Skip to main content

Permulaan seorang makhluk yang bernama manusia adalah Belajar. Sejak dari lahir kita mempelajari di atas setiap yang ada di sekeliling kita.

Bermula dari seawal 4 tahun ada di atara kita sudah menjadi Pelajar secara rasmi di tadika. Kita belajar secara asas di sekolah dari Darjah Satu Sehinggalah kita berusia 17 tahun di tingkatan 5. Tingkatan Enam itu sudah Ekstra.

Kepada yang boleh terus belajar, ada yang masuk tingkatan 6, ada yang masuk universiti. Selebihnya menjadi pekerja, makan gaji loo.

Yang dapat masuk universiti, terus menjadi pelajar sehinga grad (tamat). Lepas grad yang bertuah dapat kerja, yang tidak bertuah tanam anggur sehingga dapat kerja. Ka masih tidak dapat kerja juga, yang perempuan mak ayah di kampung sibuk mencari calon suami. Sudah kahwin aman sebab ada suami yang nak jaga segala keperluan hidup.

Kepada lelaki, apa pilihan yang ada? Sampai bila hendak hidup mengangur? Ada yang sanggup berputus adas dan melibatkan dengan kerja-kerja mengemis untuk menangung kos sara hidup.

Kepada pelajar jangan tunggu sehingga tamat belajar untuk mengetahui apa yang perlu disediakan sebelum memasuki dunia pekerjaan ataupun perniagaan.

Selamat berjaya!

info@shamsuddinkadir.com 

Leave a Reply