1430H @ 2009 adalah tahun bagi setiap individu mengunakan setiap saat yang kita masih ada bagi digunakan untuk mempelajari ilmu baru. Semakin banyak kita mendedahkan diri kita dengan ilmu baru, pelbagai peluang, ruang, kemudahan, kesenangan, kekayaan mengejar kita.
Kita ada kemahiran mengurus diri, masa, duit, dan sebagainya yang memboleh kita mudah naik pangkat, dapat menjawat jawatan tertinggi di dalam organisasi dengan masa yang paling singkat, dan menjimatkan tenaga. Kaedah-kaedah praktikal yang dilakukan oleh pekerja yang terdahulu kepada kita dapat dijadikan sebagai panduan bagi membantu kita mencapai dengan kepantasan yang lebih cepat.
Bagi mengelakkan kita membiarkan masa berlalu tanpa mengunakannya adalah dengan membawa sebuah buku bersama ke mana sahaja kita pergi kecuali ke bilik tandas. Budaya membaca di dalam bilik tandas adalah bukan ajaran Tuhan yang telah menciptakan kita sebagai manusia.
Bawa pasangan dan anak-anak kita menikmati keindahan ‘kuasa’ dengan melawati kedai-kedai buku yang menawarkan buku-buku yang memberikan inspirasi kepada seluruh ahli keluarga kita.
Banyak buku sesuai untuk dibaca bagi seisi keluarga antaranya adalah :
1. Motivasi Alihan Pelajar – Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
2. 55 Petua orang yang berjaya – Dato’ Fadzilah Kamsah & Fadzli Yusof
3. Biskut Ajaib, Garaj Aiman, Miss Epal – Shamsuddin Kadir & Nor’Aini Mohamed
4. Memotivasikan Anak Secara Positif – Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
5. Law of Attraction – Hukum Tarikan – Terjemahan oleh penerbit PTS
6. banyak lagi…
Bagi menguasai kuasa pada tahun 2009, tinggalkan, elakkan diri kita dan anak kita membaca majalah ataupun buku-buku tentang ‘gosip artis’, isu sosial remaja, kerana ianya menghalang kita dari memiliki apa yang dinamakan kuasa, hanya pembaziran duit dan masa.
6 comments on “Tahun 2009 Tahun Menguasai Kuasa”