Category Archives: Kewangan

Makin Ramai Guna Kad Kredit Isi Minyak

Suatu berita yang amat membimbangkan. Peratus pengunaan kad kredit meningkat antara 15 hingga 20 peratus sejak harga petrol naik kepada RM2.70 seliter. Adakah perbezaan sebanyak 78 sen seliter yang menyebabkan pengguna tidak ingin membawa duit yang banyak, lalu memilih mengunakan kad kredit. Jika dahulu kereta Proton Wira hanya memerlukan RM96 untuk satu tangki penuh petrol

Read More

Hutang Kad Kredit : RM400,000

Ini merupakan berita yang paling menakutkan yang pernah saya dengar. Hampir sehari suntuk saya berada di kawasan Wangsa Maju/Setia Wangsa bagi menghantar 2 manuskrip terbaru. Ketika di sana saya diberitahu bahawa seorang ketua keluarga menangung hutang kad kredit sebanyak RM400,000. Apabila isterinya menasihatinya agar menjelaskan hutang tersebut ataupun menghentikan pengunaan, dia berkata “Jika dihentikan pengunaan kad

Read More

Mengurus Perbelanjaan: Makan Di Luar

Inflasi akan sentiasa meningkat dari hari pertama manusia mengunakan matawang sehingga dunia ini Kiamat. Apabila kos barangan seperti petrol naik di pasaran, sudah pasti banyak kos lain juga akan turut naik. Apabila  perbelanjaan kita naik melepasi had 70%, maka kita perlu melakukan salah satu ataupun kedua-dua perkara di bawah : 1. Mengurangkan cara/gaya hidup kita

Read More

Surat Pembaca: Rumah – Jual atau Sewa

Assalamualaikum, Sdr Shamsuddin Saya telah membeli buku saudara dan merasakan ianya amat membantu dalam merancang kewangan keluarga saya. Saya cuma ada satu soalan sekiranya boleh saudara membantu. Saya telah terpaksa mengeluarkan wang dari KWSP akaun 1 saya bagi menjelaskan bayaran bulanan yang tertunggak sebuah apartment saya yang telah lama ditinggal kosong. Saya memang bercadang untuk

Read More

Dilema Pekerja : Hutang 15 KAD KREDIT

Pada hujung minggu lepas, saya minum petang bersama seorang daripada sifu saya iaitu Encik Yim Choong Chow ‘Business Coach’, di Subang Jaya berdekatan dengan kediamannya. Sewaktu berbincang tentang isu kewangan semasa, beliau memberitahu bahawa ada seorang wanita bekerjaya yang sudah lewat usia mengadu kepada beliau. Wanita ini memberitahu gaji yang diterimanya iaitu RM2,800 tidak mencukupi bagi

Read More

Zam : Kursus Untuk Menjadi Jutawan Segera!

Salam En. Din, Kekalutan akan timbul bila rezeki yg dikurniakan untuk kita dirasakan tak pernah cukup. Lebih menyedihkan apabila budaya kehidupan hari ini lebih mendorong kepada memiliki barangan ‘kehendak’ melebihi barangan ‘keperluan’. Melihat kepada trend ini, wujud sekelompok manusia yg kononnya cuba membantu golongan di atas untuk mencapai impian mereka. Kebelakangan ini terdapat banyak kursus-kursus

Read More

Surat Pembaca : Hutang Kad Kredit

Assalamualaikum Saudara Shamsuddin Kadir. Saudara Shamsuddin, Maaf kerana mengganggu saudara di hari cuti begini. Saya dapat no. email saudara ini dari sahabat isteri saya. Katanya saudara Shamsuddin boleh memberi nasihat dan pandangan mengenai masalah hutang piutang. Saya adalah pengguna kad kredit yang setia. Setelah kad kredit saya telah maksimum digunakan, saya menggunakan kad kredit isteri saya

Read More

Hutang Kad Kredit Menghantui Bakal Pesara

Kes 1  Ketika mengadakan kursus Dimensi III di Bukit Tinggi, Pahang pada bulan lalu, salah seorang peserta memberitahu bahawa kawannya berada di dalam dilema. Beliau menghadapi tuntutan daripada sebuah bank bagi mendapatkan bayaran hutang kad kredit yang tertunggak sejak berpuluh tahun yang lalu. Beliau mengunakan kad kredit sewaktu mula bekerja dan ketika itu masih bujang. Selepas beberapa tahun

Read More

Surat Pembaca : Katakan Tidak Kepada Kad Kredit

Assalamualaikum Tuan Sham. Semalam saya terpaksa bercuti kerana menemani sahabat karib saya ke Bank di KL untuk merayu berkaitan pembayaran kad kredit beliau. Saya amat terkejut kerana Pegawai Bank tersebut (namanya terpaksa di rahsiakan) menasihati saya agar jangan menggunakan kad kredit. Katanya ramai dikalangan orang melayu mempunyai beban hutang yang terlalu tinggi akibat berbelanja menggunakan

Read More

Saya Hendak Power Ranger!

Salam ceria di pagi Rabu, Semalam sewaktu saya berkunjung di sebuah pasaraya, saya mendapati ada seorang budak berusia sekitar 5 tahun sedang menangis di luar kaunter pembayaran. Ibunya sedang mendokong budak tersebut sambil membawanya ke tempat mainan percuma yang dihidupkan oleh kuasa elektrik. Tindakan ibunya itu tidak mampu meredakan tangisan budak tersebut. Tangisannya diselang seli dengan satu permintaan yang

Read More

Saham Amanah @ Unit Trust – Bahagian 2

Ada di antara pengendali saham amanah melabur di dalam 80 hingga 120 kaunter saham. Saham amanah tidak bergantung sepenuhnya kepada nilai semasa 1 kaunter saham tetapi lebih kurang 100 saham dari pelbagai kaunter. Ini dilakukan bagi memastikan risikonya berada pada tahap minimun berbanding jika anda melabur dengan hanya membeli beberapa saham yang berlainan kaunter. ‘Jangan

Read More

Hamba Kepada Duit

Apabila kita membuat perbelanjaan barangan keperluan di pasaraya, apakah yang dapat menghadkan kita berbelanja apabila mengunakan kad kredit? Sehingga kini, daripada maklumat yang saya perolehi termasuk dari pemerhatian dan soal selidik yang saya lakukan, berikut adalah penemuanya. Penguna kad kredit tidak mempunyai senarai apa barangan yang ingin dibelinya. Hanya senarai di dalam kepala sahaja yang

Read More

Surat Pembaca : Makan Gaji Tetapi Kaya

Assalamualaikum,   Apa khabar Tn Sham? Buat pengetahuan Tuan, saya sebenarnya baru sahaja menghabiskan bacaan saya untuk buku Tuan yang bertajuk “Makan Gaji Tetapi Kaya’. Pertama kali melihat buku tersebut di Popular, saya begitu teruja untuk membacanya. Oh ya tetapi sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri saya sebagai Anis (Bukan nama sebenar) dan berumur 22 tahun.

Read More

Saham Amanah @ Unit Trust – Bahagian 1

Saham dan Saham Amanah! Apabila anda membeli secara langsung 1 lot saham yang diurusniagakan di Bursa Malaysia, anda sebenarnya membeli saham sebuah syarikat. Apabila anda membeli saham amanah, anda sebenarnya membeli sekumpulan saham-saham daripada pelbagai syarikat yang ditadbirkan oleh pemegang amanah yang dilantik. Fund Manager atau Pengurus …. yang akan memilih saham-saham dan bond di bursa secara profesional

Read More

Anda Mahu Wang Tunai Segera?

Jika dahulu kita yang perlu berusaha mencari peluang untuk mendapatkan wang tunai segera. Kini kita boleh mendapatkan dengan mudah apabila agen-agen bank dan pelbagai skim datang kepada kita. Pada hari ini, selepas mendirikan sembahyang Jumaat di sebuah Masjid di Selangor, saya melihat ada seorang perempuan yang sedang mengedarkan ‘flyer’ di pintu masuk utama pagar masjid. Saya

Read More