan kepada pekerjaan mereka. 

Sungguh azabnya hidup kita apabila menangung hutang yang tidak perlu.

Kepada yang saya tidak dapat menjawab pertanyaan, tuan dan puan boleh merujuk kepada artikel ataupun maklumat yang disediakan di dalam website ini. Tuan & Puan juga boleh mengemailkan kepada saya.

info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply