Category Archives: Duit @ Money

Mengurus Perbelanjaan: Makan Di Luar

Inflasi akan sentiasa meningkat dari hari pertama manusia mengunakan matawang sehingga dunia ini Kiamat. Apabila kos barangan seperti petrol naik di pasaran, sudah pasti banyak kos lain juga akan turut naik. Apabila  perbelanjaan kita naik melepasi had 70%, maka kita perlu melakukan salah satu ataupun kedua-dua perkara di bawah : 1. Mengurangkan cara/gaya hidup kita

Read More

Surat Terbuka Untuk Kerajaan – Kenaikan Harga Minyak

15 Jun 2008  Kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Pengarah, atau Pegawai (Yang ada kuasa bagi mencadangkan dan mengimplementasi kaedah bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan minyak petrol dan diesel) Yg. Bhg. Dato, Tuan / Puan, PENYELESAIAN BAGI MENGHADAPI IMPAK KENAIKAN MINYAK Pertama-tamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan yang memberikan insentif kepada rakyat, termasuk duit

Read More

Surat Pembaca: Rumah – Jual atau Sewa

Assalamualaikum, Sdr Shamsuddin Saya telah membeli buku saudara dan merasakan ianya amat membantu dalam merancang kewangan keluarga saya. Saya cuma ada satu soalan sekiranya boleh saudara membantu. Saya telah terpaksa mengeluarkan wang dari KWSP akaun 1 saya bagi menjelaskan bayaran bulanan yang tertunggak sebuah apartment saya yang telah lama ditinggal kosong. Saya memang bercadang untuk

Read More

Prestasi Pekerja Kerajaan dan Swasta Menurun?

Sejak dari kenaikan minyak yang di umumkan beberapa hari lalu, di mana sahaja terdengar perbualan para pekerja sama ada di kedai kopi, stesyen komuter, di pasar raya, membicarakan tentang implikasi kenaikan petrol ke atas gaya hidup mereka sekeluarga. Ramai yang rungsing dengan kenaikan harga barangan yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Impak yang

Read More

Surat Pembaca : Sekadar Luahan Rasa

Assalamualaikum Tn Sham… Setelah sekian lama saya menghadapi  dilema kewangan saya… dan setelah saya berusaha mengubah cara hidup saya dan sedikit sebanyak terlalu berharga apa yg saya pelajari mengenai dunia kewangan. Hari ini saya diuji lagi, dalam saya berusaha menyelamatkan satu satunya harta yang saya ada iaitu rumah saya…akhirnya hari ini rumah saya terlelong dan

Read More

Dilema Pekerja : Hutang 15 KAD KREDIT

Pada hujung minggu lepas, saya minum petang bersama seorang daripada sifu saya iaitu Encik Yim Choong Chow ‘Business Coach’, di Subang Jaya berdekatan dengan kediamannya. Sewaktu berbincang tentang isu kewangan semasa, beliau memberitahu bahawa ada seorang wanita bekerjaya yang sudah lewat usia mengadu kepada beliau. Wanita ini memberitahu gaji yang diterimanya iaitu RM2,800 tidak mencukupi bagi

Read More

Pesta Pekerja Datang Lagi

Seperti biasa setiap bulan setiap kakitangan menuai hasil yang diusahakan selama sebulan. Pada penghujung bulan mulai 22 hingga 30/31 haribulan adalah antara hari yang paling menyeronokkan bagi hampir setiap individu yang makan gaji. Adakah kita masih tidak menyediakan senarai bagi segala kos yang akan dibelanjakan dengan mengunakan duit gaji yang sudah dan akan diterima pada

Read More

Mengurus Wang Gaji : Cara yang paling praktikal

Terdapat pelbagai cara yang dipraktikkan oleh pekerja dalam menguruskan wang gaji yang diterima pada setiap bulan. Satu sistem yang paling diminati oleh pekerja adalah dengan membiarkan mesin ATM yang menentukan berapa yang mereka boleh keluarkan. Apabila duit di dalam akaun menunjukkan baki kurang dari RM50, maka perbelanjaan untuk bulan itu sudah berakhir. Ada pekerja sehingga

Read More

Zam : Kursus Untuk Menjadi Jutawan Segera!

Salam En. Din, Kekalutan akan timbul bila rezeki yg dikurniakan untuk kita dirasakan tak pernah cukup. Lebih menyedihkan apabila budaya kehidupan hari ini lebih mendorong kepada memiliki barangan ‘kehendak’ melebihi barangan ‘keperluan’. Melihat kepada trend ini, wujud sekelompok manusia yg kononnya cuba membantu golongan di atas untuk mencapai impian mereka. Kebelakangan ini terdapat banyak kursus-kursus

Read More

Surat Pembaca : Hutang Kad Kredit

Assalamualaikum Saudara Shamsuddin Kadir. Saudara Shamsuddin, Maaf kerana mengganggu saudara di hari cuti begini. Saya dapat no. email saudara ini dari sahabat isteri saya. Katanya saudara Shamsuddin boleh memberi nasihat dan pandangan mengenai masalah hutang piutang. Saya adalah pengguna kad kredit yang setia. Setelah kad kredit saya telah maksimum digunakan, saya menggunakan kad kredit isteri saya

Read More

Surat Pembaca : Perihal Hutang-Hutang

Assalamualaikum wbt… Terlebih dahulu saya meminta maaf jika emel saya ini menggangu tuan. Tahniah kepada Tuan sebab telah menulis buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’. Ianya amat berguna sekali terutamanya kepada orang-orang yang selalu berhutang, biasa berhutang, sedang berhutang dan akan berhutang…bagus sekali panduannya. Untuk pengetahuan tuan, saya adalah salah seorang yang terjerat dengan hutang kad

Read More

Rakyat Malaysia Berbelanja 67 Billion?

Rakyat Malaysia dan pelancong menghabiskan RM67 Billion untuk berbelanja di pasaraya pada tahun 2007. Di jangka jumlah itu akan meningkat menjadi RM71.8 Billion pada tahun ini.  Di kala seruan dari pelbagai pihak termasuk persatuan pengguna, masih tinggi lagi individu yang suka menghabiskan duit mereka terutama ketika jualan mega di beberapa pasaraya besar di seluruh tanahair. Mengikut

Read More

Hutang Kad Kredit Menghantui Bakal Pesara

Kes 1  Ketika mengadakan kursus Dimensi III di Bukit Tinggi, Pahang pada bulan lalu, salah seorang peserta memberitahu bahawa kawannya berada di dalam dilema. Beliau menghadapi tuntutan daripada sebuah bank bagi mendapatkan bayaran hutang kad kredit yang tertunggak sejak berpuluh tahun yang lalu. Beliau mengunakan kad kredit sewaktu mula bekerja dan ketika itu masih bujang. Selepas beberapa tahun

Read More

Kesan Kenaikan Minyak AS$120 Setong

Kenapa setiap pengguna perlu celik dalam isu berkaitan dengan kewangan dan ekonomi dunia? Ini bagi memastikan kita dapat bersedia dan menyediakan perancangan yang terbaik bagi menangani kejadian yang tidak diingini yang membebankan kita. Bagi sesetengah pengguna, mereka tidak menghiraukan tentang arus perubahan ekonomi dunia. Contohnya keperluan mengambil berat tentang kenaikan harga minyak dan barangan makanan di

Read More

Surat Pembaca : Katakan Tidak Kepada Kad Kredit

Assalamualaikum Tuan Sham. Semalam saya terpaksa bercuti kerana menemani sahabat karib saya ke Bank di KL untuk merayu berkaitan pembayaran kad kredit beliau. Saya amat terkejut kerana Pegawai Bank tersebut (namanya terpaksa di rahsiakan) menasihati saya agar jangan menggunakan kad kredit. Katanya ramai dikalangan orang melayu mempunyai beban hutang yang terlalu tinggi akibat berbelanja menggunakan

Read More