Sifat Yang Membuatkan Kita Tersungkur

Kos sara hidup kita dikatakan terlampau tinggi adalah disebabkan oleh beberapa sebab antaranya adalah :

  • Riak.
  • Menunjuk-nunjuk
  • Ego
  • Rabun Kewangan

Membeli kereta, rumah, pakaian, barangan dapur, barangan elektrik, perabut, baju, banyak yang terpaksa menangung bebanan tinggi kerana memberi hak keistimewaan kepada Riak, Menunjuk-nunjuk, Ego dan Rabun Kewangan menduduki tahta pemerintahan diri kita sendiri.

Setiap 1,000 majlis perkahwinan yang dibuat hanya satu yang boleh dikatakan bebas dari riak, menunjuk-nunjuk dan Ego.

Majlis sambutan harijadi juga tidak terlepas dari diadakan dengan cara bagi menunjuk-nunjuk akan kemampuan seseorang.

Apabila memilihi kereta yang ingin dimiliki, persoalan pertama yang harus ditanya bukannya adakah saya mampu membelinya, sebaliknya bertanya adakah kereta itu tidak membuatkan aku ‘riak’ ataupun bersifat ingin menunjuk-nunjuk?

Apabila kita menjauhi riak dan sifat menunjuk-nunjuk, insyaa-Allah kita hidup dalam keadaan bahagian, tenang dan disukai oleh masyarakat. Ia juga membantu kita bagi tidak memiliki barangan yang diluar keupayaan kita untuk membeli secara tunai.

Celik kewangan membantu kita menguasai kewangan kita dan tidak perlu menjadi hamba kepada Hutang. Kita juga dapat mengelakkan dari dibebani dengan jerat atau perangkap kewangan seperti pinjaman kereta yang melebihi 4 tahun.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *