Bagi mendapat impak baik yang maksima, tahun 2009 adalah tahun di mana individu ataupun organisasi perlu melabur sama ada membeli buku, mengikuti kursus kritikal ataupun kedua-duanya sekali.
Ada individu yang mengurangkan kos bagi mempersiapkan diri bagi menghadapi kesan ekonomi pada 2009, langkah itu adalah berlawanan dengan orang yang sentiasa menerima imbuhan yang menarik walaupun ketika orang lain mengalami ekonomi meleset.
Organisasi yang membelanjakan lebih banyak duit pada tahun 2009 bagi melatih pekerja mereka, dapat menghasilkan keuntungan yang jauh lebih tinggi dari tahun yang sebelumnya. Dengan latihan kemahiran yang betul dan tepat, ianya dapat membantu organisasi mencipta peluang yang lebih besar pada tahun ini.
Bagi Tahun 2009 yang baru bermula, saya sudah membelanjakan lebih dari RM800 bagi pembangunan diri terutama bagi membeli buku untuk diri saya dan isteri. Perbelanjaan bagi membeli buku untuk dibaca dan menghadiri kursus sama ada diperingkat organisasi ataupun kursus kemahiran lain membantu kita menghasilkan banyak peluang untuk hidup senang dan tenang.
Hari ini adalah di antara hari yang saya gembira kerana mempelajari perkara baru dari buku yang baru dibeli. Gunakan hari dihujung minggu ini bagi mendapatkan sebuah buku baik untuk dibaca pada bulan ini.
90% dari apa yang dicapai oleh orang berjaya pada hari ini banyak disebabkan oleh buku dan latihan. Sangupkah kita mengurangkan kos belanja buku bagi menghadapi impak 2009?
4 comments on “Tahun 2009 Tahun Belanja Maksimun”