Category Archives: Duit @ Money

Bedah Siasat Kereta Kita!

Kali ini kita akan membuat satu bedah siasat tentang kereta yang kita miliki pada ketika ini.  Saudara/i yang dihormati, sila dapatkan sekeping kertas dan satu pen bagi latihan pada hari ini. Jika sebelum ini kita merekodkan segala perbelanjaan dan ansuran bulanan yang kita perlu tanggung pada setiap bulan. Pada hari ini, kita hanya mengambil salah satu daripada

Read More

Masa Untuk Berubah!

Kita mampu berubah, selagi kita masih bernafas dan mampu untuk menguruskan kehidupan harian. Jika ketika ini kita sudah membelanja semua wang gaji bulanan, gunakan peluang iaitu masa yang Tuhan masih peruntukan untuk kita bagi membuat perubahan. Ya, membuat perubahan dalam kontek kita mengendalikan perbelanjaan harian kita. Selagi kita tidak membuat perubahan, selagi itu belenggu bebanan menghempap

Read More

Pesta Untuk Pekerja Datang Lagi

Adakah kedatangan hari pekerja yang membuat pekerja paling gembira? Kebanyakan pekerja hanya merasakan kenikmatan hari itu sebagai hari yang mereka tidak perlu bekerja. Setiap kali kehadiran tanggal 1 Mei setiap tahun, majoriti syarikat dan pejabat kerajaan tutup. Adakah 1 Mei yang menjadikan hari bagi Pekerja untuk berpesta? Ohh tidak…Hanya segelintir pekerja yang dapat merasainya. Majoriti

Read More

Makan Gaji Sehingga Bersara?

Majoriti individu yang memilih sektor pekerjaan sebagai sumber mendapat duit, terus kekal sebagai pekerja sehingga bersara. Secara umumnya, umur 55 tahun dikatakan sebagai umur bersara. Banyak tafsiran tentang kenapa angka 55 tahun dipilih. Bersara bererti secara puratanya seorang individu dapat menyumbangkan kepada kemakmuran ekonomi negara. Apabila umur sudah melebihi  angka 55, jumlah sumbangan seseorang individu tidak

Read More

Di Sebalik Kemudahan Kad Kredit

Semakin ramai individu memohon bagi mendapatkan kemudahan kad kredit. Kad itu diperlukan bagi pelbagai tujuan, antaranya untuk tidak membawa banyak duit di dalam dompet dan juga dapat menjadi penyelamat ketika kecemasan. Kebanyakan pengunaan kad kredit oleh sebahagian pemilik kad itu bukannya untuk tujuan di atas tetapi bagi memuaskan nafsu sendiri. Ada yang tidak menyedarinya, mereka beranggapan mereka terpaksa

Read More

Adab-Adab Apabila Hutang Tertunggak!

Apabila kita meminjam duit daripada kawan ataupun saudara, kita memaklumkan bila kita akan bayar balik duit tersebut. Bagaimana pula, apabila kita meminjam daripada bank? Contohnya melalui pembiayaan pembelian kereta, rumah dan pinjaman peribadi. Kita perlu membayar seperti yang telah ditetapkan di dalam perjanjian yang ditandatangani ketika ‘pinjaman’ itu diluluskan. Apabila berlaku perkara yang diluar jangkaan ataupun

Read More

Adab-Adab Memasuki Pasaraya

Kita biasa dengan adab-adab ketika ingin masuk ke Masjid dan ketika berada di dalam Masjid. Untuk masuk ke pasaraya kita juga digalakkan untuk mengaplikasikan adab-adab tertentu bagi mengelakkan kita menangung bebanan. Terlebih belanja, membeli barangan yang tidak perlu, lari bajet,  adalah di antara bebanan yang sering menimpa para pengunjung pasaraya. Antara Adab-adab memasuki pasaraya adalah seperti berikut

Read More

Ambil Pinjaman Untuk Melabur

Baca emel di bawah:  Assalamualaikum Untuk pengetahuan saudara, saya adalah peminat penulisan saudara samada buku tulisan saudara mahu pun Blog saudara. Sesungguhnya semua manusia mengimpikan hidup dalam kesenangaan. Dari pembacaan buku tulisan saudara dan blog saudara memang banyak konsep saya dapati bagi membantu ke arah kekayaan. Kaya walaupun Makan Gaji, Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan beberapa

Read More

Kos Sara Hidup Semakin Membebankan?

Kos sara hidup adalah isu yang paling penting bagi pengundi di Malaysia. Ianya berdasarkan 96% responden yang mengambil berat tentang keadaan ekonomi semasa yang menunjukkan kenaikan barangan pengguna. Ini adalah berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ianya melibatkan  seramai 2,930 responden dari  12 negeri di semenanjung yang di adakan dari

Read More

Barangan Itu Bukan Untuk Saya

Apabila kita memasuki mana-mana kedai atau pasaraya, barangan yang ada di dalam kedai itu bukan semuanya untuk kita. Ada barangan hanya layak dibeli dan dimiliki oleh orang yang ada duit banyak. Sebagai contohnya. Jika kita pergi ke bahagian susu bayi, terdapat berpuluh-puluh jenama susu bayi. Dari yang paling rendah harganya sehingga yang paling tinggi harganya. Ada susu yang dibuat daripada susu

Read More

Membebankan Diri Dengan Simbol Kekayaan

Mata yang rabun menyukarkan kita untuk melihat dengan jelas. Banyak masalah yang kita hadapi sepanjang masa. Silap langkah kita akan terjatuh ke  dalam longkang. Dapatkan cermin mata jika rabun  supaya kita dapat mengelakkan daripada bahaya yang berada di hadapan mata. Begitu juga dalam kewangan, bagi individu ataupun keluarga yang tidak mendorong dirinya untuk menjadi celik kewangan

Read More

Tanda-Tanda Banyak Berhutang

Kita dapat mengenalpasti setiap penyakit melalui tanda-tandanya. Kita dapat lihat simpton yang biasa terjadi kepada setiap penyakit yang mengalaminya. Contohnya, individu yang mula dijangkiti dengan penyakit ‘Kencing Manis’ atau diabities akan kerap bangun malam untuk ke tandas. Individu yang menangung bebanan hutang yang banyak ataupun kritikal juga ada tanda-tandanya. Tanda-tanda ini dapat memberikan kita amaran

Read More

Jiwa tertekan akibat hutang

Benar kata Nabi Muhammad (s.aw) bahawa hutang itu menghilangkan ketenangan. Kerana hutang  kita dihimpit dengan pelbagai perasaan. Minda menjadi semakin tertekan, perasaan kita menjadi semakin gelisah. Memikirkan bebanan hutang yang tidak mampu kita bayar secara terdekat. Fikiran menjadi tidak menentu,  pandangan kabur, kerja di pejabat ‘tergendala’.  – Pandangan beberapa orang yang menghantar email kepada saya.

Read More

Bicara Pengurusan Hutang di Radio

Pagi ini sempat saya mendengar siaran ulangan tentang pengurusan hutang yang saya dengar sebahagiannya pada hari ahad yang lalu. Program itu dihoskan oleh Dato’ Zuraidah Atan. Tetamu jemputan adalah dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau lebih dikenali sebagai AKPK. Informasi terkini yang diperolehi melalui perbincangan itu adalah : Jumlah pemegang kad kredit adalah 9,500,000 orang.

Read More