KEMBARA BISNES CHINA
Klik untuk maklumat lanjut!
Salam Tuan Shamsuddin, semasa menyemak trafik ke laman web saya terjumpa pula backlink dari web tuan. Terima kasih atas tips yang tuan berikan semasa bengkel tersebut, alhamdulillah kini perniagaan saya berkembang dengan lebih baik dan ramai juga rakan yang hairan dengan perubahan ganti nama tuan & cik puan yang semakin sebati dengan saya. Saya mula
Salam Tuan Shamsuddin , Saya adalah salah seorang peserta bengkel “berhijrah makan gaji” pada bulan Januari 09. Alhamdulillah setelah mempraktikkan 2 tips iaitu : (1)mempelbagaikan belon cita-cita (2) mulakan bisnes dengan apa yang ada ditangan, saya telah menambah satu lagi sumber pendapatan hasil tips tuan walaupun kini saya bekerja sendiri sebagai wakil takaful sepenuh masa.
Talian telefon di pejabat baru Ultra Mind Resources di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur sudah dipasang. Insyaa-Allah ianya akan mulai aktif padi hari esok. Pejabat ini hanya akan mula beroperasi sebaik sahaja beberapa ubahsuaian kecil siap. Nombor telefon bagi pejabat Ultra Mind Resources adalah seperti berikut: Tel : 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Ketika ekonomi dunia yang dikatakan sedang melalui keadaan yang tidak menyeronokkan, banyak juga syarikat yang telah memotong elaun seperti mileage dan mengurangkan jumlah waktu bekerja dan kebanyakan ini sudah pasti melumpuhkan semangat pekerja bagi meningkatkan prestasi. Majikan yang mendapat kesan yang langsung akibat dari tempah yang berkurangan, terpaksa mengurangkan kos operasi
Dari Emel yang dihantar ke shamsuddinkadir@yahoo.com pada hari ini 25 Mac 2009. Kaedah Sampul-Pasti Tidak Terbabas Dalam Perbelanjaan Setiap Bulan Salam Tuan Shamsuddin, Saya telah pun membaca buku tuan Makan Gaji Tapi Kaya dan Hidup Tenang Walaupun Berhutang tetapi masa tu belum terlintas untuk saya menghantar email kepada tuan, tetapi hari ini
Kepada semua peserta yang telah mendaftarkan diri, sila berada di lokasi bengkel iaitu di atas Klinik Dr. Noriah, Taman Permata, bersebelahan pasaraya Giant selewat-lewatnya 8.55 pagi. Bengkel akan bermula tepat pukul 9 jika tiada masalah yang tidak dapat dikawal dan akan berakhir pada pukul 4.30 petang. Laluan paling mudah adalah mengunakan jalan Ampang – Hulu Kelang.
(DIKEMASKINI) Kenapa saya beriya-iya bagi menjayakan bengkel yang mungkin julung kali di adakan di Malaysia. Biasanya kita mendengar bengkel memulakan bisnes ataupun berjaya dengan bisnes. Kali ini saya lakukan adalah bagi menarik seberapa ramai individu yang ingin mencipta peluang dengan berhijrah dari kehidupan ‘makan gaji’. Ada yang masih ragu-ragu dan bertanya adakah bengkel ini sesuai untuk
Kenapa setiap kali Malaysia dilanda gawat, akan lahir banyak jutawan baru? Yang menariknya mereka adalah seorang pekerja sebelum mengambil langkah memasuki dunia bisnes ketika ekonomi negara dikatakan ‘gawat’. Mereka tetap berhijrah walaupun ada di antara mereka ini selesa dengan gaji yang diperolehi pada setiap bulan. Berhijrah dari Makan Gaji Menjadi Usahawan bukanlah sebab utama kenapa
Petua 1 : Masuk Pasaran yang kita ada Bakat dan bukannya Minat Perkara pertama apabila kita ingin memulakan bisnes pastikan kita memasuki bidang yang kita ada bakat. Apabila kita memasuki bisnes yang kita tidak ada bakat membuatkan tanggan kita terbakar, di mana duit yang dilabur hangus. Jangan masuk pasaran bisnes dalam bidang yang kita minat tetapi
Perkara yang terbaik bagi dilakukan pada pagi ini adalah sembahyang Dhuha. Solat Dhuha adalah ibadah yang tidak diwajibkan oleh Allah bagi dilakukan. Walau bagaimanapun orang yang melakukannya diberikan kelebihan yang teramat banyak sehingga boleh membuatkan tiada musibah dapat menghancurkan empayar yang kita bina. Pernah suatu ketika dahulu ada seorang peniaga yang berniaga di dalam sebuah
Apabila sekumpulan individu yang melihat ekonomi negara gawat dan merasakan duit mereka tidak cukup bagi menampung ‘gaya hidup’, mereka mencari mata kail. Apabila sekumpulan individu yang melihat gelagat kumpulan di atas, mereka menyediakan mata kail beracun bagi menjadikan individu yang ‘gawat’ itu sebagai mangsa bagi mendapat duit. Ini menyebabkan individu yang sedang dihimpit dengan hutang dan beban terpaksa menangung lebih
Berita Harian Rabu 18 Mac 2009 Laporan Pelan Integriti Nasional – Penilaian dan Hala Tuju (Tekad 2008) yang diumumkan semalam mendedakah hampir 74 peratus kakitangan awam yagn cenderung menerima suapan berpunca daripada terlalu banyak beban hutang. … berita selanjutnya di akhbar Berita Harian. Sejak dari awal 2007 Ultra Mind Resources telah memulakan langkah bagi menyediakan
Apabila semuanya siap seperti yang dijadualkan, Tuan dan Puan yang ingin membeli buku tulisan SK boleh membelinya melalui KedaiBuku SK. Insyaa-Allah setiap belian buku-buku tulisan SK akan terus mendapat autograf dari SK walaupun urusan pembelian telah diambil alih oleh Kedai Buku SK. Kedai Buku SK dimiliki oleh Puan Nor’Aini Mohamed Noor, seorang penulis. Perkataan SK
Apabila kita mengikuti isu-isu negatif seperti gosip artis, gosip jiran, rakan sekerja dan saudara mara kita juga akhirnya termasuk di dalam kehidupan yang negatif. Sepanjang hidup sejak dari kecil sehingga hari ini, apakah kebaikan yang diperolehi dengan mengikuti gosip sama ada membaca, menonton, mendengar ataupun bercakap berkenaan gosip. Yang biasanya berlaku : Rugi. Duit membeli majalah
Kepada Tuan dan Puan yang membuat pembayaran sebelum ataupun pada hari Rabu 25 Mac 2009 HANYA PERLU MEMBAYAR RM 130 sahaja. Bagi yang datang berdua hanya perlu membayar RM 110 seorang. Pembayaran yang dibuat selepas hari Rabu 25 Mac 2009 adalah seperti berikut. 1. Datang secara individu RM 150 seorang 2. Datang berdua ataupun lebih RM 130