KEMBARA BISNES CHINA
Klik untuk maklumat lanjut!
Assalamualaikum, Saya ada beberapa soalan. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Suami pula masih belajar. Separuh perbelanjaan kami di tanggung oleh bapa mentua. Suami saya ada pendapatan juga. Tapi tidak menentu. Bergantung pada orang yang memberi. Dengan pendapatan yang tidak tetap bagaimana seharusnya saya menggunakan wang yang ada? Walau pun ada simpanan, kadang
Kos biaya atau sara hidup meningkat sejak dari hari pertama manusia mengunakan matawang bagi urusan jual beli mengantikan sistem ‘barter’. Kos ini meningkat sejak hari itu dan terus meningkat, meningkat dan meningkat lagi sehingga ke hari Kiamat. Itu yang telah dijanjikan dan itu yang telah dimuktamadkan di dunia ini. Satu-satunya tempat yang tidak ada inflasi
Mengikut satu daripada kajian saya mendapati sebahagian daripada individu yang hidup di luar sana di bebani dengan kos biaya hidup tinggi akibat melayan kehendak nafsu dalam berbelanja. Tabiat ini boleh di lihat apabila seseorang individu membeli kereta dengan mengambil jumlah pinjaman maksimun dan tempoh bayaran balik maksimum yang bank luluskan. Ini bererti, individu itu membeli kereta yang melebihi daripada kemampuan sebenarnya. Mengikut pakar,
Insyaa-Allah buku keempat bakal berada di pasaran selepas ianya selesai dicetak dalam masa terdekat. Itu adalah maklumat terkini yang saya perolehi dari En. Zain dari PTS yang bertanggungjawab memasarkan buku tersebut. Di keluarkan oleh PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Harga : RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak), 978-983-3586-07-3; Jumlah Muka Surat : 176 halaman
Di bawah adalah ringkasan yang saya buat berdasarkan satu artikel menarik yang di hantar oleh Saudara Ibnu Arif melalui emel (info@shamsuddinkadir.com) berkenaan dengan jerat yang dibuat oleh bank-bank di US. Beliau juga merasakan produk-produk yang dimaksudkan di dalam artikel tersebut sudah mula muncul di Malaysia. Saya juga bersetuju dengan pandangannya bahawa produk-produk ‘jerat’ semakin banyak masuk ke pasaran kewangan tempatan.
Assalamualaikum Encik Shamsuddin Kadir. Pagi ini ketika saya dan isteri sibuk membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, tiba-tiba anak saya menjerit `ayah orang curi duit ibu‘. Rupanya ada seorang lelaki umur dalam lingkungan empat puluhan sedang membuka beg isteri saya dan bila mendengar anak saya menjerit lelaki tersebut memulangkan wang tersebut dan memohon maaf.
Saya dengan sukacitanya menjemput semua tetamu blog ini yang ada kelapangan bagi menonton rancangan Motivasi Pagi TV3 Ahad ini, 17 Ogos 2008 pukul 7 pagi. Sahabat saya Tuan Osman Affan akan mengendalikan rancangan tersebut selama setengah jam. Kepada saudara yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari www.motivasibelajar.com. Tayangan bermula pada pukul 7 pagi. Ahad 17/8/2008 Tajuk: Pengisian masa cuti (Apa yang sepatutnya
Membiayai impian bagi memiliki rumah ‘selesa’ dan kereta ‘selesa’ dengan mengunakan duit gaji bulanan membebankan kita. Ianya bukan membuatkan kita menjadi semakin tenang, sebaliknya menghilangkan segala ketenangan yang kita miliki sebelum ini. Di hadapan jiran dan orang lain kita merasa gembira di atas keupayaan kita memiliki kereta dan rumah yang agak mahal dan besar, tetapi
Saudara Shamsuddin, Assalamu’alaikum. Semoga Tuan sentiasa dirahmati Allah, dengan dakwah ‘hutang dan kehidupan’… Lampiran yang dikepilkan bersama mungkin boleh dijadikan bahan untuk dikongsi dalam entri tuan… Saya pasti ramai pengunjung blok tuan yang menerima cek mudah tunai serupa itu. Bank Siti (Bukan nama sebenar) memang sering ‘mendahului’ bank-bank lain dalam menghasilkan produk inovatifnya YANG PASTI
Salam, Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan kepada encik atas info yang diberikan di TV3. Saya mengikutinya setiap episod dan banyak idea yang bernas terkeluar di pikiran saya. Di sini, saya ingin bertanya pendapat encik tentang pilihan bank perumahan yang akan saya buat, terdapat 2 buah bank yang menawarkan pinjaman kepada saya. Saya ingin encik nasihatkan saya bank
Salam kepada semua pelawat www.shamsuddinkadir.com. Pertama-tamanya saya memohon maaf di atas kelewatan membalas sebahagian emel, pertanyaan dan pandangan yang diberikan. Saya berada di Kerteh, Terengganu dan hanya akan pulang pada esok hari selepas selesai perbincangan dengan Staf Petronas berkenaan dengan kursus yang telah dicadangkan sebelum ini. Insyaa-Allah saya juga akan memasukkan entri terbaru selepas kembali ke Kuala Lumpur petang
Saudara dan Saudari yang saya muliakan, Apabila kita kehabisan gas memasak, kita tidak tunggu jurujual datang menjual tong gas, kita terus menelefon kedai menjual gas ataupun terus ke kedai berhampiran membeli gas. Apabila beras habis, kita tidak menunggu sehingga jurujual datang bagi menjual beras, kita dengan segera akan dapatkan di kedai yang berhampiran dengan rumah kita. Ini bermakna
Bagaimanakah cara nak tukarkan pinjaman kad kredit kepada pinjaman biasa sebagaimana tuan nyatakan dalam syarahan motivasi pagi di TV3 dengan bank-bank tertentu? Terima Kasih H ……………………………………. Saudara/i H boleh menghubungi pihak bank melalui nombor telefon seperti yang ada dibelakang kad dan memberitahu mereka bahawa saudara/i tidak mahu lagi mengunakan kad kredit itu, kerana sudah tidak mampu membayar
Assalamualaikum, Tuan, saya baru sahaja menonton siaran motivasi pagi ‘perangkap kewangan’ dan berasa sangat bertuah kerana buat pertama kalinya informasi yang diberikan amatlah berguna kepada saya. Saya kini berusia 27 tahun dan sudah pun berkahwin. Apa yang mahu dikongsikan disini. saya telah melanggan perkhimatan ‘Tipu fitness’ (Bukan nama sebenar) kontrak selama 2 tahun. Al-maklumlah teruja dengan
Emel di bawah yang saya terima, melalui info@shamsuddinkadir.com Tuan, saya ingin tahu lebih lanjut bagaimana kita mengurus kewangan untuk menjadi kaya. Terima Kasih RK ……………………………… Terima kasih di atas pertanyaan di atas. Ianya adalah maklumat tambahan bagi artikel saya sebelum ini. Bagaimana kita boleh menjadi kaya dengan merancang kewangan? itu persoalannya. Semalam sewaktu membeli hadiah di