KEMBARA BISNES CHINA
Klik untuk maklumat lanjut!
Jika dahulu kita yang perlu berusaha mencari peluang untuk mendapatkan wang tunai segera. Kini kita boleh mendapatkan dengan mudah apabila agen-agen bank dan pelbagai skim datang kepada kita. Pada hari ini, selepas mendirikan sembahyang Jumaat di sebuah Masjid di Selangor, saya melihat ada seorang perempuan yang sedang mengedarkan ‘flyer’ di pintu masuk utama pagar masjid. Saya
Saya akan berada di Pesta Buku Antarabangsa 2008 yang ketika ini sedang berlangsung dari 12 – 13 April 2008. Insyaa-Allah saya akan berada di booth PTS yang berada di seberang sungai. Masuk ikut pintu utama dan naik ke eskelator dan menunju ke dewan yang terletak diseberang sungai. Pada hari yang sama saya juga meninjau booth-booth
Salah satu punca berlakunya perceraian adalah apabila ekonomi rumah tangga tidak kukuh. Malah, ia sering menjadi punca berlakunya pergaduhan dalam rumah tangga. Ianya bukan disebabkan gaji tidak mencukupi, tetapi ketidakpuasan hati cara pasangan membelanjakan wanga gaji, kata Shamsuddin Abdul kadir Untuk mengikuti informasi penuh bicara saya dengan Puan Noriah Idris, sila dapatkan Harian Metro hari
Insyaa-Allah saya akan berada di PWTC bagi menjayakan Program Bersama Penulis di Booth PTS. Maklumat terperinci adalah seperti berikut: Tarikh : 6 April 2008 Masa : 2 – 3 petang Tempat : Booth PTS (Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC Penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Makan Gaji Tetapi Kaya dan Kaya
Buku yang baru terbit di pasaran bertajuk Kaya Dengan Rumah memasuki carta 10 buku terlaris di pasaran. Mengikut sumber dari www.mph.com.my iaitu pemilik rangkaian kedai buku MPH Bookstore. Berikut adalah senarai buku-buku yang terlaris di pasaran bagi minggu berakhir pada 30 Mac 2008 1 Reaching for the Stars Author : Sheik Mustapha Shukor Al-Masrie 2 Dr
Punca utama kenapa pekerja menghadapi bebanan kewangan adalah disebabkan tidak mengetahui bagaimana untuk mengukur belanja berdasarkan gaji yang diterima. Pelik tetapi benar. Ukur baju dibadan sendiri. Saiz kain yang diperlukan untuk membuat baju adalah bergantung kepada saiz badan kita. Jika kita bersaiz kecil (S) maka jumlah kain yang diperlukan lebih sedikit berbanding individu yang bersaiz (L). Apabila
Setiap individu ada kefahaman tersendiri tentang apa yang di maksudkan dengan gaji tidak cukup. Melalui kursus Dimensi Diri, saya dapati ramai peserta memberikan jawapan gaji tidak cukup yang menjadi penyebab mereka dihimpit tekanan. Apabila kita menyebut duit gaji yang diterima tidak cukup, sudah pasti kita sebenarnya menerima gaji tidak setimpal dengan kos sara hidup setempat. Adakah kita
Anda boleh mengenali diri anda sama ada anda seorang yang merancang perbelanjaan ataupun sebaliknya. Terdapat banyak cara untuk kita sifat dan tabiat kita. Jika kita ingin melihat muka, kita boleh mengunakan cermin. Bagaimana jika kita ingin melihat tabiat berbelanja kita? Cara paling mudah untuk melihatnya adalah dengan membuat semakan seperti berikut : Kita membuat senarai
Setiap kali saya mengadakan kursus ataupun ceramah, ada peserta yang mengatakan “Kad kredit adalah satu keperluan dan ianya mesti di miliki”. Apabila saya menanyakan kenapa ? Salah satu sebab yang diberikan adalah kerana tayar kereta botak dan tidak mempunyai duit untuk menukarkannya. Jika dibiarkan tayar botak, akan membahayakan keselamatannya. Pandai pula mereka memikirkan tentang keselamatan di
Alhamdulilah, kursus Dimensi Diri I telah berjaya dijalankan pada 24 Mac yang lalu di bilik Garcinia, FRIM, Kepong. Ini adalah kali ketiga saya memasuki Institut Kajian Perhutanan Malaysia (FRIM). Pemandangan dan suasana di dalam kawasannya memukau setiap mata yang memandang. Di penuhi oleh pokok-pokok hutan yang amat besar yang menghiasi sebahagian besar kawasan FRIM. Terima kasih kepada
Isu ini bukannya berlaku hanya pada zaman ini, bahkan ianya wujud sejak manusia mula hidup berniaga dan makan gaji. Jika di zaman kegemilangan umat manusia pada zaman dahulu adalah bertunjangkan kepada amanah dan kejujuran. Di zaman ini kebanyakan individu dibebani dengan kos sara hidup, oleh itu mereka mengutamakan masa depan pekerjaannya berbanding dengan maruahnya. Apabila sesebuah
Insyaa-Allah saya akan mengendalikan satu kursus Dimensi Diri I, untuk kakitangan Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Esok. Ini adalah program saya yang pertama di FRIM. Saya mendapat jemputan daripada Puan Liza dan Cik Nur Azani. Terima kasih juga kepada Cik Rozita PTS yang memaklumkan kepada saya tentang undangan Puan Liza. Program ini adalah program sehari. Insyaa-Allah
Adalah menjadi keperluan bagi setiap individu untuk mendidik setiap ahli keluarganya celik kewangan. Tiada gunakan jika kita seorang sahaja ingin berjimat, manakalanya seluruh ahli keluarga kita yang lain itu, berbelanja seolah hari esok tidak akan wujud lagi. Banyak peserta saya yang mengatakan, mereka mempunyai masalah dengan isteri yang suka berbelanja. Mengikut kajian saya sendiri, bukan
Semalam saya menerima sms bahawa Guru saya iaitu Tuan Haji Abdullah yang tinggal di Lubuk Tapah, Pasir Mas berada di dalam keadaan tenat. Pada pagi ini saya menerima sms yang menyatakan kekasih saya itu telah selamat kembali ke Rahmatullah pada pukul 7.10 pagi tadi. Beliau meninggal pada 11 Rabiul Awal iaitu lebih kurang 12 jam sebelum tanggal 12 Rabiul awal iaitu hari ulangtahun
Seorang pekerja yang bernama Firdaus (bukan nama sebenar) pergi ke bilik pameran kereta bagi membeli sebuah kereta idaman. Selepas berpuas hati dengan penerangan oleh jurujual dan memandu uji kereta itu, maka urusan penempahan bermula. Firdaus membayar RM 1,000 untuk penempahan dan melantik jurujual tersebut bagi menguruskan pembiayaan bagi pembelian kereta tersebut. Beliau juga memberikan maklumat peribadi yang dikehendaki