Skip to main content

Apa hendak di buat, sudah nasib pekerja yang makan gaji, terpaksa mengharapkan gaji pada hujung setiap bulan, untuk menangung kos sara hidup untuk sebulan. Apa jadi ya, jika majikan mengumunkan gaji pada bulan ini terpaksa di postpone ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Terkedu semua yang membaca email boss itu. Apa nak buat nasi sudah menjadi bubur.

Hidup bergantung sepenuhnya kepada wang gaji membuatkan anda merancang perbelanjaan berdasarkan jumlah wang gaji untuk sebulan. Wang itu hampir kesemuanya digunakan untuk menjelaskan belanja pada bulan itu. Anda tidak mampu untuk hidup lebih daripada sebulan dengan mengunakan wang gaji untuk sebulan.

Sebagai contohnya wang yang anda terima pada hujung bulan lepas hanya dapat membayar bayaran ansuran rumah, kereta … untuk sebulan. Jika bayaran ansuran rumah RM 500 dan kereta RM 800 maka anda hanya bayar RM 500 untuk rumah dan RM 800 untuk kereta. Anda tidak mampu untuk membayar RM 1,000 untuk ansuran rumah 2 bulan dan RM1,600 untuk 2 bulan ansuran kereta, maka jumlah yang diperlukan adalah RM 2,600.

Ini kerana gaji yang diterima cukup-cukup untuk membayar ansuran untuk sebulan. Jika gaji anda adalah RM2,500 , anda mampu untuk membayar RM 500 + RM 800 = RM 1,300 setiap bulan, dan anda ada baki RM 1,200 untuk belanja lain. Tetapi yang peliknya anda tetap membayar ansuran untuk sebulan bagi rumah dan kereta setelah gaji bulanan anda sudah meningkat kepada RM 5,000 iaitu satu kali ganda. Ini bermakna anda juga boleh meningkatkan jumlah bayaran ansuran satu kali ganda.

Yang pelik bin ajaibnya anda tidak mampu….. Ini disebabkan anda tidak lagi memandu kereta dulu, anda tidak lagi tinggal di rumah dahulu, semuanya telah bertukar selepas gaji besar. Kalau macam ini, bila hutang hendak habis…

‘Hidup kais bulan makan bulan’  terus di ikuti oleh pekerja yang hidup seperti di atas.

info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply