KEMBARA BISNES CHINA
Klik untuk maklumat lanjut!
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Semoga Allah mengurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada kita semua pada setiap pagi dan petang hari. Amin. Sudah berpuluh-puluh tahun SK mendengar, melihat dan mengkaji berkenaan dilema adik-beradik selepas berumahtangga. Artikel ini hanya difokuskan kepada salah satu isu sahaja pada kali ini, iaitu pentingkan kejayaan diri, pasangan dan anak. Banyak berlaku
Baru-baru ini, ada satu kejadian menimpa seorang guru di sebuah negeri di sebelah utara (kedah, penang dan perak). Seorang Pelajar berserta dengan adik beradiknya dan ayahnya mengejar seorang guru bagi mengetuk guru itu dengan sebuah tukul yang dibawa bersama. Guru-guru lain berjaya menyembunyikan guru tersebut. Selepas di soal siasat, rupa-rupanya adalah kesilapan guru itu yang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kepada Tuan dan Puan yang ingin menglengkapkan diri ataupun mencari kemahiran bagi memulakan bisnes sendiri. Antara ilmu yang kita akan pelajari secara bersama adalah bagaimana untuk mengelakkan dari memulakan bisnes yang termasuk dalam ‘Sumpah Bisnes’. Di mana 90% dari individu yang memulakan bisnes akan lingkup dalam masa 3 tahun pertama. Tuan
Apabila kita memberikan hadiah (reward) yang berjadual ianya sebenarnya adalah cara kita membunuh kualiti hidup orang yang menerima hadiah tersebut. Apabila hadiah (reward) diberikan secara berjadual, iaitu ada tarikh tetap, tidak ada usaha yang akan dilakukan, kerana sama ada kita maju ataupun sebaliknya, kita tetap menerima hadiah tersebut. Nabi Muhammad dikatakan tidak memberi hadiah berjadual, beliau
Suratkhabar tempatan pada hari ini, 29 Jun 2009, melaporkan 40% daripada 1.2 juta kakitangan awam iaitu 450,000 menangung bebanan hutang. Lapuran dalam akhbar Utusan Malaysia : Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zin berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil skikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40%
Salam, Tuan SK saya terlalu baru dlm dunia blog n forum dan baru mendaftar sebentar tadi. saya banyak membaca soalan-soalan dari pembaca dan tertarik dgn jawapan dalam laman web tuan, dimana tempat yang sesuai untuk saya menghantar soalan? Terima kasih Rahmat From Saya Ingin Menjana Pendapatan Ekstra, 2009/06/29 at 2:07 PM ——————————————- Salam Tuan Rahmat, Pertanyaan
Ahad, 28 Jun 2009, Putrajaya, selepas tamat bicara buku di atas kerjasamana antara MPH Alamanda dan PTS Marketing. Ada seorang individu bertanya kepada saya apa yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan. Kebebasan kewangan boleh di bahagikan kepada dua iaitu : Tidak ada hutang, tetapi ada duit bagi menangung keperluan hidup seharian sehinggalah kita mati. Ada hutang,
Informasi ini disalin dari sesawang www.mphonline.com yang memuatkan bicara penulis. Ceramah Buku: Siri Usahawan Cilik Ceramah Buku: Siri Usahawan Cilik – Tukang Gunting Terbang, Biskut Ajaib dan Garaj Aiman oleh Shamsuddin Kadir Ingin tahu aksi hebat bakat-bakat cilik mengusaha kedai dan bisnes sendiri? Jadi jangan ketinggalan untuk bertemu penulis Shamsuddin Kadir, motivator terkenal dan penulis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Untuk makluman kepada semua tetamu www.shamsuddinKadir.com, kedaibuku SK telah dibuka secara rasminya mulai hari Jumaat 26 Jun 2009. Kedaibuku SK ini hanya menjual buku-buku yang telah disenarai pendekkan oleh beberapa individu yang telah ditugaskan bagi membuat semakan sebelum buku-buku itu diklasifikasikan sebagai buku berinspirasi. Hanya buku-buku yang berinspirasi sahaja di jual
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. SK akan berada di MPH Alamanda pada hari Ahad 28 Jun 2009 mulai Jam 3 -4 petang di atas jemputan bicara buku dan sesi bual bicara bersama pembaca. Kepada Tuan dan Puan yang ingin berbicara ataupun membeli buku sambil mendapat ‘kata-kata’ dari penulis dilakarkan di atas buku, jumpa di sana nanti. Insyaa-Allah kad
“Kini bukan lagi zaman Informasi ‘Information Age’, kini zaman kebijaksanaan’ Make your brain as your hobby, it will reward your tremendously” itu lebih kurang kata-kata Tony Buzan yang saya dapat petik dalam Malaysia Hari Ini (MHI) hari ini. Apa yang ada di dalam fikiran SK pada ketika ini adalah kini zaman bakat ‘talent’ berdasarkan tip yang
Apabila kita mengamalkan sambutan harijadi dan hari ulangtahun perkahwinan dengan cara memberi hadiah ataupun meraikan dengan makan secara luarbiasa dari hari biasa, ianya tidak membantu anak, pasangan ataupun diri kita. Harijadi anak ataupun pasangan kita tetap ada walaupun mereka tidak menunjukkan prestasi yang memenuhi piawaian keluarga kita. Walaupun isteri kita masak tidak sedap, komunikasi beliau tidak
Khamis, 25 Jun 2009, SK akan menghadiri mesyuarat Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) Di Setiawangsa pada sebelah pagi. Tepat pukul 2 petang, rakaman motivasi untuk Radio Salam.fm dijadualkan bermula. Sebanyak 15 slot rakaman motivasi selama 5 minit setiap satu bakal dirakamkan dengan izin Allah. SK tidak dapat membalas beberapa emel penting ketika
Sejak pukul 9.00 sehingga pukul 1.30 tengahari. Program motivasi ‘Bijak Mengurus Wang’ diadakan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Puncak Perdana diadakan. Ianya anjuran Fakulti Pengurusan Maklumat. Jemputan dari Tuan Haji Nurul Hisyam. Berjumpa semula dengan Tuan Mohamed Ali buat kali kedua sejak pertemuan pertama pada pesta buku 2007. Beliau juga memiliki banyak ilmu baru yang dapat SK pelajari.
To: info@shamsuddinkadir.com [Tuesday, June 23, 2009 4:30 PM] Salam Tuan Shamsuddin. Saya baru melangsungkan perkahwinan saya pada 20 Jun 2009 yang lalu di Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Yang mengembirakan saya dan suami kami mendapat hadiah perkahwinan dari sahabat saya dari Shah Alam yang berupa 4 buah buku yang kesemuanya adalah hasil penulisan tuan,