KEMBARA BISNES CHINA
Klik untuk maklumat lanjut!
Assalamualaikum.. Saya sudah baca buku en. Shamsuddin, dengar macam senang hendak buat, cuma ada kemusykilan sikit. Saya berumur 25 tahun, ada kereta, rumah dan loan peribadi. Saya sudah tanya bank macam mana kalau saya nak beli sebuah rumah lagi. Bank cakap, saya tidak boleh hendak buat pinjaman lagi sebab komitmen sudah banyak. Jadi macam mana
Assalammualaikum, Saya berminat untuk hadir seminar pelaburan hartatanah, tolong maklumkan tarikh, lokasi dan yuran seminar. Terima kasih. Roslan Shukor ————————— Waalaikummusalam saudara Roslan, Terima kasih di atas minat saudara ke atas program yang di anjurkan oleh kami. Sehingga waktu ini kami belum merancang
Pihak SK sedang membuat kajian dan persediaan bagi merancangkan satu program talk show bersama Shamsuddin Kadir di TV secara live seminggu sekali. Buat masa ini antara cadangan yang sedang difikirkan adalah : Waktu Siaran : 9 Malam Hari : Jumaat Tempoh : 30 – 60 Minit Segmen : Bicara Wang, Tips Minggu Ini, Tanya SK Insyaa-Allah
Individu yang paling kritikal adalah graduan sama ada yang baru tamat SPM, STPM, Diploma atau Ijazah yang baru pertama kali memulakan hidup ‘makan gaji’. Apabila memasuki dunia pekerjaan, motif utama setiap individu adalah duit yang paling utama. Menjadi seorang pekerja membuka peluang kepada setiap individu bagi membuat hutang. Sama ada hutang bagi membiayai pembelian rumah,
Petang tadi, saya dihubungi oleh YM Dr. Tengku Asmadi, Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Beliau memaklumkan bahawa pada mesyuarat AJK TAMRIN pada hari ini telah mencadangkan SK sebagai AJK merangkap jawatan Timbalan Bendahari. Al maklum sebagai pejuang kewangan, jawatan yang diberikan juga berkaitan dengan wang. Insyaa-Allah dengan sokongan rakan-rakan yang mengangotai AJK TAMRIN,
Selasa 25 November 2008, beberapa bank sudah mula menurunkan ‘BLR’ ataupun kadar pinjaman yang dikenakan oleh bank. Sebanyak 4 buah bank telah menurunkan kadar mereka dan diramal banyak lagi bank akan mengikutinya selepas Bank Negara bertindak mengurangkannya. Ini sudah pasti mengalakkan lebih ramai individu dan syarikat membuat pinjaman seperti pembiayaan membeli rumah. Kadar yang lebih rendah
Assalamualaikum Tuan, Saya pembaca blog tuan dan juga buku tuan. Saya ingin mendapat pandangan dari tuan tentang pembelian dan penjualan rumah. Baru-baru ini saya membeli sebuah rumah lelong ( single storey detached) berharga RM 180 ribu. Kos membaik pulih rumah ini adalah sebanyak RM 60 ribu dan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM 240 ribu.Harga pasaran
Tuan Shamsuddin… Untuk pengetahuan tuan, saya terbaca mengenai buku tuan secara tidak sengaja dalam laman web. Saya sangat berminat dengan buku MAKAN GAJI TETAPI KAYA dan HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG, akan tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan buku tersebut. Saya merupakan fresh graduate dan baru bekerja dalam sektor awam. Untuk pengetahuan tuan, saya tidak
Salam En. Sham, Penggunaan Kad Debit telah meningkat di negara kita. Adakah penggunaannya praktikal sedangkan kita boleh menggunakan wang yang berlebihan ini untuk pelaburan? TAM ———————————– Salam saudara TAM, Pengunaan Kad Debit adalah sesuatu kaedah perbelanjaan yang paling selamat dan yang paling kurang stres. Ini kerana kad debit membenarkan kita menghabiskan semua duit yang kita
Semakin hari semakin ramai individu yang tertipu dengan pelbagai skim-skim cepat kaya yang terus menerus mengunakan nama-nama samaran mengikit peredaran zaman. Jika dahulu ada yang memanggil skim Pak Man Telo dan sebagainya. Kini mereka mengunakan dengan nama yang bersesuaian dengan isu semasa. Mereka-mereka ini memberi tahu kepada para pelanggan mereka, bahawa mereka sedang membuat bisnes
Salam kepada semua tetamu blog shamsuddinkadir.com. Untuk makluman Tuan dan Puan, saya tidak dapat menyediakan artikel terkini dan menjawab emel buat seketika kerana masih demam. Sejak dari menjayakan kurus Bijak Mengurus Wang (BMW) pada 13 November 2008. Hampir 10 hari saya demam. Saya juga belum sempat menemui Cik Syafinaz dan Tuan Kamli di Uda Holdings
Alhamdulilah, pada hari Sabtu 22 November 2008 yang lalu, Puan Rosmini dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menghubungi saya memaklumkan bahawa PNM telah memilih untuk membeli buku ‘Kaya Dengan Rumah’. Sebanyak 1089 naskhah buku tersebut akan dibekalkan oleh penerbit PTS kepada PNM. Pembelian ini dibuat oleh PNM terus kepada penulisnya Shamsuddin Kadir. Di sini saya ingin
Persoalaan ini sudah pastinya pernah bermain di fikiran setiap pasangan ataupun ibubapa. Ada yang membuat keputusan untuk memiliki anak ramai disebabkan oleh : Anak ramai dapat membantu ibubapa apabila ibubapa sudah tua nanti Anak ramai dapat menjaga ibubapa apabila ibubapa sudah tidak bertenaga nanti Anak ramai dapat memberi duit apabila ibubapa sudah tidak bekerja
Mulai 1 Disember 2008, tetamu ShamsuddinKadir.com boleh membeli buku-buku tulisan ShamsuddinKadir (SK) secara online. Ini bagi memenuhi sebahagian tetamu SK yang tidak dapat membelinya di kedai buku akibat kehabisan stok. Kepada tetamu yang membeli secara online sama ada untuk dirinya sendiri ataupun bagi dihadiahkan kepada orang lain, SK akan mengautograf setiap buku itu.
Sejak halaman blog www.shamsuddinkadir.com ditayangkan oleh MHI, Tv3 sewaktu Shamsuddin Kadir ke udara semalam, saya banyak menerima panggilan telefon dan juga emel. Rata-ratanya adalah berkenaan dengan dilema kewangan yang sedang dihadapi oleh mereka. Kepada yang belum dan ingin menghantarkan persoalan boleh menghantar ke shamsuddinkadir@yahoo.com kerana emel rasmi saya iaitu info@shamsuddinkadir.com telah melebihi daripada kuota. Saya