KEMBARA BISNES CHINA
Klik untuk maklumat lanjut!
Alhamdullilah, Kursus Menanda Aras Pekerja Cemerlang telah dijayakan Tuan Shamsuddin Kadir dan Tuan Abdul Latiff di Penang Development Corporation (PDC) pada 6 April 2010 yang lalu. Seramai 23 orang peserta kursus hadir untuk menerima kemahiran-kemahiran baru. Terima kasih kepada Cik Puan Sharidah Talib kerana telah menjemput kami untuk menjayakan kursus yang hebat ini. Pada awal
Banyak individu yang memberi maklum balas selepas membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, yang pelik iaitu, mereka komplen bahawa duit mereka semakin susah untuk habis. Mereka memaklumkan, sebelum ini, duit mereka tidak cukup dan hutang keliling pinggang. Mereka membeli dan membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, bagi mendapat nikmat Tenang dengan membebaskan diri dari menangung
Tuan, Nama saya mohd Aziz (bukan nama sebenar). Saya ada soalan urgent berkenaan pelaburan service apartmen : 1. Sudah banyak buku yg mengatakan bahawa service apartmen tidak dilindungi di bawah akta perumahan kerana ianya termasuk kategori hartanah komersial dan tidak digalakkan melabur. Namun ada agen perumahan termasuk dari firma guaman yang memberitahu saya bahawa kini
Dengan izin Allah, Tuhan sekelian alam, Shamsuddin Kadir dan Tuan Latiff Abdullah, akan bertolak ke Pulau Pinang bagi menjayakan kursus Menanda Aras Pekerja Cemerlang di Penang Development Corporation (PDC). Kami akan menginap di Hotel Seri Malaysia, Bayan Lepas Pulau Pinang. Dilaporkan oleh Nor Aini Mohamed
Apabila kita menguruskan kehidupan kita di atas muka bumi ini, perkara paling penting yang perlu kita penuhi adalah keberkatan. Tanpa keberkatan hidup kita di dunia tidak bernilai (kosong) kita tidak dapat membuat pahala sewaktu di dunia. Satu-satunya matawang yang diterima oleh Allah adalah pahala. Tidak kira rezeki duit sebanyak mana yang Allah kurniakan kepada kita,
Sepupu-sepupu yang dimuliakan, alangkah indahnya jika kita dapat bertemu dan berbicara. Topik kita pada pagi yang berbahagia ini adalah berkenaan dengan : Berapa hari yang kita perlu bekerja seminggu yang paling sesuai dengan status hidup di zaman ini. Berapa jam yang kita perlu bekerja sehari Berapakah cuti umum yang kita perlu dapat seminggu Apakah lagi
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan dan Puan semua, dipersilakan kepada yang ingin mendapatkan informasi dan pandangan Shamsuddin Kadir berkenaan isu pemilikan rumah oleh wanita sebelum berkahwin. Isu ini amat penting bagi setiap wanita sama ada sebelum ataupun selepas berkahwin termasuk untuk difikirkan oleh ibubapa yang ada anak perempuan. Harian Metro, keluaran hari ini di Muka
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Tuan dan Puan yang dimuliakan, Isu-isu berkenaan kad kredit telah selesai dibicarakan di www.shamsuddinkadir.com, ada berpuluh-puluh artikel @ entri dalam blog ini, dan isu ini juga telah dibicarakan di dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Sehingga ke hari ini, Shamsuddin Kadir tetap tidak menyarankan 100% kepada individu yang ketika ini memiliki
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kepada semua tetamu dan sepupu yang dimuliakan, di dalam Islam semua jenis tilikan adalah haram dalam Islam dan ianya membawa kepada hukuman yang amat dahsyat. Apabila kita merasa kurang bersemangat, ataupun cita-cita kita belum tercapai ataupun bisnes kita belum berjaya, jangan kita terpengaruh dengan gejala syirik yang sentiasa ada di dalam
Insyaallah, Shamsuddin Kadir akan memberi tazkirah kewangan kepada para jemaah surau al Munir, Seri Kembangan selepas waktu solat Maghrib pada hari Ahad ini (28 Mac 2010). Juga tazkirah kewangan di Masjid As Sobirin AU5, Hulu Kelang pada pukul 12.30 tengahari sebelum waktu solat Jumaat pada 2 April 2010. Terima kasih kepada Tuan Azli yang memberi
Akhirnya apa yang selalu Shamsuddin Kadir memberi tazkirah di Masjid dan surau berkenaan dengan bahaya memiliki dan bermain dengan playstation adalah akhirnya terbongkar sedikit. Hari ini permainan ini sudah menyediakan permainan membunuh ‘malaikat’ dan menjelajah syurga dan neraka. Kita masih menjadi manusia yang cintakan malaikat, kerana kita tidak pernah dibesarkan dengan bermainan permainan membunuh malaikat,
Insyaa-Allah (Dengan izin Allah) Shamsuddin Kadir akan menjayakan bicara BERUBAH : Bagaimana kami melakukannya di pentas utama Pesta Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur pada hari Ahad bersamaan 21 Mac 2010. Pada Jam 5 sehingga 6 petang di atas undangan Perpustakaan Negara Malaysia. Bersama saya iaitu Dr. Bubble akan turut menyerikan bicara
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Shamsuddin Kadir mengalu-alukan kepada Tuan dan Puan yang ingin menjadi pembantu sukarela kepada Shamsuddin Kadir sewaktu di Pesta Buku Antarabangsa mulai 21 Mac 2010. Tugas adalah bagi melayani tetamu dan para pembaca buku-buku yang ditulis oleh Shamsuddin Kadir dan termasuk dengan urusan bicara SK di pentas utama PWTC dan juga di booth
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Dalam kehidupan kita banyak ujian dan cabaran yang kita perlu lalui bagi memastikan kekuatan yang Allah telah berikan kepada kita itu keluar dari kita. Antara syarat utama bagi kita berjaya menguasai diri kita sendiri adalah apabila kita berjaya melepasi ujian bersabar. Di mana apabila kita dilanda ujian, kita berjaya menguasai diri
Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera, Untuk makluman Tuan dan Puan (semua sepupu) yang amat dimuliakan, Buku kita Hidup Tenang Walaupun Berhutang telah dipertingkatkan dengan edisi Kemas kini setelah lebih 3 tahun berada di pasaran. Semua ini dilakukan di atas usaha semua sepupu sama ada yang membacanya, yang mendoakannya, yang mengaplikasikan ilmu dari buku tersebut dan yang