Tahun 1430H @ 2009 kalendar Masihi yang baru dan bakal menemui kita bakal memberikan kita satu lagi impak di dalam kehidupan harian. Impak yang bakal menemui kita adalah bagaimana kita mempersiapkan diri bagi menghadapinya.
Saya menjangkakan Tahun 1430H @ 2009 ini memberikan impak kebaikan kepada setiap individu yang mengambil tindakan mencipta dan mengambil peluang kehadiran tahun baru ini.
Bagi individu yang mengurus kehidupan dengan bersandarkan kepada duit dari sumber gaji boleh membuat dua persediaan.
1. Terus kekal makan gaji di tahun 2009 dan cipta dan ambil peluang menghasilkan pendapatan pasif
ataupun
2. Bersedia untuk berhijrah dari makan gaji di tahun 2009 dengan memulakan langkah mencipta pendapatan lain
Saya merasakan individu yang hidup bersumber makan gaji mudah mendapat impak yang tidak baik apabila tidak ada pendapatan dari sumber lain. Sumber lain yang dimaksudkan tidak semestinya melalui dari bekerja sambilan, bisnes sambilan dan MLM, ianya adalah pendapatan yang dijana dari hasil wang yang dilaburkan dalam akaun perlaburan seperti di bank, unit amanah dan banyak lagi.
Saya percaya Tahun 2009 juga memberikan kebaikan dan peluang yang teramat banyak kepada individu ‘makan gaji’ yang sebelum ini pernah terfikir ingin ‘berhijrah’. Kebaikan itu adalah Tahun 1430H @ 2009 sedang menanti Tuan dan Puan untuk mencapai ‘kebebasan kedua terbaik’ berbanding kebebasan hakiki yang hanya Allah sahaja yang boleh berikan kepada kita.
Ramai yang masih berkata, orang yang bisnes akan menghadapi risiko yang teruk di tahun 2009, mengikut kajian saya sejak dari kegawatan yang kedua iaitu pada tahun 1997-1998, orang yang makan gaji paling banyak mendapat kesan tidak baik. Manakala orang yang bisnes menerima limpahan kebaikan yang datang mendadak.
Bagaimana ianya boleh berlaku? Persepsi yang kurang tepat mengelakkan kita dari menikmati kesenangan. Persepsi ‘umum’ yang ada pada setiap individu normal menghalang kita daripada melihat apa yang sebenarnya berlaku.
Ada individu yang dalam dilema sama ada ingin terus kekal makan gaji ataupun berhijrah? Insyaa-Allah jawapan terbaik bagi merungkaikan dilema itu ada pada 24 Januari 2008, di Taman Permata, Hulu Kelang, iaitu di dalam bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji.
Walaupun kita tidak pernah teringin untuk melihat apa yang berlaku di dalam kelompok orang yang berbisnes, tidak salah jika kita sudi memperuntukkan sebahagian dari masa yang kita ada bagi mengetahui apa yang membuatkan orang yang berbisnes ini ‘gembira teramat sangat’. Pengalaman yang kita akan lalui dalam program ini, mengubah persepsi dan kehidupan kita selama-lamanya.
2 comments on “Berhijrah Dari Makan Gaji Pada Tahun 1430H @ 2009”