Category Archives: Keluarga

Edisi Kemaskini Insyaa Allah Terbit Ogos 2020

Bismillah. Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta yang terbit untuk kali pertama pada 2012 akan diterbitkan semula di dalam edisi kemaskini dengan situasi semasa. Buku ini mengajar bakal pengantin supaya menjadi lebih waras di dalam belanja kahwin. Kerana banyak yang hilang kewarasan bila membelanjakan untuk sebuah majlis perkahwinan yang kekal 4 jam, manakala usia perkahwinan

Read More

Keberkatan dalam perbelanjaan seharian

Komen salah seorang pembaca blog shamsuddinkadir.com . Cik Puan Tina (Bukan nama sebenar) Salam Tuan, Saya merupakan kakitangan kerajaan..dan berasa sungguh tertarik dengan artikel2 yang telah tuan tuliskan..ya..bagaimana saya boleh terjumpa dengan rencana-rencana tuan di halaman-halaman ini..mungkin Allah telah memberi laluanNya kepada saya..untuk saya berubah dan cuba berusaha untuk membaiki diri dalam mencari keberkatanNya.. Saya

Read More

Hidup Dengan Memberi Sebanyak-banyaknya

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Semoga Allah mengurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada kita semua pada setiap pagi dan petang hari. Amin. Sudah berpuluh-puluh tahun SK mendengar, melihat dan mengkaji berkenaan dilema adik-beradik selepas berumahtangga. Artikel ini hanya difokuskan kepada salah satu isu sahaja pada kali ini, iaitu pentingkan kejayaan diri, pasangan dan anak. Banyak berlaku

Read More

Pembunuh Kualiti Hidup

Apabila kita mengamalkan sambutan harijadi dan hari ulangtahun perkahwinan dengan cara memberi hadiah ataupun meraikan dengan makan secara luarbiasa dari hari biasa, ianya tidak membantu anak, pasangan ataupun diri kita. Harijadi anak ataupun pasangan kita tetap ada walaupun mereka tidak menunjukkan prestasi yang memenuhi piawaian keluarga kita. Walaupun isteri kita masak tidak sedap, komunikasi beliau tidak

Read More

Buku Yang Akan Dibeli Bulan Ini

Insyaa-Allah dalam beberapa hari lagi, kita yang makan gaji bakal menerima gaji dalam masa terdekat. Apakah barangan dan servis yang kita akan beli mengunakan duit gaji bulan ini? Antara perbelanjaan yang kita akan lakukan adalah melabur untuk buku, melabur untuk sumber inspirasi hidup kita. Saya sudah memilih sebuah buku yang saya sudah lama melihatnya, dan pernah

Read More

Kesan Negatif Apabila Mengikuti Isu Negatif

Apabila kita mengikuti isu-isu negatif seperti gosip artis, gosip jiran, rakan sekerja dan saudara mara kita juga akhirnya termasuk di dalam kehidupan yang negatif. Sepanjang hidup sejak dari kecil sehingga hari ini, apakah kebaikan yang diperolehi dengan mengikuti gosip sama ada membaca, menonton, mendengar ataupun bercakap berkenaan gosip. Yang biasanya berlaku : Rugi. Duit membeli majalah

Read More

Majlis Perkahwinan Yang Membazir

Hujung minggu terutama ketika musim cuti sekolah, banyak kenduri yang diadakan bagi meraikan pasangan yang baru diijabkabul dan kenduri menyambut menantu di sana sini. Matlamat utama bagi mengadakan kenduri adalah bagi menghebohkan kepada masyarakat sekeliling bahawa Si Tapah dan Si Tipah telah bernikah dan menjadi pasangan yang sah sudah hampir tenggelam. Apa yang banyak timbul

Read More

Hutang Kad Kredit : RM400,000

Ini merupakan berita yang paling menakutkan yang pernah saya dengar. Hampir sehari suntuk saya berada di kawasan Wangsa Maju/Setia Wangsa bagi menghantar 2 manuskrip terbaru. Ketika di sana saya diberitahu bahawa seorang ketua keluarga menangung hutang kad kredit sebanyak RM400,000. Apabila isterinya menasihatinya agar menjelaskan hutang tersebut ataupun menghentikan pengunaan, dia berkata “Jika dihentikan pengunaan kad

Read More

Mengurus Perbelanjaan: Makan Di Luar

Inflasi akan sentiasa meningkat dari hari pertama manusia mengunakan matawang sehingga dunia ini Kiamat. Apabila kos barangan seperti petrol naik di pasaran, sudah pasti banyak kos lain juga akan turut naik. Apabila  perbelanjaan kita naik melepasi had 70%, maka kita perlu melakukan salah satu ataupun kedua-dua perkara di bawah : 1. Mengurangkan cara/gaya hidup kita

Read More

Kenali Diri Anda Melalui Senarai Barangan

Anda boleh mengenali diri anda sama ada anda seorang yang merancang perbelanjaan ataupun sebaliknya. Terdapat banyak cara untuk kita sifat dan tabiat kita. Jika kita ingin melihat muka, kita boleh mengunakan cermin. Bagaimana jika kita ingin melihat tabiat berbelanja kita? Cara paling mudah untuk melihatnya adalah dengan membuat semakan seperti berikut : Kita membuat senarai

Read More

Didik Keluarga Urus Duit

Adalah menjadi keperluan bagi setiap individu untuk mendidik setiap ahli keluarganya celik kewangan. Tiada gunakan jika kita seorang sahaja ingin berjimat, manakalanya seluruh ahli keluarga kita yang lain itu, berbelanja seolah hari esok tidak akan wujud lagi. Banyak peserta saya yang mengatakan, mereka mempunyai masalah dengan isteri yang suka berbelanja. Mengikut kajian saya sendiri, bukan

Read More

Membebankan Diri Dengan Simbol Kekayaan

Mata yang rabun menyukarkan kita untuk melihat dengan jelas. Banyak masalah yang kita hadapi sepanjang masa. Silap langkah kita akan terjatuh ke  dalam longkang. Dapatkan cermin mata jika rabun  supaya kita dapat mengelakkan daripada bahaya yang berada di hadapan mata. Begitu juga dalam kewangan, bagi individu ataupun keluarga yang tidak mendorong dirinya untuk menjadi celik kewangan

Read More