KEMBARA BISNES CHINA
Klik untuk maklumat lanjut!
Dengan izin Allah, Shamsuddin Kadir akan menyampaikan Tazkirah Kewangan di Surau Al Munir, Seri Kembangan (berhampiran dengan pasar borong Selangor) pada hari Selasa, 20 April 2010 selepas Maghrib. Tuan dan Puan dijemput bersama. Tajuk pada hari ini berkenaan dengan perlaburan dan pembelian hartanah seperti rumah sama ada untuk diduduki ataupun untuk disewa. Bedah siasat buku
Tuan dan Puan yang dimuliakan oleh Allah dan dikasihi oleh nabi, Bengkel Mengurus Wang akan dijayakan pada hari Sabtu 24 April 2010 (9 pagi sehinga 4 petang) di Learning Station, 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur. Tel :03 4142 5300 @ Emel info@sk.my. Yuran perlaburan RM 50 (boleh di bank in
Insyaa-Allah Shamsuddin Kadir akan menyampaikan Tazkirah Maghrib di Masjid Assobirin Au3 pada malam ini selepas Maghrib. Kepada sepupu yang tinggal berdekatan ataupun bakal berada di sekitar keramat ataupun Hulu Kelang, saudara dialu-alukan untuk turut serta. Ini adalah jemputan kali kedua untuk bulan April. Kali pertama ada untuk Tazkirah Jumaat pada 2 April yang lalu. Tazkirah
Buku-buku yang di pos sudah sampai. Terima kasih atas urusniaga yang senang dan cepat ini. Tuan Wan Anizan —————————-
Terdapat pelbagai pinjaman yang ditawarkan pelbagai syarikat, koperasi dan bank. Secara umumnya, majoriti skim pinjaman adalah racun kepada kesihatan kewangan kita. Kebanyakan orang-orang yang mengambil pinjaman tidak mampu menilai kemampuan sebenar dan membayar kembali pinjaman tersebut dalam waktu yang telah ditetapkan. Syarikat pemberi pinjaman pula sengaja memanjangkan tempoh pemberian pinjaman supaya mendapat keuntungan yang maksimum
Baru-baru ini Shamsuddin Kadir diundang bagi menyampaikan Tazkirah Maghrib di Masjid As-Syarif Meru Klang, atas jemputan Ustaz Ridzuan. Saya cukup kagum dengan merasa tersangat rendah hati, di atas kebanjiran ahli kariah Masjid ini yang ramai, sehingga susah untuk melihat lantai masjid. Semoga semua ahli kariah Masjid ini menjadi antara manusia yang sentiasa dirahmati oleh Allah
Apabila kita menghadiri ceramah, ianya membantu kita mendapatkan kesedaran ‘awareness’ iaitu kesedaran mengenai kewujudan sesuatu. Contohnya, penceramah mengatakan satu dari cara bagi menguruskan belanja dengan efektif tanpa terbabas adalah dengan mengunakan sistem sampul surat. Kita sekarang tahu bahawa ada cara yang dipanggil sistem sampul surat bagi mengurus belanja bulanan kita. Bagaimana untuk melakukannya kita tidak
Saya mempunyai hutang PTPTN sebanyak RM23000.Saya bercadang membuat loan ASB dengan Maybank untuk RM20000. Bayaran bulanan adalah RM203 sebulan. Dalam kiraan saya, selepas 15 tahun simpanan ASB saya akan meningkat kepada RM30,000. Adakah ini tindakan bijak? —————————- Tahniah di atas seorang lagi individu yang bijak dan berilmu yang dihormati. Tuan, mengunakan dividen ataupun nilai sebenar
Assalamualaikum dan salam Sejahtera, Sepupu-sepupu yang dimuliakan, Di atas permintaan, kami akan menyediakan ruang kepada Tuan dan Puan yang ingin meningkatkan lagi kemahiran mengurus wang dengan kemahiran-kemahiran baru. Bengkel ini ditawarkan dengan harga yang ‘Tidak Munasabah’ iaitu RM 50 sahaja (makanan dan minuman tidak disediakan). Ini adalah siri pertama untuk tahun 2010 insyaa-Allah. Bengkel ini
Sepupu-sepupu yang dimuliakan, Dengan penambahan sistem blog www.shamsuddinkadir.com, saudara semua yang ingin mendapat informasi bagi setiap entri di blog ini secara automatik, boleh mengisikan alamat emel Tuan dan Puan di ruangan sebelah kanan yang bertajuk “Langgan Ke Emel’. Dengan izin Allah, Tuan dan Puan akan menerima setiap entri baru yang dimuatkan di halaman blog ini.
Secara asas, setiap orang berhutang untuk memenuhi keperluan asas mereka seperti rumah, kereta, dan pelajaran. Syukur sekiranya kita hanya mempunyai hutang-hutang yang asas seperti ini sahaja dan sedaya upaya tidak menambahkannya. Namun, apabila nafsu boros dan ingin bermewah-mewah menguasai diri, ada orang memilih untuk hidup melebihi kemampuan diri dengan memiliki lebih dari sekeping kad kredit,
Percaya atau tidak masih ada orang yang memiliki hutang yang menyebabkan mereka semakin lama semakin kaya. Kegembiraan orang-orang yang memiliki hutang jenis ini adalah apabila mereka melihat posmen mereka akan gembira sambil tersenyum. Apabila mereka melihat bangunan bank atau sekadar melihat logo bank tersebut di dalam surat khabar, hati mereka akan gembira dan mulut mereka
Dengan izin Allah, pencipta dan pemilik sekelian alam, Shamsuddin Kadir akan menjadi peserta bagi sebuah kursus yang akan di adakan selama 3 hari 2 malam bermula pada hari Ahad, 11 April 2010. Oleh itu, Shamsuddin Kadir hanya dapat memberi maklum balas secara peribadi hanya selepas hari Selasa, 13 April 2010. Kepada saudara yang menempah buku
Komen salah seorang pembaca blog shamsuddinkadir.com . Cik Puan Tina (Bukan nama sebenar) Salam Tuan, Saya merupakan kakitangan kerajaan..dan berasa sungguh tertarik dengan artikel2 yang telah tuan tuliskan..ya..bagaimana saya boleh terjumpa dengan rencana-rencana tuan di halaman-halaman ini..mungkin Allah telah memberi laluanNya kepada saya..untuk saya berubah dan cuba berusaha untuk membaiki diri dalam mencari keberkatanNya.. Saya
Cerita berkenaan hutang tidak akan habis-habis. Kebanyakan daripada kita suka membuat hutang tidak kira hutang kereta, hutang rumah, hutang pelajaran, hutang peribadi, kad kredit atau skim ansuran mudah. Hutang kita tidak akan habis-habis walaupun dibayar, kerana kita terus menerus mengekalkan tabiat berhutang. Kita semua bermula tanpa hutang. Namun sedikit demi sedikit semakin banyak hutang yang